Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
SELAMAT TAHUN BARU 2016.
2016 WISH
*************************
RENUNGAN BERSAMA DI HARI JUMAAT INI TENTANG ADIK BERADIK
Kadang - kadang adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....
Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
TAPI..
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua tu?"
Assalamualaikum. Macam kenal :)
ReplyDeleteWaalaikumusalam HA. Takkan tak kenal pula ^_^
Delete