SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Saturday, February 27, 2016

#TRAVEL2016 PENANG - KILANG JERUK MADU PAK ALI. SEDAP DAN MURAH..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Mehh nanie nak sambung trip JALAN2 CARI MAKAN KE PULAU PINANG dengan family masa tu. haha Lama punye delay entry ini.

Kali ni nanie nak share entry jeruk yang sedap dan berbaloi2 dengan harganya..

Kat mana?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KILANG JERUK MADU PAK ALI 

Jeruk ni sebenarnya boleh jadi souvenir atau ole-ole yang boleh di bawa balik dari Penang untuk saudara mara dan kawan2.. Kalau kat Penang memang terkenal dengan jeruk-jeruknya. Paling famous adalah jeruk Pak Ali.

Kenapa Jeruk Pak Ali

  • Mereka menggunakan gula pasir (tidak menggunakan gula sakarin / ibu gula
  • Air ditapis dan di masak didih
  • Mereka guna cuka epal dan madu 
  • Air jeruk boleh diminum sebagai jus
  • dan paling menarik, bila makan banyak macam mana pun, tiada kesan batuk.


Fakta Menarik Mengenai Jeruk Madu Pak Ali

  • Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia.
  • Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.
  • Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
  • Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan.

Lihatlah kakak2 yang bekerja kebanyakannya adalah surirumah. memang dah terror potong buah ni. hehe

JADI MACAM MANA NAK KE SINI

Cara yang mudah untuk kesini ialah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Jaraknya dari pintu tol kesini lebih kurang 7 km sahaja.

1. Jalan dari PLUS dengan memasuki atau menyusur keluar melalui tol "Simpang Ampat/Bukit Tambun"
2. Keluar dari pintu tol tersebut (setelah membayar tol) di Lampu Isyarat yang pertama belok ke kiri. 
3. Ikut Pandu Arah "Muzium Jeruk Madu Pak Ali" yang berwarna kuning yang diletakkan di sepanjang laluan, terutamanya di simpang-simpang, sehinggalah sampai ke kilang. 

Alamat :
 Lot 652-655, Kawasan Perindustrian IKS Perda-Tasek, 
14120, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan,
 Pulau Pinang.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

7 comments:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails