Sunday, July 17, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - TAMAN BUNGA YANG CANTIK DI HITACHI SEASIDE PARK..

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Alahmdulillah, mood untuk blogging semakin hari semakin ada. Dah kurang bersawang blog ni. hihi

Kali ini nanie nak share tentang satu taman bunga di Jepun  yg semestinya sangat indah dan cantik. Indahnya ciptaan Ilahi.

******************************

HITACHI SEASIDE PARK 

FAKTA BUKAN AUTA
  • Hitachi Seaside Park atau dalam bahasa Jepun disebut Hitachi Kaihin
  • Taman bunga ini terletak di Hitachinaka, sebelah Ajigaura Pantai,  yang terletak di Ibaraki
  • Alamat : 605-4 Onuma-aza, Mawatari, Hitachinaka, Ibaraki
  • Taman seluas 153,2 hektar 

WAKTU OPERASI HITASHI SEASIDE PARK

Taman bunga ini dibuka setiap hari kecuali hari Senin, dari 9:30 untuk 17:00 malam waktu setempat. Jam buka dapat berubah sewaktu-waktu tergantung pada musim dan cuaca.

9:30am – 5:00pm
 1 March - 20 Julai, 1 Sept - 31 Oktober

9:30am – 6:00pm 
21 Julai– 31 Aug
9:30am – 4:30pm
1 November – akhir Februari
 BAYARAN MASUK KE HITASHI SEASIDE PARK

Untuk menikmati bunga-bunga cantik di Hitachi Seaside Park dikenakan bayaran

Dewasa : 410 yen
Warga emas (65 tahun ke atas) : 210 yen
Kanak-kanak (7 – 14 tahun) : 80 yen
Alhamdulillah, nanie pergi ke sini menaiki kereta persendirian bersama kawan2. untuk nak memandu bole apply lesen antarabangsa RM150 di buat di Malaysia
Bunga-bunga yang ada di taman bunga ini ditanam mengikut musim dan sentiasa berubah.
Jalan-jalan mencari ketenangan hidup.
Sambil tengok bunga sambil posing. hihi


Dalam taman bunga yg indah ni terdapat 170 spesis bunga ditanam setiap tahun.

Pelbagai warna menghiasi taman bunga ini. Sememangnya cantik ^_^

The journey of a thousand miles begins with a single step. Alhamdulillah di kelilingi dengan bunga yg mekar mewangi


**************

MISI MENJEJAKI BUNGA TULIP


  • Bunga Tulip ternyata berasal dari kawasan Asia. Di habitatnya, kembang latif ini tumbuh secara liar di pegunungan Pamir dan Hindu Kush nan berada di negara Kazakhstan
  • Bunga Tulip hanya dapat tumbuh di kawasan nan memiliki suhu rendah. 



Tulip merupakan tumbuhan tahunan berumbi yang tingginya antara 10-70 cm




Muka ceria dapat tengok tulip depan mata. weehuuuu!
Tulip datang dalam berbagai warna-warna cerah seperti merah, kuning, oranye, ungu, pink dan dua warna.
Subhanallah Syukur Ya ALLAH dapat melihat ciptaanmu di Jepun.
Bunga Tulip merupakan suatu simbol cinta dan indahnya kehidupan dunia

*******************************

BUNGA NEMOPHILA 
  • Bunga ini juga dikenali sebagai bunga baby blue eyes. Ia sedang mekar dengan indahhnya. 
  • Puncaknya adalah pada bulan April hingga Mei, dimana kita dapat melihat 4 - 5 juta bunga Nemophila di seluruh taman. 
  • Period mekar ini disebut “Nemophila Harmony” dan menarik banyak sekali pengunjung.
Percaya atau tidak, gambar bunga Nemophila bukanlah ilusi digital, namun nanie lihat sendiri di taman Hitashi. Allahuakbar.
Nemophila adalah bunga musim khas Jepun yang memiliki kelopak biru. Subhanallah.
Alhamdulillah, keluarga merupakan mahakarya terbaik dari alam semesta. Nanie enjoy dapat travel ke Jepun dengan kakak tersayang.
I love you sis, Kak Noi



Travel brings power and love back into your life.

********************

Jom baca entry - travel to Japan

14 comments:

  1. wah...cantiknya bunga-bunga kat sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. cantik sangat. Tak payah pergi Belanda nak tgk Tulip. hihi

      Delete
  2. nanie!!! sis JM jeles sama kamu..tempat ni sgt cantik..sewa kereta kat jepun x mahal ke..senang lah nk jln2

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeeee mahal benar dia punye sewa. tp sebab nk keselesaan dpt ler naik kete. but the view is amazing..

      Delete
  3. minta mood sikit...sis JM dah mkain malas nk update blog huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku seru nama mu JM JM JM, dtglah mood blogging. share la apa lg TIPS TRAVEL yg ada.. phewwiittt.

      Delete
  4. Ternganga tengok...aarghhh! rindu Japan. Haishhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I MISS JAPAN too. one day nak perhi lagi kali ni nak g OSAKA!

      Delete
  5. Kalu sebut Hitachi... SS dah terbayang... Jenama barang letrik.... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dekat dgn kilang HITACHI pun. nama taman tu pun HITAACHI sebab mmg areanyaa..

      Delete
  6. Bunga nemophila tu... Nakkkkkkkkkkkkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. LAAA, napa tak caka, kalau tak boleh bagi. hahahah

      p/s nak petik pun tak sampai hati, sebab cantik sangat. hihi

      Delete
  7. Sis.nk tu pegi bulan berapa ye tuh

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..