Saturday, February 14, 2015

#TRAVEL2015 - APA YANG MENARIK DI DISNEYLAND HONG KONG..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Melancong ke Hong Kong tak lengkap kalau tak perrgi ke Disneyland. Kita mungkin nampak bagaimana Hong Kong berubah dari sebuah daerah bergunung-ganang dan berbatu-batan menjadi entrepôt trade, dan sebuah negara pembuatan dan perkilangan pada zaman British.

Jom baca entry lokasi menarik di Hong Kong.
Day 1 - The Peak dan Madam Tussauds
Day 2 - Day Trip ke Macau


***************************
DAY 3

Direction to THE DISNEYLAND HONG KONG by MTR train 
1) Dari BP International House naik MTR di Jordan Station dan turun di Lai King Station.
2) Di Lai King  Station naik tren laluan Tung Chung Line dan turun di Sunny Bay
3)Sampai di Sunny Bay Station naik train khas ke Disneyland Resort

KEUNIKAN TRAIN KHAS KE DISNEYLAND
Sofa yang empuk dan pemegang tangan yang comel berbentuk Mickey.

Posing wajib di Disneyland Resort MTR Station.
Cantik kan tingkap train dia :)

**********************************
Sebelum cerita dengan lebih lanjut tentang TIPS PENTING KE DISNEYLAND, marilah kite ambik mood dengan meletak sekeping gambar nanie di Hong Kong Disneyland.. Baru la semangat nak story kan..kihkih

Disneyland Hong Kong, Here I come !!!

TIPS PENTING UNTUK KE DISNEYLAND

1. Breakfast terlebih dahulu dengan makan makanan berat supaya korang bertenaga untuk berjalan dengan jarak yang jauh. 

2. Denda HKD80 - Tolong jangan nak bawa bekalan makanan sebab sememangnya ada security yang akan menjaga pintu. Dia kasi option supaya tinggalkan di customer service counter with charge of HKD80 atau buang. Tapi tapi tapi..... Pandai2lah cover letak dalam coat korang macam chocolate, gula2, biskut. At least boleh alas perut :p

3. Guide map HK Disneyland Dah masuk Disneyland, sila dapatkan guide map untuk guide trip korang di HK Disneyland. Lepas tu plan lah apa yang patut untuk ride atau showtime inside HK disneyland. Kalau tengok map memang banyak tempat nak kena cover. 

4. Harga tiket Disneyland. Terdapat 2 jenis tiket samada 1 day trip atau 2 days trip. Macam nanie disebabkan nanie dah beli tiket awal2 di Malaysia, nanie dapat FREE OF CHARGE map HK Disneyland Alhamdulillah nanie boleh cover mana yang best dalam masa sehari je. so, try plan the best, ok.Sila terjah agent StarMoonVacation kerana korang akan dapat harga yang lebih murah dari kaunter.


5. Makanan - Jangan risau, kat dalam Disneyland ni ada dua tempat yang sentiasa dipantau dan disahkan HALAL oleh Pertubuhan Islam Hongkong. Kita boleh makan kat Tahitan Terrace di Adventure Land



6. KasutSila pakai kasut yang paling selesa untuk menyokong tapak kaki sepanjang journey korang di Disneyland.

7. Pakaian Kat sini walaupun tidak ada snow...tapi dengan tiupan angin.  Ditambah gerimis hujan, suhu drop kepada 10'c dan kalau tak biasa boleh menggigil. Sebab kebanyakan orang datang sini mesti bergaya sakan. 

8. Solat bagi Muslim - Jangan risau, ada ruang solat di City Hall.

9. StrollerJika ada anak kecil, korang boleh sewa Stroller bersebelahan City Hall

10. Enjoy the ride and have fun. The best is plan your time wisely, so that, tak buang masa kat tempat-tempat yang agak kurang sesuai dengan adult. Bagi nanie semua tempat pun macam best dan menarik, eventhough nampak macam sesuai untuk kanak-kanak riang sahaja. 






Adventureland - Ia macam jungle river cruise. Journey with itrepid skipper along the mysterious rivers of adventure. Bagi nanie biasa-biasa saja sebab haiwan yang ada semua fake, hahaha. Tapi, kalau nak yang adventure mestilah nak tengok real life kan, boleh lah pergi Taman Safari. Anyway, it was fun & view along the river pun awesome juga. 

hong kong disneyland
Grizzly Gulch - Satu lagi tarikan terbaru Hong Kong Disneyland yang baru dibuka bulan Julai lalu. Ini adalah “expansion” terbesar yang mempunyai 7 tarikan istimewa iaitu roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars.

LIFE EVENT YANG PERLU DITONTON

Flight Of Fantasy Parade (15:30)
ini adalah event yang ada setiap hari dan pada weekend akan dilakukan 2 kali. Pada event ini akan ada beberapa watak Disney yang bergabung dengan orkestra, muzik dan tarian yang menarik

Disney in the stars Fireworks (20:00)
Ini adalah event kemuncak di Disneyland Hong Kong. Acara ini berlangsung hanya 10 minit tapi kesannya akan tersimpan rapi dalam memori. 



Suggested viewing location dekat roundabout
depan Sleeping Beauty Castle.

********************************


PERASAAN SELEPAS PERGI DISNEYLAND HONG KONG 

Happy sebab I really enjoyed, satisfied and impian nak sampai sini, at last, terlaksana impian zaman kanak-kanak ku, hahaha. 

Sedih that I could not enjoy all the ride inside HK disneyland. Sebab ada beberapa attraction yang best ditutup due to routine maintenance. 


***********************

KESIMPULAN

Tempat rekreasi seperti Disneyland Hong Kong ini mungkin pada sesetengah orang hanya hiburan semata-mata, tapi sebenarnya banyak benda yang kita boleh cerita pada kawan-kawan. Apa-apa pun, travel ini sepatutnya bukan sekadar 'enjoy' tapi pengalaman yang dikutip untuk dapat digunakan dalam kehidupan mendatang.

Untuk info lanjut tentang Hong Kong Disneyland boleh tengok website rasmi Hong Kong Disneyland
p/s InsyaAllah kalau ada rezeki nak ke Hong Kong nak cuba Ocean Park pula

'' The journey of a thousand miles begins with a single step ''

next update - Nanie akan ceritakan pengalaman bertemu dengan Bruce Lee di salah satu tempat menarik di Hong Kong. tunggguu!!!


21 comments:

  1. Akak berkenan sungguh dengan cermin keretapi bentuk mickey mouse tu...ya Allah kagum betul...mereka buat sesuatu benda utk menarik perhatian manusia...inilah baru best...akak tersenyum tgk adik nanie posing depan disneyland HK...tercapai impian mu dik nanie...syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak gojessss.. nanie mmg NAK sangat berposing depan disneyland. itulah impian nanie pun.. syukur alhamdulillah allah ber rezeki :)

      Delete
  2. kak...sana memang selalu hujan ehh..sebab ramai ckp dekat hk ni x hujan x sah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu kat disneyland alahamdulillah tak hujan. nak balik tu yang hujan. better adik boleh tengok forecast weather. just dowload application dlm android ye :)

      Delete
  3. mahal tak souvenir di HK disneyland tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak mahal juga tapi kalau sekadar kenangan abadi, beli la satu dua untuk simpanan peribadi. hihi

      suggestion - beli souvenir di The Peak.

      Delete
  4. kak nanie.. tye skit.. kak nanie beli tix disneyland kat starmoonvacation agent ke?
    boleh percaya ek kak nanie? pertama kali ni.. takut kne tipu je.. huhuhu sbb tgk murah juga dia tawarkan harga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam kma karri. Alhamdulillah nanie percaya sebab dah cuba beli, My sis pergi HK last year pun alhamdulillah dipercayai. yg penting kena follow up anta email dan call mereka utk tanya status :)

      Delete
    2. DKT STARVACATION TU BANYAK SGT MENU.. KALAU NK BELI TIKET AMBIL YG MANA SATU

      Delete
  5. Salam awak. Saya ada baca review yg kata kalau adult better ke ocean park sebab rides semua lebih menarik & mencabar drpd kat disneyland. Apa pendapat awak? Saya nak plan either ke disneyland atau ocean park. Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES Better go for ocean park for attractive ride for adult

      Delete
  6. Saya ada tiket dewasa ocean park valid smpi 8 Jan 2017. Siapa2 yg berhajat ke Hong Kong n ke ocean park leh inform. Da beli tiket, x dan nk g sebab hubby penat. 😭

    ReplyDelete
  7. Saya ada tiket dewasa ocean park valid smpi 8 Jan 2017. Siapa2 yg berhajat ke Hong Kong n ke ocean park leh inform. Da beli tiket, x dan nk g sebab hubby penat. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy berminat...ws harga pls 60 17-342 2737

      Delete
    2. Salam sis.. Bole sy tau berapa tiket yg sis ada. Boleh wasap sy 0129695165

      Delete
  8. Slm.. Thanks for sharig. Entry yg sangat membantu!
    Disneyland hari ahad x ramai orang ke? kami plan nk pegi bln dpn. Kalau dtg disneylabd sempat ke pergi ke 360? igt nk tunggu bunga api pukul 8 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy da forward itinerary. salam perkenalan. assalamualaikum

      Delete
  9. Assalam sis ...tq for d ohsem itinerary. Nk tny.. Disneyland kan habis lewat..sis balik hotel mcm mana sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy naik MTR juga. kena pandai budget masa dan cepat balik selepas bunga api.

      Delete
  10. Terima kasih atas perkongsian. Info yg sangat menarik

    ReplyDelete
  11. Nak tanya timing bila mickey n minie tu keluar ye? Takut pergi2 xdpt jumpa and ambil gambar..tq for ur info

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..