SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, January 21, 2016

#TRAVEL SABAH - TIPS MUDAH UNTUK DAY TRIP KE KUNDASANG..

Assalamualaikum. Selamat sejahtera..

Nanie nak share sikit tentang outstation tahun lepas. Hahaha da lapuk nanie oiii. Lantak apa orang nak kata, janji nanie coretkan entry utnuk memori diri sendiri.

DAY TRIP KE KUNDASANG

Perjalanan diteruskan ke Kundasang dan kami akan singgah di beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan dari KK ke Kundasang


****************************

RUMAH TERBALIK

Tempat pertama kami singgah ialah Rumah Terbalik. Rumah tu dalam keadaan terbalik dan begitu juga semua isi dalam rumah tersebut seperti meja, kerusi, mesin jahit, katil, kipas, jamban semuanya melekat di atas bumbung. Terfikir pulak aku, canelah diorang lekatkan barang2 tu, paling berat mesin jahit.




AMARAN
Tak boleh ambil gambar langsung dalam Rumah Terbalik sebab tak mahu orang copycat konsep rumah tu kata tour guide lagi tapi harus di ingat kat dalam rumah korang tak dibenarkan untuk mangambil gambar. kalo tertangkap kaw kene bayar rm100 untuk sekeping gambar yang kaw ambik...haa terkejut kan....

TAPI Jangan risau.. kalo kat luar boleh je nak ambil gambar banyak mana pon yang korang suka..




*********************************

KINABALU PARK

Perjalanan daripada Rumah Terbalik, Tuaran ke Kundasang mengambil masa sejam lebih. Ecxited bila dah nampak view Gunung Kinabalu! Kami decided untuk terus ke Kinabalu Park (Taman Kinabalu).

Datang Sabah tak tengok Gunung Kinabalu rugi sangat. Pastikan datang awal, prepare apa yang patut.


 TIPS NAK TENGOK VIEW GUNUNG KINABALU CANTIK
  • Pergi ke kawasan paling tinggi yang boleh dinaiki dengan kenderaan. Kalau parking kereta kat entrance tak dapatlah nak sampai ke kawasan ni. Mengah oii nak berjalan. So kalau nak tengok pemandangan dalam park ni, silalah bawa masuk kenderaan ya.
  • Drive kereta sampai ke Timpohon Gate di Mount Kinabalu Park, pintu masuk untuk para pendaki gunung memulakan pendakian. Nak ke pintu masuk tu pun dah berkabus2 dan sejuk.




*******************************

DESA CATTLE FAIRY FARM (NEW ZEALAND MALAYSIA)

Desa Dairy Farm yang terletak berhampiran dengan Kiram Village. Ladang ternakan lembu ni katanya seperti di New Zealand. Yelah kot, nanie tengok memang cantik, saujana mata memandang.


Caj RM4.00/person dikenakan bagi dewasa, tiket boleh didapati di pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Menyusur jalan masuk ke kawasan letak kereta, dikiri kanan jalan, mata akan dijamu dengan kehijauan padang ragut & lembu-lembu bertompok hitam putih macam lembu dalam iklan Fernleaf. 


Kalau korang nak tengok cara susu diproses, silalah datang sebelum pukul 3 petang. Sehari ada 2 kali proses susu dibuat; pagi dan petang. Tapi yang sesi pagi tu tak sure open for visitor ke tidak sebab waktu prosesnya sebelum waktu operasi. Nanie terlepas tengok proses dia.. Aduhhh ruginyeee..

View kat sini Subhanallah, sangat cantik. No wonder orang panggil Kundasang ni as New Zealand Malaysia. Memang cantik sangatlah! 

********************************

TIPS SAMPINGAN KE KUNDASANG SABAH

Mabuk kenderaan
Zaman moden ini agak jarang kita dengar orang mabuk kenderaan. Actually perjalanan ke Kundasang sama sahaja macam perjalanan nak ke Cameron Highland. Jalannya berliku-liku dan mempunyai selekoh tajam. Ada dibeberapa bahagian, Gunung Kinabalu kelihatan sangat jelas, macam boleh berjalan kaki sahaja. Pastikan ada plastik atau kalau nak lebih advance, carilah ubat tahan mabuk. 

Bergerak pada awal pagi.


Ada beberapa pertanyaan sebelum ini tentang waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Nanie selalu mengesyorkan bergerak pada waktu awal pagi di Sabah. Di Sabah, pukul 5 pagi serupa macam pukul 6.30 di semenanjung. Jadi sangat rugi, jika anda bermalas-malasan memulakan perjalanan pada waktu yang lewat. 
Ingat!!! 

Gunung Kinabalu hanya akan kelihatan dengan jelas pada waktu awal pagi. Masuk pukul 10 ia mula dilitupi awan, jadi pemandangan kurang menarik.

Sejuk.. dingin je suasana di pagi hari. Awan pun putih macam kapas. Tenang diri menikmati keindahan alam


ENTRY  LEPAS - Jalan-Jalan Cari Makan di Sabah - TEKAN SINI 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. Seronok nye...pernah smpi kundasang gak dulu and jalan memang berliku-liku! tapi tak nampak GUnung Kinabalu pun..huhu..cuaca masa tu tak mengizinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ruginyeee.. alhamdulillah rezeki dpt tengok gunung kinabalu dpn mata.

      Delete
  2. cantiknyaaa pmandangann.. seyes mcm nw zealand.. cantik sngat. Subhanallah.. tringin nak ke sabah.. huhuhuhu. doakan. anyway jmput singgah blog.. http://wanieseuk.blogspot.my/2016/01/songket-preview.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah memang cantik sangat kan. semoga Malaysia jadi indstri perlancongan terbaik

      Delete
  3. Replies
    1. best sangat. impian jadi kenyataan pergi tengok lembu mcm New Zealand. haha

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails