Assalamualaikum. Selamat sejahtera..
Nanie nak share sikit tentang
outstation tahun lepas. Hahaha da lapuk nanie oiii. Lantak apa orang nak kata,
janji nanie coretkan entry utnuk memori diri sendiri.
DAY
TRIP KE KUNDASANG
Perjalanan diteruskan ke Kundasang dan kami akan
singgah di beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan dari KK ke Kundasang
****************************
RUMAH
TERBALIK
Tempat pertama kami singgah ialah Rumah Terbalik.
Rumah tu dalam keadaan terbalik dan begitu juga semua isi dalam rumah tersebut
seperti meja, kerusi, mesin jahit,
katil, kipas, jamban semuanya melekat di atas bumbung. Terfikir pulak aku,
canelah diorang lekatkan barang2 tu, paling berat mesin jahit.
AMARAN
Tak
boleh ambil gambar langsung dalam Rumah Terbalik sebab tak mahu orang
copycat konsep rumah tu kata tour guide lagi tapi harus di ingat
kat dalam rumah korang tak dibenarkan untuk mangambil gambar. kalo tertangkap
kaw kene bayar rm100 untuk sekeping gambar yang kaw ambik...haa terkejut
kan....
*********************************
KINABALU
PARK
Perjalanan daripada Rumah Terbalik,
Tuaran ke Kundasang mengambil masa sejam lebih. Ecxited bila dah nampak view
Gunung Kinabalu! Kami decided untuk terus ke Kinabalu Park (Taman Kinabalu).
Datang Sabah tak tengok Gunung Kinabalu rugi sangat. Pastikan datang awal, prepare apa yang patut.
Datang Sabah tak tengok Gunung Kinabalu rugi sangat. Pastikan datang awal, prepare apa yang patut.
TIPS
NAK TENGOK VIEW GUNUNG KINABALU CANTIK
- Pergi ke kawasan paling tinggi yang boleh dinaiki dengan kenderaan. Kalau parking kereta kat entrance tak dapatlah nak sampai ke kawasan ni. Mengah oii nak berjalan. So kalau nak tengok pemandangan dalam park ni, silalah bawa masuk kenderaan ya.
- Drive kereta sampai ke Timpohon Gate di Mount Kinabalu Park, pintu masuk untuk para pendaki gunung memulakan pendakian. Nak ke pintu masuk tu pun dah berkabus2 dan sejuk.
*******************************
DESA
CATTLE FAIRY FARM (NEW ZEALAND MALAYSIA)
Desa Dairy Farm yang terletak berhampiran dengan
Kiram Village. Ladang ternakan lembu ni
katanya seperti di New Zealand. Yelah kot, nanie tengok memang cantik, saujana
mata memandang.
Caj RM4.00/person dikenakan bagi dewasa, tiket boleh didapati di pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Menyusur jalan masuk ke kawasan letak kereta, dikiri kanan jalan, mata akan dijamu dengan kehijauan padang ragut & lembu-lembu bertompok hitam putih macam lembu dalam iklan Fernleaf.
Kalau korang nak tengok cara susu diproses, silalah datang sebelum pukul 3 petang. Sehari ada 2 kali proses susu dibuat; pagi dan petang. Tapi yang sesi pagi tu tak sure open for visitor ke tidak sebab waktu prosesnya sebelum waktu operasi. Nanie terlepas tengok proses dia.. Aduhhh ruginyeee..
View kat sini Subhanallah, sangat cantik. No wonder orang panggil Kundasang ni as New Zealand Malaysia. Memang cantik sangatlah! |
********************************
TIPS SAMPINGAN KE KUNDASANG SABAH
Mabuk kenderaan
Zaman moden ini agak jarang kita
dengar orang mabuk kenderaan. Actually perjalanan ke Kundasang sama sahaja macam
perjalanan nak ke Cameron Highland. Jalannya berliku-liku dan mempunyai selekoh tajam. Ada dibeberapa bahagian, Gunung Kinabalu kelihatan sangat jelas, macam boleh berjalan kaki sahaja. Pastikan ada plastik atau
kalau nak lebih advance, carilah ubat tahan mabuk.
Bergerak pada awal pagi.
Ada beberapa pertanyaan sebelum
ini tentang waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Nanie selalu
mengesyorkan bergerak pada waktu awal pagi di Sabah. Di Sabah, pukul 5 pagi serupa macam pukul 6.30 di semenanjung.
Jadi sangat rugi, jika anda bermalas-malasan memulakan perjalanan pada waktu
yang lewat.
Ingat!!!
Gunung Kinabalu hanya akan kelihatan dengan jelas pada waktu awal
pagi. Masuk pukul 10 ia mula dilitupi awan, jadi pemandangan kurang menarik.
Sejuk.. dingin je suasana di pagi hari. Awan pun putih macam kapas. Tenang diri menikmati keindahan alam |
Seronok nye...pernah smpi kundasang gak dulu and jalan memang berliku-liku! tapi tak nampak GUnung Kinabalu pun..huhu..cuaca masa tu tak mengizinkan
ReplyDeleteala ruginyeee.. alhamdulillah rezeki dpt tengok gunung kinabalu dpn mata.
Deletecantiknyaaa pmandangann.. seyes mcm nw zealand.. cantik sngat. Subhanallah.. tringin nak ke sabah.. huhuhuhu. doakan. anyway jmput singgah blog.. http://wanieseuk.blogspot.my/2016/01/songket-preview.html
ReplyDeletealhamdulillah memang cantik sangat kan. semoga Malaysia jadi indstri perlancongan terbaik
Deletewahhh bestnyaaaa...
ReplyDeletebest sangat. impian jadi kenyataan pergi tengok lembu mcm New Zealand. haha
Delete