SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label bagan lalang. Show all posts
Showing posts with label bagan lalang. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

KALAH ORANG MENGIDAM..

assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Nanie ni kalau bab makan memang laju je nak update. hahaha.. Actually da lama nanie mengidam COCONUT SHAKE. 

Jadi on last week nanie ada la teman my sis pergi balik kampung suami dia di Bagan Lalang. 

Actually nanie teringin nak minum coconut shake Pantai Klebang tu. tapi nak ke sana tu aduyaiiiiii jauh bebenar. Dah alang-lalang sampai kat tepi pantai nanie terus meneruskan misi menjejak gerai COCONUT SHAKE. haha

LOKASI : BAGAN LALANG (tepi pantai)

kedai dia berhampiran dengan Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa
biasalah kalau nanie tak amek gambar tu memang tak sah.
jom selfie. haha
kak noi dan suami die.  amboiii manja sangat.
inilah dia makanan dan minuman yg diidamkan.  hahaha
p/s entry kali ni nanie update lajulaju. nanti nanie update yg elok2 sikit ye.  maaf ye. sekrang bz sgt. :(
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, November 14, 2013

SEAFOOD MURAH DI BAGAN LALANG (RESTORAN SENANDUNG MALAM)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Hari ni nanie nak share tempat kedai makan SEAFOOD yang murah dan sedap.. Actually memang da lama planning utk makan seafood. Tapi masa dan kenderaan tak mengizinkan. Yela, nanie takde kereta lagi, belum ada budget lagi. Doakan nanie dapat beli kereta by next year ye..

Jadi, bila dah plan tu, memang kena pergi juga la kan? kan?

**********************
TIPS UNTUK DATANG KE RESTORAN SENANDUNG MALAM

1) Pergi singgah pasar Bagan Lalang yang tak jauh dari restoran itu. Pasar itu belah kanan. Kenapa nanie kata kena pergi Pasar dulu. Sebab hari tu nanie pergi pasar beli ketam untuk mak nanie murah sangat. 

**Yang paling penting SEGAR dan nampak penjual sangat ikhlas menjual. Mereka siap letak dalam ais untuk pastikan ketam dalam keadaan baik.

2) Beli seafood di pasar dan minta restoran tu tolong masakkan je. Murah dan jimat duit. Dan sila beritahu dengan penjual tu, yang korang nak makan kat restoran. Sebabnya nanti penjual tu akan tolongkan siangkan seafood /  ikan. ngee Bijak tak? pandai tak?

3) Bila da sampai itu terus datang ke kedai. Kalau rasa macam malas, korang WAJIB Reserve atau booking dulu tempat duduk korang sebab dalam pukul 6.30pm akan FULLY BOOKED. 

Phone number: 
017-3432908 (Ayie)
013-3849368 (Along)

********************

AKTIVITI SEBELUM MENTERNAK LEMAK. 

Kalau makan kat tepi pantai, tak sah lah kalau tak ambil gambar. Yela nak dijadikan kenangan dan panduan masa depan. haha 

Jalan-jalan makan angin. Menghirup angin yg sepoi2 bahasa.
cewahhhh.. 
Kami kuat makan tau..lalalalala
*********************

MENU UTK 5 ORANG
Ikan siakap masak sweet sour
Sotong Goreng Tepung
Pepahat masak sambal telur
Ketam masak pedas
Telur dadar
Sayur kailan 
Air Teh O limau ais - 1 jug

Ikan siakap dia memang AWESOME.
Sos dia memang sedap dan rasa macam nak tanya resipi dia.
Serius so far ini menu favourite nanie :)

Sotong goreng tepung. Ini pun sedap dan rangup.
 Rasa rugi ambil seekor je. Kena repeat pergi lagi ni.

Ketam masak pedas, yang ini ketam dia memang fresh
cuma kuah dia agak masin sedikit. hehe



Telur dadar dan sayur kailan sebagai lauk sampingan.. ngee
Sambal kicap dia perghhhhhh.. sedap dan pedas. nyam2..
***************************

LOKASI RESTORAN SENANDUNG MALAM, BAGAN LALANG

Alamat
Restoran Senandung Malam
Pantai Bagan Lalang, Sepang

Koordinat:
E 101 degree 41' 18.4"
N 02 degree 36' 21.7"

TOTAL = RM71.30.

Macam murah je. Macam sedap je.. Yeayyyy, kenyang perut suka hati..

Selamat mencuci mata..

p/s kalau rasa terliur cepat pergi terjah kedai seafood ni..  hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.10
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails