SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, April 30, 2017

#CUTI2MALAYSIA - MISI JALAN JALAN CARI MAKAN DI KELANTAN

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Tahun 2017 adalah tahun melawat Malaysia atau dikenali sebagai #cuti2malaysia. Kalau ada sesiapa yang follow IG NANIE memang this year nanie banyak bercuti dalam negara je. 

Kali ini, nanie nak share kisah 2-3 bulan lepas iaitu bercuti di Kelantan..




Untuk tahun ni je, dua kali nanie jejak Kelantan, sebab attend wedding kawan. Jadi kalau nak jejak kaki ke sana, tak kan la nak pergi pastu balik, teruslah plan nak jelajah makanan2 yang selalu orang perkatakan. hehehe


******************************


MISI #JALAN2CARIMAKAN DI KELANTAN 


  1) KUIH MUIH TRADISIONAL DI PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Sekiranya korang ada plan nak pergi melancong dan membeli-belah di Negeri Che Siti Wan Kembang, jangan lupa singgah di Pasar Siti Khadijah. Pasar ini sangat menarik dan banyak keunikannya.

KAT MANA? - Tingkat Satu
APA YANG ADA ? 
  • Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita
  • Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan





***********************

2)KOPITIAM KITA

Kopitiam Kita , satu nama yang ringkas dan mudah , seiring dengan namanya 'KITA' bermaksud semua bangsa tak kira Melayu , Cina , India , Siam dan sebagainya bertandang di sini untuk menikmati sarapan pagi bagaikan sebuah keluarga besar. Macam-macam ada.

LANDMARK -  New Pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa . 

Ulasan - Menu sedap dan banyak pilihan,harga yang berpatutan dan servis yang cepat dan bagus. Patutlahh masuk Majalah 3.


WAJIB CUBA - Roti Titab ini ialah rasa jem sekaya dia yang tidak begitu manis dan tidak begitu tawar tetapi masih lagi mampu memikat hati penggemar roti bakar. 

Rezeki dapat jumpa dengan owner Kopitiam Kita, peramah dan sporting
**************************

3)TEH TARIK MADU PAK MAT

Gerai Warung Pak Mat The Tarik Madu terletak dikawasan Pantai Cahaya Bulan, yang menjadi tempat tarikan pelancong. Pengunjung akan singgah terlebih dahulu di warung Pak Mat untuk menjamu selera sebelum ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Bila di buka? -  seawal 7.00 pagi sehingga 4 petang. 

LANDMARK -  kampung Kedai Buloh yang berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB).

WAJIB CUBA - Teh tarik madu lebah. Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik warung lain. Ia menggunakan tepung susu dicampur dengan sedikit madu yang menghasilkan buih. 




Senyum puas hati dapat rasa kesedapannya. RECOMMENDED!

***********************

4) MAGGI TELUR SOTONG / MAGGI KETAM


Kedai ni simple je, terletak di tepi jalan, tapi bagi nanie patut dicuba sebab murah dan sedap. Korang akan perasan kedai ni, sebab kereta akan parking kat tepi2 jalan, penuhhhhh. Jadi sila plan sebelum datang.

Bila di buka? 4 ptg pagi sehingga 4 pagi. 

LANDMARK -  Selera Signal, Cabang 3, Kedai Buloh, Kota Bahru

Contact : Facebook


WAJIB CUBA - Maggi kari telur sotong atau Maggi Ketam, Perghhhh dah la banyak isi lepastu sedap. Lagi best murah, tak siap harga dalam bawah RM10 je.

*********************

PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)
COCONUT SHAKE DAN ROJAK KELANTAN

Sebenarnya kalau datang Kelantan, korang singgah lah kat PCB, even pantai dia tak boleh mandi, tapi korang boleh bersantai sambil menikmati dan menjamu selera sambil mendengar deruan ombak.

APA YANG ADA ? 
Bebola seafood / hotdog - Ia telah digoreng atau di celup tepung kemudian di cicah sambal dia yg sgt sedap. Cholek nie seperti rojak cuma beza skit sbb seafood tu di goreng bersama tepung ramuan atau resepi sendiri. Pelbagai pilihan ada seperti ikan, ketam, sotong dan terdapat jgk dalam bentuk bebola lebih senang untuk dimakan. Tak perlu risau mmg byk pilihan ikut kegemaran masing2. Tapi kalau Nak minum je boleh try Coconut shake atau Aiskrim kelapa

Macam2 ada, boleh cuci mata dan menikmati minum petang / malamdengandgn kawan2 atau family di tepi pantai. Best beranginnnnnn je.


******************
KESIMPULAN
Negeri Kelantan ni ada banyak lagi tempat makan yg sedap, cuma ada pergi kedai tak ambil gambar. Contohnya, 
Kedai Ulam Cikgu, Nasi Dingin. 
p/s Siapa yang ada plan nak ke Kelantan, apa kata korang explore dan jangan takut nak cuba makanan kelantan. Yang pasti bila balik rumah timbang badan, terus insaf. haha

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, April 27, 2017

PROMOSI HEBAT JUALAN KERETA PEUGEOT. MURAH DAN BERBALOI-BALOI..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

OK, mesti orang pelik tetiba je nanie dok promote kereta pulak dalam blog. Actually nanie hanya bantu sesiapa yg nak promote business. Tapi sebenarnya nak buat entry ni pun bukan nya main suka buat, kena research, kena faham konteks dan kena bagi maklumat yg sebenar. Kang salah bagi, susah pulak. Pasang niat kerana Allah dan nak bantu orang yg memerlukan informasi. ngee~


Entry kali ni nanie nak share tentang K.E.R.E.T.A. Sila jangan salah faham, nanie bukan agent kereta ye. hehe

Peugeot adalah Kereta buatan Perancis. Kalau  dekat Malaysia ni, NASIM SDN BHD adalah official distibutor utk jenama kereta PEUGEOT sejak dari January 2008.. Kira hebat jugak Nasim ni, kira salah satu subsidiary dari Naza Group of Company.




**************************

MODEL KERETA PEUGEOT

Design memang awesome ^_^



Bagi jenama PEUGEOT MALAYSIA, pelaksanaan GST tak banyak memberi kesan terhadap harga kereta jenama itu. Boleh dikatakan harga jualan kereta Peugeot  tidak berubah.


*********************************

PROMOSI HEBAT SEKARANG!

Peugeot 408
2.0L Continental car



KELEBIHAN

Biggest car in segment.C
Huge trunk
Superb cabin space
5 years warranty

BERAPA HARGA?

Full Downpayment = booking = 
rm500 to rm888 only


Installment 
rm805 per month.

PROMO  THOR-BAEK!!

(ori On the Road (OTR) : RM109888)

SEKARANG BERAPA??

 RM69,888 SAHAJA
(jimat hampir RM40,000)

*****************************

Kalau ada sesiapa yg berminat nak beli kereta PEUGEOT, sila dapatkan perkhidmatan / service TIP TOP dari sales specialist ini. 


SaifulAzli @ Paul_peugeot 
+60167125317 (WhatsApp)

#CertifiedTopPerformer #SenangLulus


Nak diskaun or more free accessories, just sebut nama nanie blogger. ok? 

RECOMMENDED!! RECOMMENDED!! RECOMMENDED!



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, April 26, 2017

AYER8 PUTRAJAYA TEMPAT REKREASI SEISI KELUARGA..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Nanie dah lama tak update blog. Subhanallah, kekangan masa membataskan segalanya. Last month baru balik Langkawi dan Kelantan. Itu pun masih pending lagi nak share story. Tunggu ye nanie ada kesempatan nak update blog. Kali ini, nanie nak share tentang satu tempat menarik di Putrajaya. 


LOKASI
AYER 8, PUTRAJAYA

LANDMARK
Terletak di belakang Hospital Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8, Putrajaya.

Siapa sangka dahulunya kawasan Ayer 8 ini hanyalah belukar kini mempunyai banyak tempat menarik di Putrajaya yang boleh dilawati dan popular dikalangan warga tempatan dan pelancong 
Apa yang menarik sangat di di Ayer@8?
  1. Bukan sahaja bermacam-macam kedai termasuklah restoran dan kafe yang menjadi tumpuan, di Ayer@8 ini juga ada kawasan lapangnya yang menghadap tasik Putrajaya yang nampaknya sungguh popular dengan pengunjung-pengunjung setiap kali saya ke sana baru-baru ini.
  2. Antara tarikan yang paling ketara di situ adalah aktiviti-aktiviti berbeca, berbasikal dan Ada juga  yang mengambil angin berjalan-jalan di tepi tasik dan ada juga yang berjogging di kawasan itu. .
  3. Kalau nak sewa beca dan bermain “bubbles”, korang boleh ke Kedai Bubbles and Beans di tingkat bawah ada menyediakan sewaan beca, basikal dan kenderaan mainan lain. 


ALAMAT
 Bubbles and Beans Cafe, C1-LG-6 Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya. Park at basement LG Parking, exit dekat Pintu 


KESIMPULAN
Untuk korang yang nak cari tempat untuk membawa keluarga bersantai, mungkin Ayer@8 boleh menjadi satu pilihan? Lepas dan kenyang menjamu selera bolehlah mengambil angin sambil membakar kalori main basikal beca di tepi tasik tu. Kalau tak nak keluarkan peluh, boleh berpiknik sambil menikmat landskap Putrajaya yang tersergam indah.

Jadikan ini sebagai percutian destinasi dekat di dalam kawasan Selangor / Kuala Lumpur. 
Siapa cakap bercuti memerlukan modal yang besar? 
Tepuk dada tanya selera.
Selamat bersantai dan berehat seisi keluarga!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, April 24, 2017

#TRAVELTOJAPAN GENAP SETAHUN. KENANGAN TERINDAH DI TOKYO..

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Ramai orang tanya nanie, best sangat ke travel sana sini. Tak habis duit ke asyik berjaan je kerjanya. Itu lah mentaliti. 

Bercuti atau melancong tidak semestinya memerlukan budget yang besar. Kita boleh rancang dalam jangka masa panjang, kumpul duit untuk buat simpanan dan  semoga kita dapat bercuti dengan tenang. 

Bukan semua tempat sama dengan tempat kita. Apabila kita ke tempat orang, kita belajar banyak perkara. Ada baik dan ada buruknya. Budaya dan gaya hidup masyarakat di tempat tersebut boleh menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelum ini. 

13122 viewers. WOOOOOOWWW. Alhamdulillah
So sempena #anniversarytriptojapan nanie nak ulang tayang entry2 sebagai panduan kawan. 

Entry Day 3 : Shibuya Crossing
Entry Day 4 : Hitachi Seaside Park




KESIMPULAN

Tetapkan nawaitu dan tujuan kita nak melancong untuk melihat tempat orang, merasai suasana negara lain atau melihat keindahan alam semula jadi, Insyaallah Allah permudahkan.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, March 23, 2017

#TRAVEL VIETNAM - ITINERARY KE HO CHI MINH & TOUR GUIDE THE BEST IN VIETNAM

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Alhamdulillah, kali ini nanie cuba ringkaskan itinerary ke Vietnam ikut cara nanie. Tapi trip ke Vietnam ni, nanie tak dapat nak bagi details sangat sebab nanie follow trip pakej.

Tapi sebelum tu, awal2 lagi nanie nak minta maaf kalau nanie update entry lambat. Nanie update bila ada masa di samping untuk ingatan diri sendiri dan untuk rujukan kawan-kawan yang merancang nak bercuti ke Hong Kong. Nanie harap nanie dah tulis sedetails mungkin, tapi kalau rasa ada yang tak cukup, boleh tinggalkan komen ya. 


**********************

VIETNAM - ITINERARY

So here you go, inilah simple itinerary yang sempat nanie buat semula sebagai panduan semua. Tak nampak boleh click pada image. Tapi kalau nak softcopy, boleh send email pada nanie


nanie_nakata@yahoo.com



********************

TOUR GUIDE

Nanie memang ambil tour guide sebab nanie pergi ramai / dalam family. Macam nanie, segalanya diuruskan oleh tour guide dari A TO Z, takde keluar satu sen pun pun memandangkan mak nanie berkerusi roda. Sememangnya nanie puji tour guide ini, susah nak dapat yg boleh jaga kebajikan orang berusia dan makan minum memang terjaga. 

Lagi satu nak puji pasal tour guide nanie ni sebab harga pakeh termasuk makanan. Sampai tak sempat lapar, asyik makan dan minum je sepanjang masa. hahaha Balik Malaysia, berat naik. sobsss Kitaorg listkan makanan apa nak makan, nak beli apa. 

Part paling rasa kagum, siap hantar kat airport tunggu kami sekeluarga berlepas naik kapal terbang. fuhhh, memang tabik spring.


FAROK
+84 122 349 5924

Bab Harga korang boleh runding dengan dia. 

**********************

Ini senarai entry semu cerita tentang VIETNAM, kalau nak itinerary ni boleh tinggalkan komen juga.


*tekan link untuk mengetahui lebih lanjut cerita dan tips menarik ke Vietnam

thanks for reading ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails