Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Maklumat halal ini diperkukuhkan lagi dengan salah satu aduan yang diterima JAKIM. JAKIM telah membalas aduan tersebut dengan jawapan berikut:
Tekan link ini {JAKIM - ADUAN HALAL}
Sumber - Starbucks dan Coffee Bean
U LIKE @ NOT, UP TO U..
Ini nak cerita ni, actually nanie ni ragu2 sikit kalau nak minum Coffee Bean. Sebab kalau nanie nak lepak mana2 pun, kalau rasa was-was baik tak payah masuk. haha Macam kat Singapore, tak semua coffee house ni HALAL, jadi nanie dah terbiasa dengan sikap macam tu. Selidik dulu baru berani lepak. haha
Standartlah sekarang semua anak remaja sudah biasa dengan coffee house macam Starbucks atau Coffee Bean. Memang tidak dapat dinafikan coffee house yg aa jenama ni memang sedap dan lazat. Lagi2 tang bau dia, aduyaiiii menusuk kalbu. hikhik
*******************************
PERSOALAN : Adakah Starbucks dan Coffee Bean halal?
Baru-baru ini, nanie ada lepak la kat Coffee bean Jadi nak bagi kesahihan dan kepastian, nanie ada google dan check JAKIM.
Contoh beberapa ADUAN dari pengguna
MAKLUMAT PALSU DAN KHABAR ANGIN
- Emulsifier yang digunakan adalah dari sumber yang haram.
- Raspberry frap telah dicelup alcohol dan tiramisu mengandungi rum (sejenis alcohol).
KAJIAN dan KAJI SELIDIK MELALUI WEBSITE
Kita sebagai pengguna ISLAM jangan sambil lewa mengetahui status HALAL yang sebenar, kita perlulah merujuk kepada JAKIM. Dari website JAKIM, didapati bahawa Starbucks dan Coffee Bean adalah pemegang sijil halal yang sah.
Maklumat halal ini diperkukuhkan lagi dengan salah satu aduan yang diterima JAKIM. JAKIM telah membalas aduan tersebut dengan jawapan berikut:
Tekan link ini {JAKIM - ADUAN HALAL}
Tarikh Aduan:
|
28/04/2008 - 11:16:52
|
Jawapan :
|
Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih
|
KESIMPULAN
Starbucks dan Coffee Bean adalah pemegang sijil halal yang sah. Makanan, minuman, bahan2 dan cara2 penyediaan telah diiktiraf JAKIM sebagai halal.
![]() |
| Hati riang dan tiada was-was.. Sentiasa mencari yang halal ^_^ |
p/s Like atau Share entry ini jika anda rasa anda pengguna Islam yg mencari kesahihan restoran Halal
Published with Blogger-droid v2.0.10
Published with Blogger-droid v2.0.10


