SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label resipi nasi ayam mudah. Show all posts
Showing posts with label resipi nasi ayam mudah. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

RESIPI #DAPURNANIE: NASI AYAM SEDAP DAN MUDAH..

Assalamualaikum. selamat sejahtera.


Entry masak2 ni da lama nanie tinggalkan. Last 2 weeks, berbuka puasa dengan keluarga sangatlah menyeronokkan. Jadi masing2 buat POTLUCK. Macam nanie ditugaskan masak MAIN DISH.. 

NASI AYAM..


Mula2 mak cadangkan masak nasi tomato, tapi disebabkan kepingin nak makan nasi ayam, nanie ikut citarasa nanie la. hahaha

Nanie memang guna style masak nasi ayam yg simple. Alhamdulilliah keluarga SUKA, keluarga cakap SEDAP. hihi Yang paling rasa terharu kakak suka dengan sos yg nanie reka cipta. Jadi  time berbuka puasa jugalah berlakulah pertukaran resipi. kihkih


Masak dengan jiwa memang menghasilkan nasi ayam yg terbaik. Lagi dengan puasa tak boleh nak rasa, memang ikut gerak hati garam, gula semua tu. 

Tips mudah  

Bila memasak, selawat dan baca doa ketika basuh sayur, ayam, dan masak nasi. Kerana makanan akan jadi darah daging kita ^_^



**********************


RESIPI? terlebih dulu, nanie minta maaf nanie bukan chef terhebat. Serius masak nasi ayam lagi syok dari masak nasi dengan lauk2. Even nasi ayam nanie agak complicated sikit, sebab kebanyakan air yang nanie gunakan adalah air rebusan ayam

Nasi 



beras basmathi*basuh dan toskan
Air rebusan ayam
*bawang besar (blend)
*bawang putih (blend)
*halia (blend)
buah pelaga, kayu manis, bunga lawang (bahan penumis)
mentega / planta
pewarna kuning 
kiub ayam *jika perlu
daun pandan
Garam dan gula


  • Tumis bahan penumis dengan planta bersama bahan yg telah diblend. 
  • Bila dah wangi dan agak garing, boleh masukkan beras dan air rebusan ayam dan kiub utk menambah rasa.
  • Bila da mendidih sikit, boleh masukkan pewarna, daun pandan dan garam gula.

Ayam 



1 ekor ayam - bersih dan potong ikut size yg diperlukan
Halia *blend
Bawang putih *blend
Bawang merah *blend
Sos tiram
Kicap manis
Madu *jika perlu
garam , gula


  • Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit ke 2 jam.
  • Goreng ayam panas2 lagi sedap. syokkkk wooo..
Sambal Cili


cili merah
cili padi 
cili sos
cili tomato *jika perlu
bawang putih *blend
halia *blend
garam 
gula
 air rebusan ayam 

  • Blend cilipadi merah, cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam, cili tomato dan cili sos secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  
Sambal Kicap



  • Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Tambah kicap, garam, gula untuk bagi lagi umppphhh. Angkat.


HASILNYAAAAA, Taraaaaaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NASI AYAM #cookwithlove #homemade #dapurnanie


P/S kalau ada yg terror masak, nanie minta maaf. Ini memang nasi ayam sedap dan mudah versi nanie. Kalau nak rasa nasi ayam nanie, jemputlah datang rumah nanti. wink2 ^_^

Assalamualaikum, selamat berbuka puasa..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, November 29, 2012

PERCUBAAN MASAK NASI AYAM BERJAYA..

As salam, selamat sejahtera..

Last 2 week nanie masak Nasi Tomato.. Then percubaan seterusnya adalah Nasi Ayam. Alhamdulillah, berkat google recipe dari internet, nanie try and error.. First time masak nasi ayam, berdebar2 takut rasa dan rupa tak menjadi.. hehe

So, macam biasa, kena prepare rencah sebelum masak 

nasi
perapan ayam
sup
sambal nasi ayam
kicap nasi ayam





ALHAMDULILLAH

Ini lah hasilnya. Menjadi nasi ayam versi sendiri dan nanie rasa berpuas hati macam kat kedai.. hehe *puji diri sendiri*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Dan bila dihidangkan atas meja, macam ni.. Jangan pandang pada rupa dekorasi meja, tapi pandanglah pada rupa masakan nanie. hahaha





P/S next mission, nak cuba masak Nasi Beriyani Ayam.. Ohh semoga berjaya nanie. Terus memasak dan berbakti utk suamimu.. 

Good luck nanie ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails