SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts
Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

HADIAH TERBAIK ADALAH DOA..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Muhasabah Diri

Sebaik-baik Hadiah/Pemberian kepada 'Seseorang' adalah DOA.



P/s : Mendoakan Seseorang, Merupakan tanda kasih sayang kita kepadanya :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, July 17, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS : HUKUM SOLAT PAKAI CERMIN MATA


assalamualaikum, selamat sejahtera.

Just nak share dialog antara Ustaz Azhar Idrus dengan murid2nya dalam kuliah.


Soalan: 
Adakah sah solat kalau pakai cermin mata?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jawapan


Ustaz Azhar Idrus: Tidak sah solat pakai cermin mata!

Murid-murid: Apsal tak sah ustaz?



Ustaz Azhar Idrus: Sebab cermin mata tak boleh menutup aurat. Kita kena pakai kain atau pakaian yang menutup aurat baru sah solat. Jangan pakai cermin mata saja.

Murid-murid: Wakakaka (kena main dek ustaz! Kikiki ^_^

Selamat menambah ilmu, walaupun lawak ada kebenarannya tentang agama. kan? kan? Lagi lah mudah nak solat terawih. kihkih



p.s fuhhhh. Islam bukan menyusahkan malah memudahkan. Janji kita sebagai hamba Allah patuh dengan suruhan Allah. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, June 20, 2013

UAI - JATUH CINTA PADA JODOH ALLAH..

Assalamualaikum..

Actually hari ini bila nanie bAca ada satu artikel tentang Jatuh cinta dan jodoh. Terasa terpanggil nanie nak share tentang hal itu. Nanie harap bagi insan yg masih menanti jodoh, jangan pernah berputus asa. Sama juga dengan nanie, mari sama2 kita kita dipertemukan dengan jodoh kita suatu hari nanti. *Ameen*

*******************************

Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. 

Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..




p/s Bagi nanie simple je, kalau kita tak dipertemukan di dunia, insyaallah kita akan jumpa 'dia' di akhirat kelak. Jangan pernah berhenti doa. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, January 24, 2013

MAULID NABI - NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..



HAAAAAAA...  Faham tak apa yg UIA cuba sampaikan tu? hehe


terkena batang hidung sendiri tak? kahkah..

Okla, bersempena Maulid Nabi, hari kebesaran Nabi Muhammad, Jom kita Muhasabah diri dan membaca serba sedikit informasi Nabi junjungan kita..


*****************************
Salasilah Nabi Muhammad.

Nama : Nabi Muhammad SAW
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib
Nama ibu: Aminah binti Wahab
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah)
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Agama: Islam
Bangsa: Arab
Status: Berkahwin
Isteri Nabi Muhammad SAW:.
1) Khadijah Binti Khuwailid
2) Saudah Binti Zam’ah
3) Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4) Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6) Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab Binti Jahsy
8 )Maimunah Binti Harith
9) Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10) Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
Anak-anak Nabi Muhammad SAW:.

1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Al-Zahra’
8 )Halah bin Hind (anak tiri Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah)
*****************************

Biography Nabi Muhammad SAW:.
USIA 5 TAHUN 
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN 
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN- 
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN- 
-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN- 
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN- 
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN- 
-Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Kesimpulan :

Mari tambah ilmu akhirat dan Salam Maulidul Rasul untuk semua.. 



Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaih
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, January 14, 2013

PESAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS..




Pesan Dari Ustaz Azhar Idrus

Jangan gembira sangat dapat isteri cantik, putih melepak, hidung macam Ferrari, bonet belakang macam lori, kerana kamu tanggung dosa dia dari hujung rambut hingga hujung kaki! 



^_^



P/S biar la nanie tak cantik, sebab nanie percaya, Allah ada bagi kelebihan pada nanie iaitu akal fikiran yg membezakan baik dan buruk. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails