As salam.. selamat sejahtera..
Nanie just nak share beberapa TIPS untuk merancang proses tempahan dan pemilihan kad kahwin. Nak tahu apa TIPS pasal kad kahwin, sila baca dengan tenang..
BAGAIMANA MERANCANG UTK TEMPAH KAD KAHWIN?
Perkara yang penting yang anda perlu sedar ialah apakah FUNGSI KAD KAHWIN iaitu Medium menjemput kawan2 dan saudara mara ke majlis perkahwinan dengan mempunyai maklumat yg tepat dan jelas seperti nama pengantin, tarikh, lokasi, & peta jalan.
****************************
BAGAIMANA MERANCANG BILANGAN KAD KAHWIN
Jemputan catering = 1000 orang
Kad kahwin = 450 - 500 kad sahaja
Kenapa kurang dari bilangan jemputan? Kerana perlu dititik beratkan kawan2 atau saudara mara membawa pasangan atau keluarga. Jadi 1 kad bersamaan dengan 2 orang. Jadi makanan dan kad kahwin biar seiring jemputannya. hehe
*************************
TEMPOH MASA & BILA PERLU MENEMPAH KAD KAHWIN
TIPS* Sebaiknya tempah kad kahwin anda 2 bulan atau sekurangya 1 bulan sebelum tarikh mula EDAR kad kahwin bukan tarikh majlis kahwin, okay?
TIPS** Anda juga perlu tahu berapa lama proses yg diambil oleh kedai tersebut utk mmbuat kad kahwin. Biasanya :
- Proses design kad kahwin pelanggan (draft) - 2 minggu brgantung kpd traffic di kedai
- Proses confirmation draft apabila pihak kedai siap buat design, - 2 minggu. Pastikan tarikh, alamat, nama dan peta anda betul selain dari check design kad kawen anda menepati citarasa @ tak.
TIPS*** Jangan berlengah-lengah, sila confirmkan draft kad anda secepat mungkin untuk mengelakkan kad dapat diedarkan pada tarikh yg dirancang. Elakkan dari mendesak pihak kdai utk menyiapkan kad anda lebih awal dr tempoh yg diberi, ini berkemungkinan anda akan dikenakan caj 'rush order' atau kualiti kad tidak seperti yg diharapkan.
- Proses cetakan bermula selepas pelanggan confirm artwork. - 2 minggu.
- Kad kahwin siap dan boleh diedarkan ^_^
*************************************
TIPS* Sebelum dtg ke kedai kad, buat perbandingan harga dengan beberapa kedai dari sudut harga dan design. Apabila dha setuju untuk memilih kedai kad tersebut, korang perlu sediakan dgn lakaran peta, maklumat yg perlu dimasukkan dalam kad supaya masa yg diambil tidak terlalu lama semasa membuat tempahan. elakkan dari baru mahu mula melukis lakaran di kedai, menelefon keluarga ttg jmlah kad, nama siapa yang perlu dimasukkan. Urusan boleh dipermudah dan dipercepatkan jika anda bersedia lagipun anda boleh menjimatkan masa anda utk shopping @ dating. hehe
TIPS** Elakkan buat 2 jenis kad kahwin yg berbeza. ramai yg suka buat 2 jenis kad kahwin, kad biasa dan kad VVIP. Apabila anda menepah kad biasa lebih banyak & kad vip dgn kuantiti yg sedikit,kos keseluruhan tempahan akan bertambah kerana biasanya kad akan dikira berdasarkan kuantiti..
TIPS*** Elakkan juga menempah kad kahwin terlalu sedikit dan dtg kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. harga lebih tinggi jika cetak sedikit. Biar tempah lebih sedikit sebagai persediaan,
UNTUNGNYA - lebih murah, tidak bnyk kerja dan selamat.
P/S Semoga entry nanie ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi sedikit panduan kepada bakal pengantin.Sharing is caring. Caring is loving.. huggggsss~
U LIKE @ NOT, UP TO U..