Thursday, February 19, 2015

#TRAVEL2015 - AVENUE OF STAR

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Aduyaiiii maafkan nanie ye, entry #travel2015 sampai ke penghujungnya juga Alhamdulillah, nanie berkesempatan melihat dan meninjau bumi Hong Kong dan Macau. Terlalu indah ciptaan Allah dan pengalaman ini amat menyeronokkan dan menambah ilmu pengetahuan nanie dalam hidup.. Cewah..

*************************

Day 4





Direction to Avenue Star by MTR
1. Dari BP International House, naik MTR Jordan Station ke Tsim Sha Tsui Station. 
2. Turun MTR, exit ke Sogo, ikut anak panah ke Avenue of Star/Hong Kong Museum of Art/Symphony of Light. 

INFO

Avenue of Stars terletak di sepanjang Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ia dibina dengan mengambil contoh dari Hollywood Walk of Fame sebagai penghargaan kepada bintang-bintang terkenal dari dunia Industri Perfileman Hong Kong. 


Dari Avenue of Stars ni, kita boleh nampak bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong yang terletak di Hong Kong Island termasuklah Prudential Hong Kong di dalam bangunan IFC Hong Kong. Kira opposite jela dari Victoria Harbour tu. 


Kalau kita nak ke seberang Hong Kong Island tu, selain naik bas, MTR dan teksi, kita boleh jugak naik feri. Suasana di sini selalu ramai kerana lebih dari 30 pertunjukkan muzik, teater, dan tarian akan diadakan. 



Clock Tower pun ada juga di area  Tsim Sha Tsui ini. Jam ini terletak di antara Star Ferry terminal dengan Harbour Peninsular Viewing Deck. 




Jadi korang boleh nikmati pemandangan dan gambar  posing nanie untuk trip ke Hong Kong. Sesungguhnya ia memang pengalaman yang terbaik dalam hidup


















***********************

KUNJUNGAN WAJIB DI AVENUE OF STAR

Lokasi ini juga menjadi tempat strategiK untuk menikmati pertunjukkan A Symphony of Lights pada setiap hari pukul 8 malam. Kena datang awal kerana akan sesak ramai orang.



KESIMPULAN

Bagi nanie, travel dapat memperluaskan minda dan hati penulis tentang kejadian yang berlaku di tempat lain. Hal ini penting dilakukan untuk kaum penulis dalam membuat perbandingan dan penilitian dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Malah agama Islam sendiri pun menganjurkan umatnya melancong atau bertebaran di muka bumi untuk melihat dengan mata kepala sendiri, pelbagai kisah hidup manusia yang ada di tempat lain selain tempat sendiri. Semoga ilmu #travel2015 dapat dijadikan panduan.


8 comments:

  1. ermm belum ada kesempatan nak jejak kaki lagi ke sini, insyallah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. Ada rezeki Allah mesti dpt jejak kaki.

      Delete
  2. Nanie...sy nany gak..hehehe ejaan je lain..blog awk best kemas je bsusun..sy nk tnye psl hongkong..blh x email sy itinery awk... mashirnani@gmail.com

    Terima kasih yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nany, sy da email pada awk. terima kasihh puji blog picisan nanie. hehe

      Delete
  3. Assalamualikum.. Hi Nanie! Sy sekeluarga merancang percutian ke hk.. Byk info yg sy dpt dr blog nanie. Ape yg nanie suggest sume sy print screen & buat nita ;) tq very much! (Syikin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syikin. alhamdulillah dapat membantu awk, selamat merancang dan selamat bercuti ke HK :)

      Delete
  4. hai...tqvm blog ini padat info..saya akan ke macau- hk july 2016. nak tnya kalau bawa makanan (brahim, milo maggi n etc ) dlm hand carry lepas tak?? nk jimat punya pasal, takmo amik luggage..hehe
    tqvm ats respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh selagi muat luggage. Hehe anything jangan lebih 150ml cecair.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..