SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label go bang maju. Show all posts
Showing posts with label go bang maju. Show all posts

Friday, November 28, 2014

TEMPAT MAKAN SEDAP PATIN TEMPOYAK - GO BANG MAJU

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie just nak share tempat makan atau restoran yang menyajikan makanan sedap dan tradisional Pahang. Masatu kan nanie ada join external recruitment ke Pahang, jadi dah alang-alang datang ke Temerloh, rugi kalau nanie dan kawan2 tak cuba ikan patin :)

So nanie nak RECOMMEND, satu kedai yang patut korang singgah.

KELEBIHAN KEDAI INI
  • Memang dihidangkan  panas2 berasap. Pedas berasap. Pedas yang sedap untuk orang yang suka pedas. Kalau tak makan pedas, makan isi ikan jer lah yer. Pun sedap tau.
  • Kuahnya tak pekat sangat. Maka tempoyaknya pun light sajalah. Tapi, believe me.. rasa pedas, masam, manis, lemak dia semuanya cukup.

Harga sangat berpatutan.
Sepotong patin tu harganya hanyalah RM10.00. 
1 set  RM12.00 (Nasi + ulam + Gulai Ikan patin)
  • Walaupun kedai ni guna ikan patin sangkar yang biasa dan bukan patin liar, atau patin buah. Tapi kualiti patin sangkar yang biasa ini pun dah lebih daripada cukup untuk korang menikmati patin tempoyak yang sangat memuaskan hati.
  • Harga yang berpatutan dan sangat mampu datang seisi keluarga
.
.
.
KAT MANA?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nama kedai : 
Go Bang Maju (Hidangan Patin Terbaik Anda)


Masa : 
Isnin, Selasa, Rabu Sabtu dan Ahad ( 12pm - 12am)
Jumaat (2pm - 12am)
Khamis - TUTUP


Landmark : bersebelahan Esso Temerloh (bawah jejantas)

Ada yang suka patin tempoyak tak...?

Kalau suka jom lah singgah ke Go Bang Maju.

Pasti tak menyesal. Recommended!!

p/s Ini review ikhlas tanpa dibayar. Confirm lepas ni kedai ni mesti maju sebab dah masuk Majalah 3.  :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails