SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, November 26, 2014

RAHSIA LULUS INTERVIEW KERJA..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Hari ini nanie nak share pengalaman nanie sebagai panel interview. Untuk pengetahuan kawan-kawan, nanie diberi tanggungjawab oleh company nanie untuk menjadi panel interview di Pahang pula.  

Entry sebelum ni, menjadi panel interview di Negeri Sembilan nanie turut  share tips interview di  link INI



Jadi sebagai nasihat dan nanie rasa nanie nak kongsi beberapa kesilapan calon-calon dalam menyusun dokumen atau sijil2 dalam FAIL.

Dokumen ASAL
Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil SPM asal
  • Sijil STPM asal (jika ada)
  • Diploma asal (jika ada)
  • Transkrip diploma asal (jika ada)
  • Ijazah sarjana muda asal.
  • Transkrip sarjana muda asal.
  • Ijazah sarjana asal (jika ada)
  • Transkrip sarjana asal (jika ada)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)
  • Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.


TIPS MENYUSUN DOKUMEN ATAU SIJIL DALAM FAIL

  1. Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3
  2. Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun.
  3. Dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam
  4. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform

Luas Pengalaman bila dapat masuk FELDA..
orang bandar masuk kampung.
Best!


KOMEN NANIE
Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon.

SELAMAT BERJAYA !!

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. menarik betul tips tu. dr dulu smpi skang habis upsr nyer sijil msk dlm clear holder

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. nanie kongskikan untuk panduan bersama :)

      Delete
  2. Nice sharing nanie.. berguna sangt tips yg nanie share nie utk mereka2 yang akan pi interview.. =D

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails