SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label ex-kpmm. Show all posts
Showing posts with label ex-kpmm. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

IKEA - SHOPPING DAN MAKAN MEATBALL..


As salam.. selamat sejahtera.. 

Wahh lama nya tak update cerita jalan2 cari makan @ ikea kan? dalam blog ni, dah banyak kali nanie share makan2 kat restoran yg nanie rasa best.. (click entry ini utk senarai restoran yg pernah nanie review)  Tapi kali ni  tekak mengidam ni asek nak makan meatball lagi dan lagi je.. 


Tapi disebabkan ada byk masa dan byk nak abeskan masa bersama, kali ni memang makan tak ingat dunia.. janji have fun!!


Breakfast - drive thru @ Mcdonald



Menu simple - burger (ada daging dgn telur) dan coffee :)

,
Sebab drive thru, saje nak makan dalam kereta je..sebab nanti boleh gosip terhangat tanpa ada gangguan.. 

p/s Walau badai datang melanda, yg penting hiduplah penuh dengan senyuman :) 


*********************************

SHOPPING TIME!!

Lokasi : IKEA

Ini namanya bila keluar dgn BFF (Zhafrina), wajib snap photo. sebagai kenangan terindah.. even dengan troli pun jadi. haha




Yang ni pulak posing dengan bantal IKEA.. haha.. Bantal ni memang lembut betul. Tak kira apa yg ada, semua nak snap photo.. kihkih


cantek tak bantal ni? fuyooooo colour dan corak hampir sama dgn baju yang nanie pakai. kan? kan? kan?  


 Next month, memang target nak beli barang2 kat IKEAList gaji bulan depan

1. Reel langsir
2. Tupperware plastic
3. Langsir
4. Bantal (jika berkenan)
5. Cermin

utk shopping kali nitroli memang agak kosong. kahkah


************************************

Lunch - makan2 @ Ikea

Nampak tak meatball yg sedap tu??

agak2 berapa biji nanie makan?

Memang super sedap!!



Tak cukup makan kat IKEA, siap bungkus utk yg tersayang. hikhik

bukan 1 tapi 3 tupperware da rembat utk mereka.. 



Last but not least, ada sedikit ucapan utk si dia..



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Zhafrina,
Mengenalimu satu kesyukuran, 
bergurau denganmu satu kebahagiaan, 
menyakiti hatimu akan ku elakkan..
satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.

touching tak? hahaha 



friendship forever dear :)

Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, November 25, 2012

SIZZLING STONEGRILL

as salam & salam sejahtera..

just nak share satu entry yg berkaitan JALAN2 CARI MAKAN.. kali ni, nanie terjah restoran luar dr KL, iaitu di Sizzling Stonegrill @ Malacca.. Siapa yg recommend tempat ni, semestinya la my BFF, ez.. die yg bawak kami ronda2 Melaka, walaupun ronda2 & lawatan ke Melaka (ayat macam lawatan sekolah je. wink). Masa lawatan ke Melaka tak sampai 1/2 hari ( less than 12 jam)..

Tanpa buang masa, nanie nak perkenalkan Restoran :
sila click utk tumbesaran - sejarah~

Suasana restoran seperti dlm hutan.. yeayyy!!
Menu yg menggoda.. haha
ape yg boleh nanie katakan - SUPERB & UNIQUE~ Korang boleh check testimonial / website2 tentang restoran ini : jUst click link yg nanie da bg tu ye..
link 1 - masak sendiri
link 2 - utusan mobile,

link 3 - blogger feedback

link 4 - blogger feedback

***********************************
sambil promote restoran, kami selitkan gambar2 kami.. hahaCandid & cubaan utk mengambil photo 3 org.. hehe




Inilah die Miss KM (Kuat Makan), cik Ez, walaupon badan kecik, tapi.... (sambung ayat sendiri).. Ez makan Seafood combination grill.. Ada udang, sotong, ikan.. Fresh2 lg & plg syok, masak sendiri..

Yg ni Chicken grill.. nanie punye ni special cket, sebab ada bantuan cik abang waiter yg sudi potong2 utk nanie.. Maklum la, nanie ni kan VVIP / Tourist.. haha


Yg ni my cousin punye, Beef Combination grill, ada daging lembu, daging kambing & ayam.. Masing2 hilang konsep DIET, sebab nak menikmati makanan di restoran ini.. hehe



********************************************

jap2 ni la abg waiter yg tolong potong2 kan makanan nanie tu.. hehe

Side dishes kami berasaskan kentang.. yummy~

photo sebelum BYE2 GRILLED RESTORAN.. tQ abg waiter tlg click2 photo..
p/s kalau sape yg area KL, yg dtg Melaka @ Johor - click this
entry.. puas hati.. menjamu selera & menjamu mata dgn dekorasi yg indah.. Sampai berjumpa lagi.. terima kasih sudi membaca..

.


.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, July 16, 2012

THANKS IZIE..

UPDATE post : entry 2010 ke entry 2012 (dulu single kini ??)


salam.. selamat sejahtera..


kali ni post nanie di dedikasi kn kepada my frenz yg mmg da lama kenal since dr KPMM & UITM Shah Alam.. nanie nak ucapkan terima kasih coz menjadi sahabat nanie yg terbaik terutama sekali tyme blaja kat Uitm.. yela kami dpt dok sebilik kat kolej melati dr semester 2 sampai la haies belajar.. die la kwn yg slalu menemani nanie setiap kali suka duka kt sana..


Even kdg2 mulut ez pot pet (suka membebel) tp nanie xkisah.. da lali da coz ez akan bg byk advice.. coz slalu stiap kali mak nanie telefon, mesti mak nanie akan pesan mintak tlg tgk2 kan nanie.. yela nanie ni anak bongsu, agak manje cket..hehe

Ez comel tak kucing kat bawah ni.. hehe




Untuk pengetahuan korang, Ez duduk melaka. so dia sanggup turun dari Melaka ke KL semata2 untuk menghadirkan diri ke hari pertunangan dan perkahwinan nanie..Sedih dan terharu dengan pengorbanan dan setia kawan yg ada. Nak tengok gambar kami? Jom tengok di bawah..

Koleksi gambar kenangan kami bersama..

Hari pertunangan nanie - {entry ini}




Hari resepsi nanie 




inilah Nurain Izie.. Pengapit yg serba boleh. Import dari Melaka. Dia memang praktikkan TIPS PENGAPIT yg nanie share dalam blog.. 

Jom baca TIPS PENGAPIT dari nanie


***************************

Majlis resepsi IZIE @ melaka


Ez, nanie sgt bertuah dpt kwn, sahabat dan teman yg paling menyayangi nanie.. Friendship forever even masing da bertukar status


dulu SINGLE = kini BERKAHWIN


Nk tengok dia dalam busana pengantin??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..




dulu pengapit, sekarang pengantin.. 


Pengantin yg sememangnya suka colour PURPLE..


*************************


Walau Di Mana NURAIN IZIE Berada..



IngatLaH selalu bahawa adanya seorang insan yg sentiasa gembira, jika kawan-kawanNYa Gembira & insan yang sentiasa menangis ketika kawanNya berduka. percayalah...

Kawan ada dimana-mana, tak cari tp dia datang juga, kerna ia tak kenal siapa, mana dan dia sapu ja. Tp kawan tak sama ngan kekasih, hati pedih kekasih menyisih, kawan dtg memberi kasih. Kawan lama ditagih, kawan baru dinanti, tp takkan sama kawan lama sebab dia dah lama kenal kita.

P/S Ez, nanie sgt bertuah dpt kwn, sahabat dan teman yg paling menyayangi nanie.. Friendship forever even masing da bertukar status . Ikhlas - nanie..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU..





salam..selamat sejahtera..

Hari ini adalah hari Guru. Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru.



Mengapa Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU 

- kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Mengapa ada sambutan Hari Guru?





Ucapan untuk guru2 di Malaysia  :





Sejarah nanie belajar ialah  :

TABIKA KEMAS, AU1 KERAMAT
SRK JALAN GURNEY 2
SMK PUTERI AMPANG (SMKPA)
KOLEJ PROFESIONAL MARA MELAKA  (KPMM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM SHAH ALAM)


Terima kasih cikgu sudi meluangkan masa mengajar dan mendidik nanie sehingga menjadikan nanie seperti sekarang. Alhamdulillah, jasamu amatlah dihargai.

************************


P/S Nak baca tak kenangan bersama kawan2 nanie, apa yg nanie belajar . Ada kenangan manis dan pahit. 

Kenangan manis bila dapat berjumpa dengan kawan2. Kenangan pahit bila kawan yg kita sayang meninggalkan kita buat selama2nya..


- KPMM - Nak baca? tekan link ini.


- UiTM - Nak baca? tekan link ini


- SMKPA - Nak baca? tekan link ini



TERIMA KASIH DAN HARGAILAH GURU ANDA. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, July 24, 2011

AL-FATIHAH # 3

As salam.. selamat sejahtera..


ALHAMDULILLAH, segala kenangan terindah dikongsi & dipatri dalam entry blog nanie

1) AL-FATIHAH #1

2) AL-FATIHAH # 2

3) STATUS FACEBOOK




4) ALUMNI KPMM KOLEJ PROFESIONAL MARA MELAKA



5) BLOGGER / FOLLOWER : NURUL HARNANI KASMARI


**********************************************


Paling memeranjatkan & terharu,

blogger terhebat datang singgah / memberi komen..

.

.

.

1) BLOGGER : BEN ASHAARI



BLOGGER : YUYU ZALIKHA komen entry AL-FATIHAH # 1




Terima Kasih atas segala kunjungan & ucapan takziah kalian..




Semoga blog ini dapat mengembalikan memori kepada semua..

Al-fatihah , Semoga arwah dicucuri rahmat dari-NYA


-TAMAT -

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, July 23, 2011

AL-FATIHAH # 2

As salam..



rentetan entry nanie sebelum ini, nanie ade sebuah lagu yg liriknya amat dalam maknanya, sangat sesuai utk sahabat~



HIJJAZ - Kau sahabatku kau teman



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati



Tulus ikhlasmu luhur budimu

Bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu

Menghiburkan kami

Memori indah kita bersama

Terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati



Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa



Ya Allah

Tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang diKau janjikan nikmat

Untuk hambaMu



Sahabatku

Akan kuteruskan perjuangan ini

Walau kutahu kau tiada di sisi



Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami



Moga amanlah dan bahgia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solihin

Kau sahabatku kau teman sejati



*********************************************



Nanie sayang arwah ibarat sahabat, teman & kakak terbaik yg sejati. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Sedih rasanya, arwah tak dapat menghadiri majlis perkahwinan nanie nanti.. Subahanallah, Hanya Allah tahu perasaan ini.. Walaubagaimanapun, kt sebagai hamba Allah, kena tabah dan sabar dgn setiap aturan hidup dan perjalanan hidup yg Allah tentukan.. Mari sama2 kt sedekahkan Al- Fatihah~




Nanie sayang Kak Zie sampai bila2. Inshaallah~


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

AL-FATIHAH # 1



As salam.. & selamat sejahtera..



hari ini hari yg muram utk nanie dan rakan2 nanie..



Sebabnya, nanie telah kehilangan sahabat nanie yg memang sangat baik, sangat bertimbangrasa & sangat penyayang.. Tapi hari ini, 23 July 2011, Allah telah menjemput arwah bertemu-Nya..



Untuk mengetahui, arwah menghidap penyakit apa, ini adalah entry=link yg menjelaskan segalanya..



Alhamdulillah, nanie sempat pergi melawat arwah ketika arwah dalam CCU, Hospital Selayang. Waktu itu, arwah masih kenal nanie, Paling sebak, arwah menangis & mengadu sakit.. Ya Allah, tak tertanggung tatkala nanie menziarahinya. Sedih rasa hati bila terkenang segala memori yg terpahat dalam sanubari nanie.



Berikut adalah bingkisan / secebis kenangan terindah arwah (Raja Noraziah ) bersama nanie ketika konvo Kolej Profesional Mara Melaka~



kenangan yg mengungkap segala suka duka ketika belajar, dan hasilnya kejayaan di hari bersejarah. Gambar yg mengembalikan ingatan nanie sekeluarga terhadap arwah. (mak nanie, nanie & arwah )



Ini adalah rakan seperjuangan / rakan sebilik kami bersama arwah. Gambar kenangan ini dirakamkan dgn penuh senyuman(dari kiri fairuz. arwah, nanie & zhaf & masih ada seorang gadis manis, Farra yg tiada dlm photo ini )



*****************************************



Blogger / sahabat yg nanie sayangi, nasihat nanie, bila kt dapat perkhabaran sahabat kt dalam keadaan yg kurang sihat, jangan lupa melawat @ menziarahi. Kerana setiap ajal & maut hanya Allah sahaja yg tahu.. Jangan lengah2 masa & luangkan masa yg ada selagi sahabat kt masih bernafas di dunia ini..



Entry sambungan - Click this link untuk teuskan pembacaan.. Al- Fatihah~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, June 27, 2011

SLE



SLE? APA TU SLE?

Apakah SLE?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dgn sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain.

Statistik

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Berita terkini dalam Berita Harian.. sila click utk maklumat Risiko wanita hadapi serangan SLE 10 kali lebih tinggi


Jenis-jenis Lupus

1) Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain

2) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Simptom :

  • Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
  • Ulser di dalam mulut
  • Keguguran rambut
  • Demam berpanjangan.
  • Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
  • Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
  • Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang..




Sumber rujukan :info 1 & info 2




.


.


.


.

Ya Allah semoga sahabat nanie, Kak zIE bertahan & tabah hadapi dugaan hidup..Nanie harapkan semoga rakan2 KPMM dapat doakan keselamatan, kesejahteraan & kesihatan yg terbaik utk beliau & keluarga.. Kini beliau di Hospital Selayang.

Doa kalian dapat memberi kekuatan dari segi emosi & fizikal. Sekian terima kasih.

P/S Kak zie, nanie sayang akak.. tak dapat nak gambarkan akak time nanie melawat akak.. Semoga akak cepat sembuh.. :(

ini entry tahun lalu - http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/2010/03/geng-pink.html

(kenangan terindah tak dapat digambarkan dengan kata2, hanya entry ini dapat melahirkan ape yg terpahat dalam isi hati nanie.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, May 12, 2011

MENARA TAMING SARI



salam sejahtera.. as salam utk semua..


Ini adalah Sambungan entry-1 & entry-2

JALAN2 MELAKA~


****************************************
Apa yg nanie boleh share tentang Taming Sari ini -


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.




Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 11 malam. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam.



*************************************


Object - teropong aka DSLR




2 wanita profesional guna DSLR utk teropong 1 jejaka.. hehe



......................................................................................

Ini photo yg dirakamkan di DALAM Menara Taming Sari..


Object + Subject - 3orang pengguna DSLR . haha




Subject - Suasana dari puncak menara Taming Sari~



muka ceria mereka tatkala berjumpa~



*****************************************
ini photo yg dirakamkan di LUAR Menara Taming Sari..

Gambar individual~ Super like~

Bersama jejaka merangkap driver.. hehe



-



-



-



-



-



-



-

TERIMA KASIH ATAS MEMORI @ MELAKA



Ronda2 Sekitar Melaka



Jonker Walk



Menara Taming Sari



AEON Bandaraya Melaka





kami sahabat 3 negeri - Melaka, Selangor, Kuala Lumpur
pulang dgn kenangan terindah~
.



.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails