SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG HONEYMOON

Tuesday, June 18, 2013

MUTIARA KATA..

MUTIARA KATA


Carilah wanita yg Cantik Akhlaknya bkn hanya Cantik rupanya tapi kosong.

Carilah lelaki yg Kuat Ibadatnya bukan Kuat mengurat orangnya 




#mulakan pagi anda dgn sEnyuman ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, June 17, 2013

SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Inilah perasaan nanie tatkala ini.

 Esok (17 June) penentu segalanya.

SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

TENANG:

Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

MENANGIS:

Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.




"YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU"
(DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN). 
Teruskan tersenyum. Di sebalik senyuman, hanya ALLAH je tahu apa yang kamu rasai. Bukan tak ikhlas, tapi dengan senyuman mengubat hati yang lara.

Senyum tak perlu kata apa2.

^_^

Ikhlas,
Nanie
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, June 15, 2013

JOM DAPATKAN HARGA KERETA HYUNDAI YANG BERPATUTAN.

As salam.. selamat sejahtera..

Entry ni entry iklan yang akan stay selama 3 hari. Sila scroll bawah untuk baca next entry.


**************************


OK, mesti orang pelik tetiba je nanie dok promote kereta pulak dalam blog. Actually nanie hanya bantu sesiapa yg nak promote business. Tapi sebenarnya nak buat entry ni pun bukan nya main suka buat, kena research, kena faham konteks dan kena bagi maklumat yg sebenar. Kang salah bagi, susah pulak. Pasang niat kerana Allah dan nak bantu orang yg memerlukan informasi. ngee~


Entry kali ni nanie nak share tentang K.E.R.E.T.A. Sila jangan salah faham, sy bukan agent kereta ye. hehe

Hyundai adalah Kereta buatan Korea. Hyundai dan Kia bernaung di bawah satu payung dikenali sebagai Hyundai Kia Automotive Group.

MODEL KERETA HYUNDAI

Design memang awesome ^_^


Kalau ada beberapa orang masih tak percaya kebolehan dan kelebihan kereta Hyundai, nanie siap search review untuk kereta Hyundai, customer berpuas hati . 

click entry ini utk lihat review Hyundai i10

click entry ini utk lihat review Hyundai Elantra

click entry ini utk lihat review Hyundai Veluster

yg lain2 model sila cari sendiri. hehe

*********************************

INI PULA SENARAI HARGA HYUNDAI. 

besarkan kalau tak nampak ye :p

****************************

KESIMPULAN

Maybe ada yg berpendapat kereta buatan Hyundai tak berapa OK dari Jepun kan? Tapi percayalah sekarang Hyundai kini bukan lagi bawaan Hyundai yang lama. Melalui barisan produk yang sedang dan bakal diperkenalkan, Hyundai komited untuk memberikan pembaharuan-pembaharuan kejuruteraan serta reka bentuk kenderaan masa hadapan


*****************************

Kalau ada sesiapa yg berminat nak beli kereta HYUNDAI, sila dapatkan perkhidmatan / service TIP TOP dari sales specialist ini. 

Nak diskaun or more free accessories, just sebut nama nanie blogger. ok? Nah nanie tepek kan name card dia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



RECOMMENDED!! RECOMMENDED!! RECOMMENDED!!

Latest updateVisit booth (Saiful HYUNDAI) @ Perayaan 48thn PSSCM @ 15Jun2013 @ Dewan Datuk Hj Maideen, Senawang, Seremban N9. 


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, June 14, 2013

NANIE TAK CANTIK, SO WHAT??

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Tajuk hangat, memang sangat MELETOP. Kalau awak baca blog nanie, nahhhh baca apa yg nanie nak sampaikan. OK?

****************************

Nanie tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun nanie tidak cantik, nanie tetap ada KELEBIHAN :

✿ Kerana nanie tidak cantik.. nanie tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..



✿ Kerana nanie tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI nanie daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..

✿ Kerana nanie tidak cantik, nanie SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkaniman lelaki..

✿ Kerana nanie tidak cantik, nanie tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..

✿ Kerana nanie tidak cantik, nanie TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..

Dan kerana nanie tidak cantik, INSYAALLAH nanie bakal menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI nanie seadanya..

✿ Kerana nanie tahu.. nanie tidak cantik pada pandangan manusia.. maka nanie akan BERUSAHA agar kelihatan CANTIK pada PANDANGAN ALLAH.. kerana bukan kecantikan dunia yang nanie kejar.. tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik.. bila Allah SWT suruh TUTUP.. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, June 13, 2013

REVIEW FAST AND FURIOUS 6 (2013)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nak review benda ni aduyaiii lama betul nak fikir. Bagi nanie cerita ni best la sebab cerita action takdela mengantuk sangat :p

*******************************

Fast and furious 6 ni mengisahkan tentang misi HOBBS nak tumpaskan satu sindiket jenayah yang diketuai oleh OWEN SHAW. dalam nak capai misi tu, pertolongan dari DOMINIC TORETO dan BRIAN sangatlah diharapkan sebab dia jangka hanya diorang yang boleh tolong tangkap penjenayah first class tu sebagai pertukaran atau win win situation, DOM mintak supaya dia diberi pengampunan penuh dan dibenarkan balik ke rumah.  


keadaan jadi tambah best bila girlfriend DOM yang dah dianggap mati, tiba-tiba wujud dan berkomplot pulak dengan team SHAW, LETTY namanya. ttiba boleh muncul sebab Letty tu hilang ingatan. ingat hilang ingatan ni ada dalam sinetron indon je ke? hollywood pon ade okey. haha.  

Antara scene yg masih ingat dan syok ^_^

1) paling suka scene team shaw berkereta kebal kat highway tu. semua kereta dia lenyek macam lenyek lempeng. kahkah entah berapa juta la dorang perhabiskan duit buat cerita ni.



2) DOM selamatkan LETTY yang tercampak dari kereta kebal tu. sumpah dongeng habis sampai berterbang-terbang bagai. kalau cerita melayu lah, confirm kena bahan dua tiga tahun. haha. Tapi sebab cerita famous, semua orang kata fuyoooo..



3) bila team HOBBS dan DOM dok kejar kapal terbang kargo untuk stopkan SHAW,  Tapi ada sedih sikit bila salah sorang dari team dia mati. 



4)Dalam cerita ni ada gak terapkan unsur-unsur kasih sayang dan persahabatan. well, love is most powerful energy kan? 

contohnya misi DOM nak bawak LETTY balik ke pangkuan dia dan bahagianya BRIAN hidup dengan MIA with the little baby boy, JACK. Sweet gile laki macam tu. 


 p/s Thanks awk dan awk. Percayalah, sebenarnya cerita action ni memang best kalau kena dengan jiwa. Nanti nanie review lagi satu cerita. Cerita yg nanie akan review nanti tu nanie tengok 2 kali kat wayang. haha 


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, June 12, 2013

WORDLESS WEDNESDAY : PEREMPUAN DAN LELAKI


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

TERIMA KASIH AWAK..


Seandainya kamu bertemu seorang kawan yang sanggup 

bersusah atas nama kesetiaan, 
mendahulukan atas nama kebajikan
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan

ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti...

**************************

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukran Ya Allah..



Terima Kasih Awak ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, June 11, 2013

SENYUMAN PEMBUNUH KELUKAAN..


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Actually tajuk tak menahan.. haha tak tahu nak letak apa. tibai aje la labuuuuuu..  Nanie terfikir and terus letak.. Jangan marah aaaaa, nanti kena jual *baca ikut nada cerita P Ramlee*

***************************

MUTIARA KATA

Bahagia bukan bererti segalanya sempurna. Bahagia adalah ketika kamu memutuskan untuk melihat segala sesuatu secara sempurna. 

Berhentilah membicarakan keburukan orang lain, kerana jika kamu lakukan itu maka kamu tak lebih baik darinya.


Biarkan cinta yang melukakanmu meninggalkan mu.. percaya..akan hadir cinta sejati.. 

Percayakan ketentuan Allah.. 

SURAH AL-BAQARAH : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" 

Ajarilah aku ya ALLAH untuk menjadi peribadi yang lebih tabahtidak mudah mengeluh dan juga menyerah.. Amin.


P/S Bila tengok gambar atas ni, nampak je B.U.N.G.A terus teringin nak dapat B.U.N.G.A oh tidakkkkkk!!! 

Awk, nak bunga? Apa? Tak boleh? Takpe takpe beli sendiri pos kat tempat kerja boleh tak? hahahaha 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, June 10, 2013

DOA UNTUK IBU BAPA


Tiada kecintaan yang selayaknya ditumpahkan selepas cinta kepada Allah dan Rasul melainkan untuk MAK dan BAPAK tercinta. Tanpa mereka, siapalah kita.

Mari bersama belajar menyuburkan rasa cinta buat permata hati kita, yang telah banyak berkorban dan membesarkan kita selama ini dengan penuh cinta dan kasih sayang. 

Semoga Allah merahmati kedua ibu bapa kita di dunia dan akhirat ♥ InsyaAllah .
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, June 7, 2013

HARGAI MAK KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA...


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Dunia sekarang ni, banyak sangat kes yg anak lupakan mak mereka. Nanie tak cakap SEMUA, tapi ade SEGELINTIR yg terlalu mengutamakan awek/ isteri dari mak sendiri. Jadi ini hanya perkongsian sahaja. Takde kena mengena dengan yg hidup atau mati.. Jika terasa, sila maffkan saya.

BETUL KE SALAH??

awek sakit - risau / siap wish GWS

mak sakit - buat tak tau / tak call pun

hari jadi awek - diberi hadiah bunga
hari jadi mak - buat tak tau / tak wish pun


awek belum makan - ditanya
maknya belum makan - tidak pernah ambil tahu


awek marah - sedih
maknya marah - marah balik

Tetapi Bila Saat Begini:

masa sakit - panggil mak

bila sedih - cari mak

bila dihina - mengadu dekat mak

mau apa saja - minta dekat mak

bila mak dah xda baru nak nangis~




#Hargailah mereka selagi mereka masih ada... 


gambar hiasan sahaja. ini bukan emak nanie ^_^


Mak, selagi kita bersama kita akan sentiasa bersama. *budget mak baca entry ni ke nanie oiii* Yang penting, apa niat kita. Insyaallah.

P/S bila bapak da meninggal dunia, terasa dunia nanie dipenuhi dengan mak. Makan dengan mak, tidur dengan mak, solat dengan mak, pergi kubur dengan mak, semua dengan mak. Saya sayang mak saya. Noktah.



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

BAHAGIA ITU PILIHAN..




Dalam bercinta atau rumah tangga, perlukah Anda mencari persamaaan dengan pasangan Anda?

Bagaimana jika Anda dan pasangan Anda langsung tidak menemui persamaan?

Anda dan pasangan Anda diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain. Tak akan ada orang yang perfect sifatnya.Pasti ada yang kurang di mana-mana. Kekurangan Anda akan di isi oleh orang yang satu lagi, iaitu pasangan Anda.



Keserasian wujud apabila pasangan Anda mengisi kekurangan Anda kemudian Anda pula mengisi kekurangan pasangan Anda.

Personaliti Anda dan personaliti pasangan Anda tidak semestinya banyak sama tapi mesti saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

****************************
Cinta sifatnya membahagiakan.

Cinta jadi lebih bermakna apabila Anda menikmati kebahagiaan bercinta / rumah tangga melalui perbuatan – misalnya berkebun bersama-sama, bersukan bersama-sama, memasak bersama-sama, beriadah bersama-sama atau shopping bersama-sama.

Cinta akan menjadi apa yang Anda fikirkan jauh di dasar hati kerana ia dibentuk oleh sistem kepercayaan Anda.

Bila Anda percaya cinta itu membahagiakan, maka itulah yang akan jadi.

Tapi apabila Anda percaya cinta itu menyeksakan, maka itu jugalah yang akan jadi.

Salam Ukhuwah..~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, June 6, 2013

SALAM ISRAK MIKRAJ..

Assalamualaikum..selamat sejahtera..

Hai kawan2.. 

Tahu tak hari ini hari apa yg terpenting dalam Islam?

Hari ini 6 June 2013, bersamaan 27 Rejab 1434 Hijrah.

Kenapa dengan 27 Rejab?

27 Rejab adalah tarikh berlakunya Israk Mikraj. Satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Dan juga menjadi pengajaran besar kepada muslimin dan muslimat.

Kalau nak baca lebih lanjut, boleh refer Al-Islah untuk pemahaman yg lebih lanjut.



Semoga kita saling ingat mengingati sesama manusia. Nanie memang tak sempurna, tapi tak salah kita share benda yg baik utk tambah ilmu.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, June 5, 2013

HIPOKRIT!!

Hipokrit, ialah satu kata sifat bagi seseorang yang sedang bertindak tidak selaras dengan hati atau menyembunyikan perilaku yang sebenar dengan tanpa niat untuk berubah. 

NEXT ENTRY, nanie akan share ape keburukan hipokrit dalam persahabatan ye bukan dalam percintaan atau rumah tangga.  Hati tengah panas sangat ni. rasa dah menggelegak.. ermm :-(


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, June 3, 2013

RINDU ITU SATU ANUGERAH..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

MUHASABAH DIRI 

''Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi nun jauh disana. Maka dakapkanlah Al-Quran dlm hatimu''

Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu. 
,
Maka Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu.

 Maka Pintalah agar dia selalu berada di jalanNya.

Maka Pintalah agar DIA selalu menjaga hatinya.


Doa dalam sujud, dan mintalah pada Allah dan luahkan apa yg ada dalam isi hatimu. Senyum tak perlu kata apa2 ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, May 31, 2013

MELAKA : MUZIUM KAPAL SELAM & PANTAI KLEBANG

Assalamualaikum.. selamat sejatera.


yeayyyy!! mood da kembali pulih utk blogging. TQ awak sebab bg semangat kat saya. hahaha


OKla, kali ini entry yang nanie nak share ialah tentang lokasi perlancongan untuk pelancong tempatan / oversea yg patut singgah kalau pergi MELAKA.


***********************


MUZIUM KAPAL SELAM, PANTAI KLEBANG


Untuk masuk ke muzium ini, harga tiket adalah RM1.00 bagi dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah! Berpatutan ... 


  

Waktu Lawatan

9.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Khamis

9.00 pagi hingga 6.30 petang - Jumaat/ Sabtu dan Ahad


Sejarah semua dia ada cerita atas notice board. Bila nanie buka laman web Perbadanan Muzium Melaka, barulah tahu bahawasanya, kerja-kerja baikpulih Kapal Selam SMD Quessant Melaka nie telah siap dilaksanakan pada 10 September 2012. Tapi hanya dibuka kepada pelawat bermula pada 1 Disember 2012. 



Rugi tak datang wooo, macam2 ada. Bila masuk dalam kapal selam tu, baru lah kita tahu kehidupan mereka. Serius macam2 ada. boleh tengok tempat tidur, dapur, bilik meeting, dan lain-lain. Pengalaman yg tak boleh dibeli dengan wang ringgit $$


Gambar kenangan WAJIB ada, apa lagi kenangan BFF dari sekolah menengah sampai sekarang. Alhamdulillah, terima kasih Allah, korang memang best ^_^


Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini, korang call la kat no. nie ye.. 06-282 6526

******************************

Next, lepas da melawat tempat sejarah, kitaorang pun terus tak lepaskan peluang main pasir dan tangkap gambar kenangan kat Pantai Klebang. Dekat je dari muzium tu, memang syok arrrr angin sepoi2 bahasa gitu. hehe

PANTAI KLEBANG



Time kitaorang pergi cuaca Alhamdulillah. Jadi bermula sandiwara drama tamil kat tepi pantai. hahaha main tarik2 tangan pulak da :p



GAMBAR WAJIB!! 4 sekawan yg memang sempoi and happening :)




Ada banyak gambar lagi, tapi malas la nak upload, cukupla jadi kenangan abadi diri sendiri dan kawan2..

p/s next entry, nanie nak update ada lagi satu tempat yg patut pergi kalau datang MELAKA. stay tune, tunggguuu !!



Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, May 30, 2013

APA TERDETIK DI HATI PUN DOA..

Assalamualaikum.. 

Jom Muhasabah Diri
Apa terdetik di hati pun doa.. Allah Maha Mendengar..

Oleh itu jaga apa kita kata walau pada diri sendiri.. Doa suatu ibadah.
KITA BUAT → ALLAH MELIHAT → MALAIKAT MENCATAT
KITA CAKAP → ALLAH DENGAR→ MALAIKAT MERAKAM
KITA SEDIH → ALLAH MEMAHAMI → MALAIKAT MENEMANI



Jom banyak doakan yg baik.. Allah sgt sayang pada orang yg suka minta dan merayu bantuanNya Aamiin Ya Rabbal'alamiin ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, May 29, 2013

WORD OF THE DAY :KESILAPAN MANUSIA


Berhenti mencari kesilapan orang lain. Noted!! 

Noktah. 

p/s silent reader / stalker, please take note. Sama2 kita ubah diri ye. Saya redha apa yg berlaku. Allah Maha Mengetahui.

Assalamualaikum..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, May 28, 2013

MINTA MAAF SEBELUM TIDUR..


MOTIVASI SEBELUM TIDUR..


Sebelum tidor maafkan semua orang dan halalkan semua apa yang orang ambil hak kita seolah olah kita akan mati esok hari supaya tidak payah kita ada akaun dengan manusia di padang mahsyar nanti. Jika kita maafkan semua orang Allah akan buka hati orang untuk memaafkan kita.

Bayangkan apabila tiada hak orang pada kita betapa tenangnya hidup. Jika ada hak kita diambil orang dan kita halalkan dapat pahala. Kalau tak halal tak dapat balik benda itu dan pahala tak dapat. Dendam yang disimpan akan memakan diri kita. Bila kita halalkan dan maafkan insyaAllah bahagia dunia akhirat.








U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, May 27, 2013

MELAKA : HOTEL (PERCUTIAN BUDGET)

As salam, selamat sejahtera..

Lama gila nak update entry ni. Mood ke laut la, malas nak perah otak. haha

Okla, macam entry yang lepas, nanie ada share dengan u oll dengan entry tips percutian budget (entry ini), so disebabkan budget trip, kami pun carilah hotel yg budget bersesuaian dengan budget ciput kami. hehe

Jadi nanie just nak bg simple review, kemudahan, harga dan lokasi. 


Kemudahan Hotel Weilia

bangunan dari jauh da nampak KUNING.

Area lobi ada sediakan komputer

kemudahan - TV, kettle,katil empuk,lampu romantik
2 Queen size sesuai utk 4 orang :)

Bilik air / toilet bersih dan selesa

************************************

Alhamdulillah, puas hati dengan kemudahan dan service dari pihak hotel. Murah dan berpatutan RM150 untuk 4 orang. Bila di bahagi dengan 4 orang, hanya RM38 sahaja seorang. Murah kan?


ini senarai HARGA untuk bilik2 lain


Kalau berminat, boleh tengok map dan alamat di bawah. 

Berbaloi2 okay. 


Selamat bercuti dan selamat merancang percutian budget. Nak tips percutian budget cer click entry ini ^_^

p/s maaf nanie lambat review sebab personal matter, jadi bila da lambat review tu memori tu dah agak blur sikit. hehe takpela janji nanie share experience utk korang cari hotel budget.. ngee

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails