SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, July 25, 2010

PROMOTION TEST MARKET..

salam..selamat sejahtera..

nanie nak jual accecories.. nak test market.. ade ke yg berminat nak beli gelang2 yg fancy.. sgt reasonable price dia.. only RM12 / item include postage.. tp klu ade yg minat more than 3, kami beri lagi diskaun hebat.. rm10/item include postage.. wee~~

limited edition.. sgt warna warni.. lihat la pic2 di bawah ye..
#A1 - silver colour

#A2 - Silver / white
A3# - white

A4# - gold

A5# - black

A6# -purple

a7# -red

A8# - blue

A9# - black

A10# - colourful

p/s kalau ade yg berminat sila dropkan full details anda ke msg fb @ comment di blog @ send email nanie_nakata@yahoo.com.. berikan full details anda -

nama, alamat, kod item # , dan qty..

nanti nanie akan beri nama / no akaun nanie ye..

selamat memilih mana yg berkenan di hati..

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, July 24, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..
ihsan daripada.. --> ...
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, July 20, 2010

WAHAI 'CINTA' KU..


RENUNGAN BERSAMA

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, July 11, 2010

PLZ TEACH ME ^.^

salam..selamat sejahtera..

simple entry.. nak tanya blogger yg arif lg bijaksana.. macam ne nak wat blog kt org xbole copy & paste.. nanie ade terbaca blog nanie org copy tanpa izin la..

plz teach me.. still learning..


~~Nanie~~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, July 7, 2010

AUDIT OH AUDIT..

Salam..selamat sejahtera..

nanie nak share story tentang kerjaya nanie.. nanie kan baru kerja dlm thn ni, jadi dlm masa yg sama masih mengenali erti pekerjaan nanie ni.. tup2 nak buat cerita nanie da kena jd leader handle preparation utk external audit.. auditor mat saleh &chinese singaporean.. al maklum lah nanie kerja cmpany HQ kat USA.. & utk kali ni, nanie ditugaskan bahagian training department kena make sure all pekerja ada badge, active certification , and make sure they are follow all rules and regulation..

mmg payah jugak mula2, tp berbekalkan semangat dan bantuan 3 assistant nanie, akhirnya kami berjaya menyiapkan segalanya..bayangkan, nanie kena kerja 7days/ week , sabtu ahad pun kerja, balek lambat.. setiap hari kerja dan masa berehat pon xde.. nak buat macam mane, tugas perlu diselesaikan.. tanggungjawab da diberi.. tp kan dlm masa nanie bz prepare utk audit, mak nanie merajuk, coz dia kata nanie xde masa nak temankan mak shopping2, mkn2, jln2.. ermriaw mak, abes je audit & da settle semuanya, adik janji belanja mak makan n shopping.. wee~~

last but not least, ape yg nanie belaja dr audit ni adalah teamwork, knowledge and experience..
mcm wonder pet selalu ckp " ape yg penting.. K.E.R.J.A.S.A.M.A "

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

FIZA & SHAMIM WEDDING..


salam .. selamat sejahtera..

ni semua story2 yg da lama pending dek kerana bz + ati x berapa nk tenteram la.. ok, nanie nak cerita ttg umah kawen, dlm bln june ni byk kenduri yg nanie attend.. sebelum ni kawan kolej nanie .. click this --> post.. utk kali ni, nanie nak share ttg kwn yg nanie baru kenal, ala kwn sekerja, dok sebelah je dlm office nanie.. fiza & shamim.. die buat kat dewan putrajaya yg tersergam indah.. waktu nk masuk tu rsa mcm vip2 je, coz dewan dia sgt eksklusif la.. ktorang kumpul duet ramai2 belikan adiah utk pengantin..

my wish to both of u.. SEMOGA BERBAHAGIA..



just nk share ayat2 perkahwinan (hadith rasulullah s.a.w)

"Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".



p/s MAK, sy nk kawen jugak!! ish2.. sabar nanie.. wek!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, July 3, 2010

FAKTA BKN AUTA !!

salam.. selamat sejahtera..

ape perasaan korang bile korang dan pasangan menikmati kebahagian di dalam hubungan cinta, tiba-tiba Muncul seseorang yang tidak anda duga. Orang yang anda sangka teman ataupun rakan biasa mula menunjukkan tanda- tanda yang mengancam kesetiaan anda kepada pasangan anda.

Pada mulanya, orang ketiga ini anda anggap kehadirannya di dalam hidup anda sebagai kenalan biasa. Mungkin sebagai rakan sekerja, kwn lama ataupun apa-apa keadaan yang sewaktu dengannya. Di sepanjang proses hubungan kawan ini pada mulanya mungkin hanya biasa.

AWAS! Anda mungkin tidak sedar dengan beberapa petanda di atas. Ini kerana, anda sedang berada di dalam fasa “kurang sedar”. Anda tidak sedar niat sebenar orang ketiga ini adalah untuk merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda. Anda mungkin katakan saya dan pasangan anda tidak faham.

Percayalah! Saya faham dan pasangan anda faham. Sebagai seorang pasangan yang setia dan sedar betapa tingginya nilai sebuah kesetiaan di dalam hubungan cinta maka, kami faham naluri seorang perampas! (insan ketiga).

Jelas sekali, sebagai manusia kita dikurniakan sebuah hakikat. Apakah hakikat itu?
“Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”

Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAAN yang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.

Jauhi Orang ketiga. Katakan tidak kepada golongan perampas ini. Jika mereka betul- betul insan yang baik dan murni, mereka sepatutnya sedar status anda yang sudah berpunya. Mereka harus menggalakkan kebahagian hubungan cinta anda dan bukannya merampas kebahagiaan tersebut.

Mesej kepada orang Ketiga:
Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.

Kepada anda yang sedang menjadi mangsa insan ketiga, sedarlah dan bangkit daripada lamunan cinta palsu anda. Sedarlah keadaan diri dan pasangan anda sekarang. Tahulah bahawa pasangan anda sebenarnya lebih sayangkan dan perlukan anda. Ingat kembali detik pertemuan pertama yang indah. Anda bukanlah daripada golongan kaum perampas maka, JANGANLAH memilih mereka yang daripada golongan keturunan perampas!

p/s sharing info yg bole dijadikan teladan.. jgn jadi madu @ racun dlm perhubungan org laen..


i'm watching u!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails