SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label bali. Show all posts
Showing posts with label bali. Show all posts

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, September 13, 2012

TIPS TRAVEL KE BALI



1) jangan sesekali pergi ke sana dengan mana-mana pakej yang ditawarkan from any travel agents. Based on pengalaman kawan-kawan yg ke sana melalui agen ni, memang diorang perlu spend banyak sikit, in fact tempat pun tak banyak mana pun yang sempat diorang pergi. Its up to u ^_^

2) Sentiasa bersama-sama dengan suami / kumpulan kalau di area Tanah Lot sebabnya ramai je orang berniaga yang suka ikut-ikut. Kadang-kadag budak kecik umur 5 tahun berniaga tak pun makcik2 yg minta sedekah, timbul rasa kesian dan nak beli :(




3) Di tepi-tepi kuta beach dan shopping area, ada sahaja mamat Bali yang mintak duit parking motor. Kalau korang malas layan and tak suka banyak kerenah, bagi je la berapa berapa yang korang nak. Kalau tahap gangster, jangan bagi sebab mereka ni macam ulat parking. Tak berdaftar pun! Saje menyibuk!

4) Ada beberapa kedai cenderahati / kraftangan yg harganya agak MURAH di kedai2 tepi jalan. banyakkan survey dulu dan pandai menawar.. Sebab penjual ni, dorang tahu, kita bukan orang Indonesia, jadi mereka akan jual cekik darahpunya harga. Jalan mudah, korang pergi kedai yg memang da ada tanda harga kot.Jadi berhati2 ye sayang~
Macam nanie, shopping kat Matahari dan Krishna. Mudah nak berkomunikasi dan selesa sebab sejukk (aircond). Klau rasa boleh ngomong bahasa Indonesia, boleh la shopping gerai2 kecil tepi jalan tu,



4) Bawalah at least 1 map bila berjalan sebab walaupun nampak tak besar Kuta area ni, tapi boleh sesat. Mungkin untuk first timer. Kalau dah banyak kali visit Bali, tak payah nak mengada. Mesti korang dah super mahir.
Macam nanie, nanie kutip maps ni kat airport time tengah beratur nak check imegresen.


6) Jangan rasa pelik sebab manusia di Bali especially warga mereka bawak moto macam lipas kudung, kadang-kadang signal pun tak bagi. Memang selamba badak. Kalau korang mat rempit kat Malaysia, tak payah berangan jugak sebab diorang bukan tahap mat rempit lagi dah. Ini dewa rempit termasuk lah perempuan yang pakai uniform sekolah.

7) Make sure pergi aktiviti kebudayaan di Bali terutama pergi suasana di Tanah Lot (entry) dan saksikan persembahan Kecak Dance (entry). Memang menarik!

8) Airport Tax ketika balik. Ketepikan IDR150.000 seorang termasuk kanak2. Selepas pemeriksaan imegresen dan airline checks di kaunter. Nanti korang akan nampak satu kaunter khas untuk pemungut airport tax. Mereka hanya menerima duit RUPIAH sahaja. So sila jangan habiskan duit rupiah ye kawan2..



p/s Kalau ada apa2 soalan, boleh check to this entry - 


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, September 10, 2012

BALI (KECAK DANCE)

as salam, selamat sejahtera..

Subahanallah, ini entry yg betul2 tertunggak.. Sebab lately, ada mcm2 problem mendatang, jadi emosi nak buat karangan berjela2 hilang. hikhik

So, arini, dengan sukacita nak share entry BALI.. Bagi yg belum baca entry Bali, check this entry :


****************************

KECAK DANCE

Apa itu Kecak Dance?
cerita kisah dewa2 agama Hindu dalam masa sama menyembah matahari. Anyway watak utama dalam Kecak Dance ni Rama dan Sita. Nak tahu lebih korang google la ek ^_^

Masa
Bermula setiap hari pada pukul 6 - 7 malam

Yuran Masuk
IDR 70,000 / seorang
(termasuk leaflet tentang ringkasan cerita dlm pelbagai bahasa)

Syarat Masuk -
Menutup aurat Tapi jangan salah faham, menutup aurat tu bukan macam pakai tudung semua tu, cuma tak boleh pakai seluar pendek atau skirt. (sebab Uluwatu ini tempat sembahyang Hndu (kuil), jika tidak akan diberi kain pelikat atau sarung batik.





TIPS : Simpan cermin mata dan barang2 atau makanan yg ada di tangan sebab ada monyet yg nakal2. kalau boleh pakai kasut, sebab ada kes selipar kena curi dgn monyet. hehe

****************************

BIAR GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA



itu la supir dari Tanah Lot ke Uluwatu



Penuh.. sesak..ramai..



Ratusan pelancong dari luar negara.. Jepun ada, mat saleh ada, korea ada, Malaysia ada, dan penduduk tempatan Indonesia pun ada..



Duduk rapat2. sebab penuh sangat..



Silau. sebab matahari memancar depan muka..



ini macam 'dukun' yg membaca jampi serampah utk memastikan semuanya berjalan lancar.



tu dia..... dia datang dengan lenggang lenggoknyee..



show da bermula.. Btw, sharin ada record show ni, nanti free2 nanie upload la yer :p


show ini tanpa alat muzik.. hanya suara dorang je 'cak..cak..cak...cak..'




kadang2 rasa rimas dan bingit dengan suara dorang.. hehehe




'dukun' buat lagi 'bacaan' kat penari lelaki itu. seramm



jeng jeng jeng.. muncullah puteri dan menari.. & macam2 lagi yg muncul.. cak.. cak.. cak.. meremang gak dengar. tapi super teruja..!!



da tamat da cerita.. ada byk gambar lagi, tapi malas nak upload. hahaha

***********************

KESIMPULAN

Kecak dance ini korang WAJIB pergi tengok performance dia. Bagi yg lemah semangat tu, banyakkan selawat and baca surah Al-fatihah. Anggaplah kita melancong dan memhami kebudayaan yg ada di Bali. Ia destinasi yg betul2 menarik utk dilawati.. ini contoh lagi satu kebudayaan menarik Tanah Lot



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, August 24, 2012

BALI (FREE BROCHURE)

As salam.. salam sejahtera..

nanie tengah bersemangat nk share some GOOD NEWS untuk kawan2 yg nak ke BALI.Actually nanie nak bagi FREE je kat kawan2 yg sedang merancang ke Bali.

apa yg free tu.. free package ke Bali ke? haha tak dapat la nak belanja korang free. Sebab nanie pun orang belanja.. hehe..

** Jom baca entry ini kalau nak tahu kenapa orang tu rajin benar nak belanja.. hehe

Jadi sebab nanie ni baik hati, (ayat puji diri sendiri), nanie pun nak la belanja korang.. Nanie dengan berbesar hati nak bagi FREE..

Syarat2 nak dapat FREE giveaway :
1) pada siapa yg komen pada blog nanie yg pertama & kedua untuk entry ini. (hadiah akan bahagi dua)
2) Menjadi follower blog nanie - http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/
(syarat yg ni tak wajib, tapi jatuh hukum harus, hehe)

Hasilnya, korang akan dapat :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BROCHURE KE BALI


*even nanie pun dapat FREE, tapi nanie yakin dengan brochure ini akan memudahkan korang survey ke mana destinasi yg boleh di tuju di Bali..



Macam2 ada..

1) Ada peta Bali
2) ada yg nak sewa kereta dan supir aje
3) Ada yg pakej nak spa / Bali massage aje
4) ada pakej yg dari pagi hingga malam
5) ada yg pakej yg murah tapi berbaloi2

p/s segala wang pengeposan akan ditanggung nanie sendiri.. (haha macam peraduan sapa cepat dia dapat pulak..

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, July 8, 2012

BALI (TANAH LOT)



As salam.. selamat sejahtera..

Nanie nak minta maaf awal2 ye sebab nanie sangat lambat update entry Bali..

Sebelum tu, jom baca entry Bali :


Jadi, hari ni, nanie nak share tentang satu lokasi tarikan pelancong ke Bali iaitu Tanah Lot.

AMARAN : Entry penuh gambar.. Sebab tanpa gambar tak best kan nak review. Harap dapat bantu kawan2 yg sedang cari informasi.

****************************
PERJALANAN TANAH LOT

Malam sebelum nanie nak pergi Tanah Lot, nanie memang buat survey dulu samada nak amek pakej perlancongan atau nak amek kereta sewa + supir sahaja.. Selepas berbincang dan convert duit Malaysia (RM) ke Indonesia (Rupiah), nanie decide hanya sewa kereta dan supir sahaja.
FYI, kat dalam entry ini, nanie ada share yg nanie jalan2 di Bali naik motor sewa kan? Tapi untuk jalan2 ke Tanah Lot ni, nanie decide sewa kereta.. Mengapa tak naek motor je?
Alasan - agak jauh perjalanan dari bandaraya Kuta. Lagi pun, jalan tak berapa tahu. Guna GPS pun takut sesat. haha

KERETA SEWA : Rp375,000/day (RM130) (include petrol + supir)
JENIS KERETA : Kijang (macam avanza)

Perjalanan ke Tanah Lot..
Musim EURO masatu. macam2 bendera ada..
Macet - perkara biasa di Bali. Apa itu macet? maksudnya jalan jammed

***************************

TANAH LOT

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di Bali. Di atasnya telah dibina kuil Hindu. Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.

Harga tiket masuk

Pelancong domestic - Rp 15,000 (RM5)
Pelancong asing - Rp 30,000 (RM10)

Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.
Pura Tanah Lot ini merupakan bahagian dari pura Sad Kahyangan, iaitu pura-pura yang merupakan sendi-sendi pulau Bali. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Itu dia punya sejarah lah.. kita takyah la nak percaya dengan menda macam ni..
Tempat ni juga sesuai untuk para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam (sunset) di ufuk timur. Tapi macam nanie, nanie pergi siang sebab malam ada aktiviti lain. Tapi, siang pun masih ada suasana yg terbaik.

Beberapa gambar sekeililing Tanah Lot.. Indahnya ciptaan Ilahi. Ombak kuat, tapi tak tenggelam pun pura itu.






Masa kitorang sampai ramai sangat orang Hindu Bali masuk keluar sembayang, dah sampai masa kot untuk diorang semua keluar sembayang dan memuja tuhan mereka di Pura ini.
Alhmdulillah rasa bertuah Allah beri peluang kami ke Bali. Seperti nanie kata sebelum ini, Bali adalah tempat sejarah dan keindahan semulajadi yg cantik..

KESIMPULAN :

Tanah lot ialah lokasi WAJIB untuk pelancong ke Bali. Memang la agak jauh dari Kuta, tapi apa salahnya kita menikmati keindahan ciptaan Allah.. Bagi nanie, ia aktiviti honeymoon yg best, even panas dan memenatkan. Takkan la nak duduk daam hotel je kan? Tak guna pergi jauh2 kalau tak nikmati lokasi perlancongan yg ada.. Pendapat nanie la ye.. Chill~ ^_^

TIPS MEMBELI BELAH:


Ada beberapa kedai cenderahati / kraftangan yg harganya agak MURAH di Tanah Lot. banyakkan survey dulu dan pandai menawar.. Sebab penjual ni, dorang tahu, kita bukan orang Indonesia, jadi mereka akan jual cekik darah punya harga. Jalan mudah, korang pergi kedai yg memang da ada tanda harga kot.Jadi berhati2 ye sayang~

Next review - Kecak dance.. tungguuuu!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, June 20, 2012

BALI (PART 2 - KUTA & SEWA MOTOR MURAH)

as salam blogger..

hari ni nanie share tentang jalan2 di Kuta bersama motor sewa..

Sebelum tu, korang da baca kat mana nanie stay hotel?

kalau belum, click {this entry}

***************************

JALAN2 Di BANDAR KUTA

Kuta ialah daerah Bali yg kira paling happening la. Berada di Pantai di Bali, terasa seperti berada di Hawaii dengan orang membawa papan lunsur dan berpakaian seluar mandi berjalan berkaki ayam dengan tubuh badan mereka yang telah hitam legam dipancar matahari terik di pantai.

Selain itu, banyak kedai2 yg famous2 kat sini.. Ala2 branded gitu dan termasuklah kedai-kedai minuman dan kelab hiburan yang dibuka sehingga lewat pagi. Inilah yang telah menarik pelancong dari Barat khususnya untuk datang berhibur, bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi yang tidak terdapat di negara mereka.

Gambar di bawah beberapa OUTLET POPULAR yg nanie sempat snap.. Naik motor mana boleh ambil gambar banyak2.. Bahaya.. hehe




************************

Next destination is HARD ROCK CAFE..

Lokasinya betul2 berdekatan dengan Pantai Kuta.. area sini jalannya agak macet (sesak). Sebab laluan favourite untuk pelancong tempatan dan luar negara..


Gambar wajib.. lalala


dan ini lagi satu.. vrooomm~


******************************

SEWA MOTOR

ehhh terlupa pula nak share macam mana nanie dapat contact motor sewa. Nanie dapat melalui internet saja.. sekarang semuanya di hujung jari saja.. Nanie search 'motor sewa di bali' & terus keluar senarai2 motor sewa.. Jangan tak tahu, nanie buat last minute punya survey, lagi 3 ari sebelum nak bertolak. gila weeiii..

fyi, nanie email je, sebab kalau nak call mahal. *guna kan kemudahan & teknologi yg FREE, jimat cket*




TIPS :
untuk bertanya atau mahu dapatkan informasi melalui internet atau email, pastikan korang nyatakan semua data dengan lengkap. ini dapat menjimatkan masa dalam survey dan membuat pilihan.. Lagi satu, rajin2 lah baca review dengan google.

contoh email nanie nak tanya tentang sewa motor.. sertakan tarikh, di mana nak pick up, daerah yg korang stay kat Bali & jenis motor yg berminat.


nak tunjuk ini la moto sewa kami - Honda Vario

jeng..

jeng..

jeng..

jeng..

jeng..

jeng..

jeng..


jeng..

jeng..

jeng..

jeng..

Harga motor sewa ini hanya 50,000 rupiah sahaja (lebih kurang RM16 sehari). Murah tak? Murah tak?



KESIMPULAN :

Jalan2 di Bali dengan menaiki motor ni dapat :
jimat duit (murah)
jimat masa (elak macet)

Nak tahu lebih lanjut tentang motor sewa, sila email nanie_nakata@yahoo.com

p/s entry seterusnya adalah cerita tentang tempat wajib yg dilawati untuk mengenali kebudayaan dan kesenian di Bali.. pasti korang rasa teruja .. haha


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails