SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, August 29, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - MELINTAS DI TRACK FAST AND FURIOUS DI SHIBUYA CROSSING.. FUYOOOHHH..

Assalamualaiikum. selamat sejahtera..

Ya Allah maaf sangat atas kelewatan update entry travel ke Jepun pada bulan April 2016. Nanie telah berpindah department di tempat kerja. Jadi kekangan masa nak update blog dan blogwalking.

jom sambung update tentaNG JEPUN. Kali ini nanie nak share tentang tempat pejalan kaki tersibuk di dunia iaitu Shibuya Crossings dan tentang patung anjing yg setia. 


******************************

PATUNG HACHIKO
  • Untuk yang belum tau, Hachiko ialah anjing yang tunggu tuan dia, seorang pensyarah balik daripada mengajar tiap2 hari. Dia tunggu tuan dia tu kat Stesen Shibuya tu la. 
  • Satu hari tuan dia meninggal dan tak balik-balik. Hachiko tak putus asa dan tetap tunggu tuan dia tiap2 hari kat tempat yang sama sampai dia pun mati 9 tahun kemudian. Sigh...kisah kesetiaan yang toching.. 

Nanie tak sempat nak tangkap gambar, tapi rajim lah nanie tampal gambar anjing yg setia ni. Patung ni terletak di Stesen Shibuya.




**************************

SHIBUYA CROSSING

  • Shibuya Crossing ini memang menjadi tempat attaction yang paling dinanti selama berada di daerah Shibuya. 
  • KENAPA? Area ini kerap muncul dalam beberapa film ternama seperti The Fast and the Furious: Tokyo Drift, Lost in Translation, serta Resident Evil: Afterlife 


TIPS NAK DAPAT TENGOK VIEW CANTIK DAN AMBIL GAMBAR KENANGAN DI SINI


#1 Pergilah ke tempat dimana korang dapat menikmati Shibuya Crossing dari ketinggian. 

Mudah je, korang boleh lepak di Starbucks Coffee yang terletak di seberang Station Shibuya. Kat sini cuba korang perhatikan bagaimana suasana di Shibuya Crossing dapat berubah seketika sesuai dengan perubahan lampu lalu lintas. 

Bila lampu hijau, kenderaan akan berlalu lalang seperti biasa. Tapi bila lampu berubah menjadi merah, lautan manusia akan memenuhi Shibuya Crossing, mengisi setiap jalur zebra cross yang bersilangan. 




#2 Pergilah ke Shibuya pada malam hari


untuk menikmati suasana di Shibuya Crossing dan nak dapat view cantik dalam gambar, korang datang lah malam. Takdelah korang panas di siang hari dan rasa dingin je nak melintas jalan. Ingat, kat sini, takde istilah lengang, kat sini SESAK RAMAI ORANG.

Candid, walaupun mlam, gambar tetap cantik sebab kat Shibuya ni memang tempat shopping yg perlu lampu2 menarik perhatian pelancong.

KESIMPULAN


Kalau datang ke Jepun, jangan lupa singgah sini. Bukan sekadar nak melintas jalan / zebra crossing je, tapi kat Shibuya adalah syurga SHOPPING.Baca entry blog ini kalau nak lebih lanjut apa yang boleh korang terjah jika Ke shibuya.


Fuyooo memang best ever feeling. Nak capture gambar ni pun guna GOPRO. lagikan berdiri di tengah2 zebra crossing. Subhanallah bila ingat balik, macam kerja gila. hahaha





Next entry, nanie share ye tempat shopping souvenir yg murah dan berbaloi2 bila nanie travel ke Tokyo Jepun.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, July 17, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - TAMAN BUNGA YANG CANTIK DI HITACHI SEASIDE PARK..

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Alahmdulillah, mood untuk blogging semakin hari semakin ada. Dah kurang bersawang blog ni. hihi

Kali ini nanie nak share tentang satu taman bunga di Jepun  yg semestinya sangat indah dan cantik. Indahnya ciptaan Ilahi.

******************************

HITACHI SEASIDE PARK 

FAKTA BUKAN AUTA
  • Hitachi Seaside Park atau dalam bahasa Jepun disebut Hitachi Kaihin
  • Taman bunga ini terletak di Hitachinaka, sebelah Ajigaura Pantai,  yang terletak di Ibaraki
  • Alamat : 605-4 Onuma-aza, Mawatari, Hitachinaka, Ibaraki
  • Taman seluas 153,2 hektar 

WAKTU OPERASI HITASHI SEASIDE PARK

Taman bunga ini dibuka setiap hari kecuali hari Senin, dari 9:30 untuk 17:00 malam waktu setempat. Jam buka dapat berubah sewaktu-waktu tergantung pada musim dan cuaca.

9:30am – 5:00pm
 1 March - 20 Julai, 1 Sept - 31 Oktober

9:30am – 6:00pm 
21 Julai– 31 Aug
9:30am – 4:30pm
1 November – akhir Februari
 BAYARAN MASUK KE HITASHI SEASIDE PARK

Untuk menikmati bunga-bunga cantik di Hitachi Seaside Park dikenakan bayaran

Dewasa : 410 yen
Warga emas (65 tahun ke atas) : 210 yen
Kanak-kanak (7 – 14 tahun) : 80 yen
Alhamdulillah, nanie pergi ke sini menaiki kereta persendirian bersama kawan2. untuk nak memandu bole apply lesen antarabangsa RM150 di buat di Malaysia
Bunga-bunga yang ada di taman bunga ini ditanam mengikut musim dan sentiasa berubah.
Jalan-jalan mencari ketenangan hidup.
Sambil tengok bunga sambil posing. hihi


Dalam taman bunga yg indah ni terdapat 170 spesis bunga ditanam setiap tahun.

Pelbagai warna menghiasi taman bunga ini. Sememangnya cantik ^_^

The journey of a thousand miles begins with a single step. Alhamdulillah di kelilingi dengan bunga yg mekar mewangi


**************

MISI MENJEJAKI BUNGA TULIP


  • Bunga Tulip ternyata berasal dari kawasan Asia. Di habitatnya, kembang latif ini tumbuh secara liar di pegunungan Pamir dan Hindu Kush nan berada di negara Kazakhstan
  • Bunga Tulip hanya dapat tumbuh di kawasan nan memiliki suhu rendah. 



Tulip merupakan tumbuhan tahunan berumbi yang tingginya antara 10-70 cm




Muka ceria dapat tengok tulip depan mata. weehuuuu!
Tulip datang dalam berbagai warna-warna cerah seperti merah, kuning, oranye, ungu, pink dan dua warna.
Subhanallah Syukur Ya ALLAH dapat melihat ciptaanmu di Jepun.
Bunga Tulip merupakan suatu simbol cinta dan indahnya kehidupan dunia

*******************************

BUNGA NEMOPHILA 
  • Bunga ini juga dikenali sebagai bunga baby blue eyes. Ia sedang mekar dengan indahhnya. 
  • Puncaknya adalah pada bulan April hingga Mei, dimana kita dapat melihat 4 - 5 juta bunga Nemophila di seluruh taman. 
  • Period mekar ini disebut “Nemophila Harmony” dan menarik banyak sekali pengunjung.
Percaya atau tidak, gambar bunga Nemophila bukanlah ilusi digital, namun nanie lihat sendiri di taman Hitashi. Allahuakbar.
Nemophila adalah bunga musim khas Jepun yang memiliki kelopak biru. Subhanallah.
Alhamdulillah, keluarga merupakan mahakarya terbaik dari alam semesta. Nanie enjoy dapat travel ke Jepun dengan kakak tersayang.
I love you sis, Kak Noi



Travel brings power and love back into your life.

********************

Jom baca entry - travel to Japan

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, July 15, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - PEMANDANGAN INDAH DI LAKE KAWAGUCHIKO DAN MOUNT FUJI..

Assalamualailkum. selamat sejahtera..

Nanie nak share lagi entry ke Jepun untuk trip 2016. Masih ada entry yang berbaki. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk nanie share ilmu dan pengalaman yg ada sepanjang nanie ke Jepun. Sharing is caring :)


Kali ini nanie nak share berkaitan Lake Kawaguchiko dan Mount Fuji.

********************************

MOUNT FUJI

FAKTA BUKAN AUTA

Nak cerita serba sedikit tentang Gunung Fuji (Mount Fuji)
  • Gunung Fuji ni merupakan gunung yang tertinggi di Jepun. 
  • Gunung Fuji ni adalah gunung berapi yang masih aktif. Last sekali gunung ni meletus pada kurun ke 18. 
  • Gunung Fuji dengan ketinggian 3776.24 meter ni, kite boleh nampak dari bandaraya Tokyo
  • Gunung Fuji boleh di daki tapi ketika musim panas sahaja. Puncak gunung Fuji tu bersalji all year round. 

CARA NAK MELIHAT PEMANDANGAN MOUNT FUJI DARI DEKAT

Macam trip nanie, nanie menggunakan kereta persendirian. Kami bergerak menuju ke kaki Mt. Fuji melalui jalan Fuji Subaru Line. Ada banyak lagi jalan lain untuk ke puncak Mt. Fuji. Tapi selalunya bas / kereta untuk tourists akan melalui jalan ni. Lepas melalui tol, bas bergerak naik bukit menuju ke puncak. 

Hampir 20 minit mendaki bukit, akhirnya kami tiba di Osawa View Point iaitu di 4th Station. Kalau nak ikutkan view terbaik adalah di 5th station, tapi jalan untuk naik ke 5th Station ditutup dengan pagar. Alahai kecewa sangat. but its OK, ini rezeki yang Allah dah tetapkan utk kami.

Alhamdulillah berjaya sampai. Posing sebelah kereta yang kami naik
Dingin sejuk dan menggigil. Selamat ada jaket penyelamat..
Masing-masing kemain posing di Osawa View Point. Kalau tengok dari dlm gambar mcm jauh je, tapi sebenar sangat dekat. 

Masing-masing dah standby nak melompat riang.. 
Yeayyyyyyy.. akhirnya.lompatan bak kanak2 riang berjaya. Alhamdulillah terima kasih Allah memberi kami melihat Gunung Fuji.. 

Informasi :

Fuji Visitor Center

Fuji Subaru Line 5th Station

*******************************

LAKE KAWAGUCHIKO

  • Gunung Fuji ini terletak di perbatasan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo
  • Gunung ini dikelilingi oleh lima tasik : KawaguchiYamanakaSaiMotosu dan Shoji
  • Menurut hasil pembacaan, katanya pemandangan paling menarik untuk melihat gunung Fuji itu di Lake Kawaguchi.

CARA NAK KE LAKE KAWAGUCHI

Ada 3 cara nak ke Lake Kawaguchi daripada Tokyo sama ada menaiki 
  • Kereta -  mudah tapi memerlukan lesen kereta antarabangsa RM150 untuk memandu di luar negara. Nanie menggunakan kereta persendirian sebab mengikut trip.
  • Keretapi - leceh sedikit menaiki keretapi kita terpaksa menukar beberapa keretapi. Dari Shinjuku JR Station ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ikebukuro ke Tokyo Station [18 minit]. Dari Tokyo Station ambil Shinkansen Bullet  ke Shin-Fuji Station [1 jam 51 minit]
  • Bas bas akan terus sampai ke stesen kawaguchi dan tiket bas boleh dibeli secara online di http://highway-buses.jp/fuji/ .Tempoh perjalanan adalah hampir 2 jam dari stesen Shinjuku, Tokyo

 View dari dalam kereta. Yang bestnya sepanjang perjalanan ke sana nanie dapat menikmati pemandangan gunung Fuji with such clear view!   
Perkampungan yang da disepanjang perjalanan ke sini

Alhamdulillah, cuaca cerah dan berawan, rezeki Allah dapat melihat Fuji di depan mata.

Tips datang ke Lake Kawaguchiko, seboleh2nya datanglah awal pagi hari sekitar pukul 8 adalah waktu terbaik untuk mengabadikan diri korang dengan latar belakang gunung Fuji.   

Lake Kawaguchiko terletak di tengah-tengah kawasan Kawaguchiko. Sememangnya luas dan bersih dikelilingi dengan bunga sakura.
Lihatlah dunia. Pengalaman berharga dapat tengok view mount fuji sangat jelas dari Lake Kawaguchiko. 
Kesimpulan

Cuaca cantik dan dingin ketika trip kami sememangnya adalah rezeki kami. Bayang Mount Fuji nampak dengan jelas. 

p/s Jika korang yang pernah ke sini tak berjaya seperti Mount Fuji ditutupi awan sepenuhnya. itu memang bukan rezeki dan nasib tak menyebelahi korang. Redha dengan rezeki yang dah ditentukan tau. Mana tahu ada rezeki boleh pergi lagi. huhu


Sayonara Fuji San..

Moga ada jodoh untuk kita bertemu lagi.

**********************

ENTRY JEPUN - MUSIM BUNGA

Entry Day 3 : Shibuya Crossing
Entry Day 4 : Hitachi Seaside Park
Entry Tempat Menarik Shopping Souvenir Murah di Tokyo Jepun

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails