SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label cameron highlands. Show all posts
Showing posts with label cameron highlands. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS (TEMPAT SHOOTING OMBAK RINDU)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Percutian anda ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang teh. Ini sememangnya tempat perlancongan yang cantik dan kawasan penanaman teh dengan pemandangan yang sungguh indah, damai dan nyaman - terbentang luas saujana mata memandang. 

*********************************

LADANG TEH BOH SG PALAS
  • merupakan lokasi pelancongan terkenal di dalam dan di luar negara. Ladang ini terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang dan hanya 500 meter dari Kea Farm. 
  • Ia merupakan salah satu daripada 3 ladang teh terbesar yang diuruskan oleh Syarikat Ladang Teh Boh Cameron Highlands.
  • Gelombang bukit-bukau dengan jaluran tanaman teh yang menghijau seluas 8,000 ekar yang diberi nama jolokan the big green carpet atau the green wave.
  • Menjadi tempat shooting OMBAK RINDU - lakonan Lisa Surihani, Maya Karin dan Aaron Aziz.


LOKASI LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS


  • Berhampiran dengan Kea Farm dan tidak sukar untuk mencari ladang teh BOH Sg Palas kerana terdapat papan tanda untuk membantu anda sampai ke sana. 
  • Sekiranya anda dari Tanah Rata anda perlu memandu sehingga sampai ke Equatorial Hotel Cameron Highlands. Dari Equatorial Hotel anda perlu memandu lagi sejauh 450 m untuk sampai ke simpang Ladang Teh BOH Sungai Palas. 
  • Apabila sampai ke simpang ini anda perlu belok kiri dan anda perlu memandu melalui jalan sempit sejauh 3.5 km untuk sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. 








TIPS KE LADANG TEH
  • Pastikan anda bertolak awal bagi mengelak dari terperangkap dalam traffic jam.
  • Berhati-hati Perjalanan dari kaki ke puncak bukit ladang teh kira-kira dalam 3km dengan laluan yg sangat merbahaya dan berliku. Masa melalui jalan ni muka dan hati masing-masing memang cuak habislah.
  • Jalan sempit Bila berselisih dgn kenderaan lain memang kena bertolak ansur each other. Silap-silap boleh jatuh ke gaung dengan kereta-kereta kita! 
  • Hon - mana-mana kereta menyusuri jalan yang agak sempitberliku dan perlu membunyikan hon ketika melalui selekoh tajam
***************************

KESIMPULAN

Subhanallah cantik sungguh alam ciptaan Allah. Rasa udara 100% segar dan nyaman je masa di sini. Untung betul org-org yg tinggal disini. Hari-hari hirup udara segar. Tak macam kita di KL. Penuh dengan asap dan debu.


P/S Korang pasti tertarik dengan panorama Ladang Teh Sungai Palas dan akan kembali lagi untuk mengingati nostalgia lalu. Ianya pasti meninggalkan kenangan terindah dalam hidup.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, April 7, 2014

JOM MAIN MASAK-MASAK KETIKA BERCUTI (CAMERON HIGHLANDS)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Harini nanie baru ada kesempatan nak share tentang PERCUTIAN BUDGET keluarga,

bagi yang da lama tertinggal baca review lepas, cuba baca TIPS PERCUTIAN BUDGET dan  TEMPAT PERLANCONGAN BUDGET DI CAMERON HIGHLANDS..

Macam keluarga nanie, sebelum kami datang ke sana, kami da senaraikan menu masakan dan siapa yang akan bertugas untuk masak sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Di bawah ini adalah senarai makanan yang kami beli di KL lagi. 



Ini contoh makanan yang kami letak dalam cabinet. Gambar lain2 nanie tak sempat snap. :)



Di Cameron Highlands, kami memang buat sistem giliran untuk siapa masuk dapur.



Pagi (breakfast) - Nanie dan kak Noi
Tengahari (lunch) - Kak Yani dan Kak Noi
Malam (dinner) - Kak Yani, Kak tini, dan Nanie



*****************************


Contoh masakan


MENU
Steamboat (fish ball, prawn ball, crab meat, squid ball, crab stick)
Sayur - fresh dari Cameron Highlands (tomato, sawi, cendawan)


KAEDAH 
Guna kiub ayam / ikan bilis sebagai sup
Masak atas dapur / periuk nasi.





MENU
Nasi putih
Ayam masak merah  
Rendang ayam
Sayur kailan masak sos tiram

KAEDAH 
Masak nasi dalam periuk nasi.
Ayam dimasak dari rumah dan panaskan guna microwave



MENU
Spaghetti bolognese
Roti bakar dengan sup ayam
salad

KAEDAH 
beli spagheti . sup ayam ready made yang jual di pasaraya
beli sayur capsicum, tomato, salad dan brocolli di Cameron Highland



MENU
Strawberry and mashmellow dip in chocolate

KAEDAH 
Cairkan chocolate guna periuk



CREATIVE tak kami?

agak2 ada tak kawan2 yang nak buat percutian budget macam kami?

Nak tengok muka orang kekenyangan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


HAHAHAHAHAHA.. dah kenyang terus bersandar.
 Relax je makan kat hotel / apartments ambil bercuti
^_^
p/s Nanie cadangkan apa kata korang cuba buat sekali percutian macam ni dalam keluarga korang. Korang akan rasa gembira sebab ikatan kekeluargaan akan lebih mesra :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, April 1, 2014

LAVENDER GARDEN DI CAMERON HIGHLAND (PERCUTIAN BUDGET)

Assalamualaikum selamat sejahtera... 

Nanie nak sambung review untuk Cameron Highlands. Nanie nak share 1 tempat perlancongan WAJIB korang pergi kalau melancong ke Cameron Highland..

Sebelum tu, bagi yg belum baca review :


Jemput baca ye kawan2..

************************

LAVENDER GARDEN



Dibuka setiap hari:
Isnin - Khamis : 9am -6pm
Jumaat - Ahad : 9am -7pm


Kelebihan Lavender Garden 

1. Taman bunga dengan lanskap yang sangat menarik dan kreatif. Antaranya bunga yang ditanam adalah bunga Lavender, Daisy sunflower dan chrysanthemum. 


2. Ada tapak semaian bunga daisy. Seriously cantik sangat bunga-bunga daisy ni. Ada bermacam-macam warna anataranya warna kuning, putih, pink, merah, orange dan macam-macam lagi. 





3. Bunga daisy ini boleh beli dengan harga RM2.00 sebatang. Bunga ni boleh bertahan dalam seminggu ikut penjagaan kita.


4. Bahagian paling atas pula terletaknya kebun strawberry. Harga untuk 200 gram ialah RM10.00. Bolh petik sendiri :)


5. Banyak adalah tempat paling sesuai untuk bergambar sebabnya kebanyakan dekorasi setiap sudut memang cantik selain taman bunga yang terletak di tengah-tengah Lavender Garden ni. 






KENAPA INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI PERCUTIAN BUDGET

SEBAB
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Harga tiket: 
Dewasa: rm5

Kanak-kanak : RM 3


MURAH kan? 

BERPATUTAN kan? 

Jom sama-sama kita sergah ke Lavender Garden

Lavender Cameron
Tringkap, Cameron Highlands

No phone:
05-4961 208

GPS Coordinate: 
4.526774, 101.426226




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, March 28, 2014

TIPS PERCUTIAN BUDGET BERSAMA KELUARGA KE CAMERON HIGHLANDS

assalamualaikum.. selamat sejahtera kawan2.. 

Hari ni just nak update cerita tentang percutian keluarga ke Cameron Highlands. 

Percutian adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh kita. Bagi yang penat bekerja, percutian dapat membawa kita keluar daripada kesibukan kerja seharian bagi merehatkan minda dan fizikal sambil melihat keindahan alam.

Justeru itu, tips merancang percutian dengan bijak ini insyaAllah dapat membantu korang bercuti mengikut bajet tanpa menggangu aliran tunai korang.
22 - 26 March 2014
 Cameron Highlands
Heritage Hotel
12 orang


Nanie akan share macam mana kami sekeluarga planning untuk ke sana.





**************************

Tips # 1 : Mulakan dengan Menabung
Dalam menguruskan kewangan dengan berkesan, menabung adalah satu kemestian untuk mencapai matlamat kewangan. Nanie nasihatkan kalau korang ada rezeki, apa kata  menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Jika korang menerima wang hadiah atau bonus, masukkan sebahagian wang tersebut dalam tabung atau bank lain, 
Macam family nanie, kami ada TABUNG HAR'S FAMILY. Tiada jumlah tetap. dan kiraorang Tak kisah berapa RM pun yang mampu. Disebabkan nanie belajar Finance time degree, nanie diberi tanggungjawab untuk menyimpan dan menjaga duit tabung ini. 

Nanie khaskan satu bank atau akaun untuk tabung Har's Family. Mereka hanya perlu lampirkan resit atau bukti pembayaran. its simple baby :)

Tips #2 : Pilih tempat penginapan yang sesuai
Jika korang ingin pergi bercuti bersama keluarga, nanie cadangkan menyewa apartment percutian dan ambillah 2, 3 atau 4 bilik yang selesa kerana selalunya ada kadar sewa yang lebih murah ditawarkan. 
Untuk budget muslim apartment  anda juga boleh menginap di Heritage Hotel. Di sini harga yang ditawarkan lebih murah dan menjimatkan wang.


Tips # 3 : Kemudahan Hotel bersesuaian dengan budget
This is the most important thing to take note. Ini disebabkan budget boleh menentukan kualiti hotel yang dipilih. Jika budget sekadar biasa-biasa sahaja janganlah nak memandai untuk ambil jenis hotel yang mahal. 

Cukuplah hotel itu selesa dan selamat. Hal ini berlainan jika budget korang adalah tinggi. Jadi jangan duk mengeluh jika hotel yang anda pilih tidak semewah dengan budget.


Kemudahan yang diperlukan untuk percutian bersama keluarga adalah dapur tempat memasak. 


kenapa? 

sila baca next tips. huhu 

TIPS 4 : Memasak dan bawa makanan ringan
Bawalah makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi.

Ketika bercuti, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam.

di bawah adalah perbelanjaan dan budget bahan- bahan masakan dan makanan ringan untuk kami sekeluarga (jumlah keseluruhan 12 orang)





p/s Semoga entry tips percutian budget  ini dapat membantu korang dalam percutian anda ke Cameron Highlands. 

Melawat Bunga Cantik di Lavendar Garden


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails