Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Last week nanie balik kampung.. yeayyyyyyyy...
Hari ini, Jumaat yg indah. Nanie nak update dan share beberapa TIPS PERGI / MASUK SINGAPORE NAIK KERETA (via kereta persendirian)..
Apa yang perlu ada?
Apa yg perlu bawa?
Apa yg perlu di buat ketika di Imigresen?
Dokumen / Barang WAJIB sebelum masuk Singapore
1) Kereta yang sah di sisi undang-undang - mempunyai road tax dan insurans yang sah dan belum tamat tempoh. Jangan lupa bawa lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh dan salinan pendaftaran kenderaan (geran) .Kadang2 mereka minta, just sediakan aje :)
2) Passport Antarabangsa (tolong check expired ye kurang dari 6 bulan expired).
3) Borang kemasukan pelawat / pelancong atau dikenali sebagai "Disembarkation/Embarkation Form For Visitors" (white card). Jaga bebaik keratan white card tu kalau tak nak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti.
4) Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan minyak petrol isi penuh-penuh. Kalau masuk ikut Tuas, ada petrol pam di R&R Gelang Patah iaitu sejurus sebelum masuk tambak. Tapi Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak di mana-mana stesen minyak JB.
5) Sila activatekan GPS untuk memudahkan perjalanan.. Nanti sesat, sendiri menyesal. Sebab Singapore kurang sign board dan kebanyakan semua English. hihi
6) Kalau takde GPS dan internet mobile data, korang download map dari SYGIC application. Mudah dan yang paling penting map tak perlu roaming dan internet. yeayyyyy!
7) Untuk first timer yang pergi Singapore, jangan lupa berhenti dan membuat pembelian kad Autopass.
Maksud Autopass - Autopass ni adalah untuk satu kereta saja jadi tidak boleh digunakan untuk kereta lain. Nombor pendaftaran keta (nombor plat keta) dah ada dalam kad tu.
Di mana nak dapatkan Autopass - Bangunan B, Immigration Singapore untuk isi borang
Harga - = SGD $10 (SGD $6 harga kad + SGD $4 balance)
Topup kad AutoPass - Dapatkan di kedai 7 Eleven atau stesen MRT di Singapore. Kita Kena top-up Autopass ni sebelum masuk balik ke check-point imigresen bila time nak balik ke Malaysia nanti. Kenapa kena top-up siap-siap? Sebab top-up (tambah nilai) tidak boleh dibuat di checkpoint imigresen. So top-up siap-siap. Jangan cari nahas
Validity - Setiap autopass terikat pada nombor pendaftaran kenderaan. Ia tidak boleh tukar milik/kenderaan dan kad ini expired dalam 5 tahun.
Autopass jenis lama. |
Tujuan Kad AutoPass ini diperlukan -
- Bayar VEP Fee (charge masuk Singapore untuk orang Malaysia),
- Bayar parking
- Bayar ERP (Electronic Road Pricing). ERP ni macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu… tol kat Singapore ni automatik sebab dia kat tengah-tengah jalan raya
**Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia, boleh bayar parking dan bayar tol yg dilalui.
*****************************
TIPS JIMAT DAN PANDU KERETA DI SINGAPORE
1) Jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad sebab bebas cukai ERP. hihi Jimat kan?
2) Tolong drive dengan kelajuan yang dibenarkan kerana undang2 jalan raya mereka sangat ketat di Singapore.
- 40 km/h @ 50 km/h - speed limits untuk kawasan sekoalah, private road, kawasan licin dan sebagainya.
- 90 km/h. speed limit di Highway atau expressway. Ingat ye, bukan boleh pecut macam fast and furious. Karang nak balik di imeresen, tup2 dapat saman je.
3) Bila drive kereta, tiba di cross line, kalau nampak orang berjalan kaki. Korang yg drive wajib stop. Sebab memang undang2 di Singapore utamakan pejalan kaki. Jangan sesekali pecut traffic light, tak pasal2 kena saman nanti.
p/s TIPS CARA NAK KELUAR DARI SINGAPORE NAIK KERETA. Apa yg perlu ada dan buat di imigresen Singapura nanti.. Korang boleh refer link tu.
Segala pertanyaan - boleh tanya email / post comment.. Ini entry nanie bercuti di Universal Studio Singapore.. Terbaikkkkkk!! Rindu nak naik roller coaster..
rajinnya nani n hubs jalan2 bawak keta masuk sana..nida ngn hubs malas sket, huhu..klo boley nak naik publlic transport je..huhu
ReplyDelete@nida- sebab nak pergi jalan2 dr umah cousin nanti payah. hehe tapi utk pergi kejap2 boleh la.. nak pergi lama better naik public transport :)
ReplyDeleteNak tanye, kalu preggy dakpe je kan masuk sngpore pakai keta?
ReplyDeletexpe dear, dia bukan macam naik flight. kalau rasa takut cover dgn pbantal perut tu ye. hehe dia tak check seluruh badan pun ^_^
ReplyDeleteSalam kak kalau hari ahad g sana pon nak kene beli autopass tu ke?
ReplyDeletewaalaikumusalam awk. memang kena ada autopass utk mana2 kereta yg nak masuk ke singapore dear. even weekend or weekdays :)
ReplyDeleteThanks nani for all yr useful blogpost on Spore! Love it! I dah bookmark ur blog, sng nak refer bila nak ke spore nanti, insyaAllah :)
ReplyDelete@nadine - auww terima kasih bookmark blog nanie. tujuan nanie mudah je, hanya bantu kawan2 / pembaca :)
ReplyDeletenanie..nak tanye...kalo kereta malaysia nak masok singapore kene register dulu ke?camne ye?thanks for the tips nani...:-)
ReplyDelete@erny nurhaida - yupp kereta kena register. itu la kena buat auto pass. dont worry, tanya je dgn peawai kt ctu. ok?
ReplyDeleteSalam kak.. nak apply autopass kene bawa geran kereta yg original ke? Yg photostet die x terima ke? Need yr hepl. Tqvm
ReplyDeleteunknown - BAWA yg fotostat pun bole. yg pasti make sure ade lesen Malaysia dan road tax tak expired.
ReplyDeletesalam kak...autopass tu nnti nk gna cmna...?? kna tmpal kt cermin keta ker...??bla lalu ERP tu dia auto detect ke...??
ReplyDeleteNeed your reply...thanks...
hye dear. sorry baru perasan komen ni. autopass guna macam touch n go je. dia akan detect bila nak balik malaysia. kt touch n make sure dalam autopass ada duit ye. bole topup kat 7 eleven.
DeleteSalam. Saya dan keluarga bercadang nak ke singapore dlm 2minggu lagi dengan kereta. Boleh email pgnazi@gmail.com tak? Saya nak tanye sikit. T.kasih
ReplyDeletesy da reply email
DeleteAsssalamualaikum.. masuk s'pore bwk kids naik kereta wajib guna car seat ke? tq.
ReplyDeletexperlu. tapi safety belt wajib pakai pada penumpang dan driver
DeleteSalam dear... nak tanya berapa agak2 nak topup kad autopass?
ReplyDeleteSGD50
DeleteNak tanya,
ReplyDelete1. kat mana nak beli card reader utk letak autocard tu?
2. Betul ke masa kita nak drive ke singapore, tank minyak kereta kena half aje
3. Betul ke utk masuk ke singapore, kereta mesti dlm keadaan bersih? Bagaimana pula klu dlm perjalanan hujan lebat dan kita tak dpt cuci di JB?
4. Susah sangat ke nak drive ke singapore dgn kereta?
5. Betul ke undang2 singapore tak membenarkan kanak2 dipangku? Meati duduk di child seat?
Sekian terima kasih
hi anon,
ReplyDeleteini jawapannya
1) kat imegresen nak masuk ke singapore / woodland
2) yes, jgn terlalu penuh, nanti pegawai boleh check
3) tak delah, rumors je tu.
4) tak susah, yang penting follow had laju dan peraturan jalan raya
5) tak boleh capacity penumpang, contohnya kereta myvi boleh 5 orang je, tak bole 5 orang dewasa dan 1 kanak2. kanak2 juga dianggap penumpang.
Kalau kenderaan melebihi 10 tahun adakah dibenarkan memasuki singapura?
ReplyDeleteKalau terlepas buat autopass tapi dah masuk ...macammana nak buat
ReplyDelete