SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

#TRAVEL SABAH - TIPS MUDAH UNTUK DAY TRIP KE KUNDASANG..

Assalamualaikum. Selamat sejahtera..

Nanie nak share sikit tentang outstation tahun lepas. Hahaha da lapuk nanie oiii. Lantak apa orang nak kata, janji nanie coretkan entry utnuk memori diri sendiri.

DAY TRIP KE KUNDASANG

Perjalanan diteruskan ke Kundasang dan kami akan singgah di beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan dari KK ke Kundasang


****************************

RUMAH TERBALIK

Tempat pertama kami singgah ialah Rumah Terbalik. Rumah tu dalam keadaan terbalik dan begitu juga semua isi dalam rumah tersebut seperti meja, kerusi, mesin jahit, katil, kipas, jamban semuanya melekat di atas bumbung. Terfikir pulak aku, canelah diorang lekatkan barang2 tu, paling berat mesin jahit.




AMARAN
Tak boleh ambil gambar langsung dalam Rumah Terbalik sebab tak mahu orang copycat konsep rumah tu kata tour guide lagi tapi harus di ingat kat dalam rumah korang tak dibenarkan untuk mangambil gambar. kalo tertangkap kaw kene bayar rm100 untuk sekeping gambar yang kaw ambik...haa terkejut kan....

TAPI Jangan risau.. kalo kat luar boleh je nak ambil gambar banyak mana pon yang korang suka..




*********************************

KINABALU PARK

Perjalanan daripada Rumah Terbalik, Tuaran ke Kundasang mengambil masa sejam lebih. Ecxited bila dah nampak view Gunung Kinabalu! Kami decided untuk terus ke Kinabalu Park (Taman Kinabalu).

Datang Sabah tak tengok Gunung Kinabalu rugi sangat. Pastikan datang awal, prepare apa yang patut.


 TIPS NAK TENGOK VIEW GUNUNG KINABALU CANTIK
  • Pergi ke kawasan paling tinggi yang boleh dinaiki dengan kenderaan. Kalau parking kereta kat entrance tak dapatlah nak sampai ke kawasan ni. Mengah oii nak berjalan. So kalau nak tengok pemandangan dalam park ni, silalah bawa masuk kenderaan ya.
  • Drive kereta sampai ke Timpohon Gate di Mount Kinabalu Park, pintu masuk untuk para pendaki gunung memulakan pendakian. Nak ke pintu masuk tu pun dah berkabus2 dan sejuk.




*******************************

DESA CATTLE FAIRY FARM (NEW ZEALAND MALAYSIA)

Desa Dairy Farm yang terletak berhampiran dengan Kiram Village. Ladang ternakan lembu ni katanya seperti di New Zealand. Yelah kot, nanie tengok memang cantik, saujana mata memandang.


Caj RM4.00/person dikenakan bagi dewasa, tiket boleh didapati di pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Menyusur jalan masuk ke kawasan letak kereta, dikiri kanan jalan, mata akan dijamu dengan kehijauan padang ragut & lembu-lembu bertompok hitam putih macam lembu dalam iklan Fernleaf. 


Kalau korang nak tengok cara susu diproses, silalah datang sebelum pukul 3 petang. Sehari ada 2 kali proses susu dibuat; pagi dan petang. Tapi yang sesi pagi tu tak sure open for visitor ke tidak sebab waktu prosesnya sebelum waktu operasi. Nanie terlepas tengok proses dia.. Aduhhh ruginyeee..

View kat sini Subhanallah, sangat cantik. No wonder orang panggil Kundasang ni as New Zealand Malaysia. Memang cantik sangatlah! 

********************************

TIPS SAMPINGAN KE KUNDASANG SABAH

Mabuk kenderaan
Zaman moden ini agak jarang kita dengar orang mabuk kenderaan. Actually perjalanan ke Kundasang sama sahaja macam perjalanan nak ke Cameron Highland. Jalannya berliku-liku dan mempunyai selekoh tajam. Ada dibeberapa bahagian, Gunung Kinabalu kelihatan sangat jelas, macam boleh berjalan kaki sahaja. Pastikan ada plastik atau kalau nak lebih advance, carilah ubat tahan mabuk. 

Bergerak pada awal pagi.


Ada beberapa pertanyaan sebelum ini tentang waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Nanie selalu mengesyorkan bergerak pada waktu awal pagi di Sabah. Di Sabah, pukul 5 pagi serupa macam pukul 6.30 di semenanjung. Jadi sangat rugi, jika anda bermalas-malasan memulakan perjalanan pada waktu yang lewat. 
Ingat!!! 

Gunung Kinabalu hanya akan kelihatan dengan jelas pada waktu awal pagi. Masuk pukul 10 ia mula dilitupi awan, jadi pemandangan kurang menarik.

Sejuk.. dingin je suasana di pagi hari. Awan pun putih macam kapas. Tenang diri menikmati keindahan alam


ENTRY  LEPAS - Jalan-Jalan Cari Makan di Sabah - TEKAN SINI 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, December 15, 2015

#SABAHMALAYSIA - TEMPAT MAKAN SEDAP, HALAL DAN WAJIB CUBA BILA KE SABAH

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Ingat tak, last week nanie ada share entry outstation ke Sabah. Jadi dah alang-alang 2 minggu ke sana atas ‘sponsor’ company, apa lagi nanie pun banyak explore tempat makan menarik di Sabah.

Seafood Murah dan Sedap

1) Pasar Filipina
Untuk penggemar ikan bakar dan geram dengan harga yang mahal di KL, korang boleh cuba menikmati Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina. Jangan risau, ada pelbagai menu makanan laut yang dipanggang panas tersedia untuk dipilih. Paling best ialah harganya cukup berpatutan.
Apa yang korang nak makan Anda makanlah apa yang terbuku di hati, ikan, udang, ketam,sotong semua ada untuk dirasai. Lobster memang murah dijual.
2) Tanjung Aru
Pilihan seafood di tempat lain, korang boleh  makan di Tanjung Aru. Dekat sini ada banyak kedai makan disitu sudahlah sedap, dan best suasana dia. Menu pun lebih kurang macam kat Pasar Filipina, tetapi kalau nak rasa open air duduk tepi pantai sambal minum air kelapa bakar, korang boleh datang ke sini. Memang ramai pelancong dan penduduk setempat makan di sini.


Chicken Wing, Kundasang
Sabah sangat popular dengan ‘chicken wing’ tapi kalau kat Sabah, dorang panggil sayap. Tapi kalau korang datang ke Kundasang, korang kena try makan ‘chicken wing’ ni sebab suasana di Kundasang sejuk dan nyaman, makan pula ‘chicken wing’, memang terbaik la. 


Restoran Kak Nong
Harbour City, Kota Kinabalu, Sabah.
Salah satu hidangan istimewa yang harus dicuba adalah Nasi Ayam yang menjadi hidangan klasik bagi warga penduduk tempatan di sekitar Kota Kinabalu. Tapi nanie tak sempat rasa Nasi Ayam, Nanie cuba makan Mee Tuaran. Rasa Mee Tuaran dia macam Mee Bakso, tapi mee dia tu memang dari Sabah. Bukan mee kuning yang ada di KL tu. Untuk pencuci mulut, nanie cadangkan korang try Curry Bun yang lembut dan sedap

Santola Bar Café, Kopi Cap Kuda, Kota Kinabalu
Santola Bar Cafe terbina hasil dari kedai Cap Kuda Coffee Company (CKCC) and Cap Kuda Coffee School. Santola Cafe bukan sekadar menyediakan kopi hitam semata-mata, tapi dia ada juga menyediakan Chocolate Tea, Chocolate, Mocha Cappuccino, Au Lait or Black & White Hot Chocolate.

Apa yang paling menarik dan patut cuba kerana Santola cafe ini menyediakan / kilang sendiri untuk  coffee, tea dan serbuk koko


Restoran Nelayan
Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah
Masakan disediakan ala-ala chinese style dan recommend untuk makan dessert dia iaitu pudding kelapa dia memang terbaik.Tapi bab harga ? kalau datang secara bajet nanie nasihatkan jangan *kecuali kalau betul-betul berhajat sangat nak makan di sini* tempat ni selalu dijadikan port untuk pelancong asing makan.


Apa yang menarik di sini ialah restoran ini agak exclusive, dekorasi restaurant agak cantik ada persembahan live show etnik-etnik yang ada di Sabah seperti tarian. 



KESIMPULAN

Itu antara tempat-tempat makan menarik di Sabah yang boleh korang lawati bersama keluarga. Waktu datang ke Sabah, dah tak fikir kalori ke apa, kitaorang belasah je kerana peluang sebegini sukar diperolehi. Balik KL, claim company semula. Haha

Ada lagi tempat makan menarik di Sabah? Komenlah sedikit bahh!! 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, November 29, 2012

KERETA SEWA MURAH - SABAH




As salam.. selamat sejahtera..


Nak no phone kereta sewa murah di Sabahjust nak bantu kawan2 je untuk mudahkan perjalanan ke sana..

Jangan komen tanpa ada email, sebab susah nanie nak reply semula :(




p/s Insyaallah nanie akan reply dgn kadar segera.. Jgn marah kalau lambat reply, nanti kena jual.. hoho

************************

Jom baca entry honeymoon nanie..

Bandung

next year, ke mana la destinasi cinta kami. haha ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, May 12, 2012

SABAH (PART 4)

as salam dan selamat sejahtera.

last review - Sabah untuk hari ke-4 untuk tempat shopping yg menarik dan TERmurah di Sabah.

**********************

GAYA STREET @ SUNDAY MARKET

Lokasi : terletak kat tengah bandar KK.
Masa - 6.30am to 1pm
Website : link

Apa yg best kat sini, harga lebih murah. Serius.. kalau rasa nak beli souvenir Kat sini ada jual..

keychain (5-7pcs untuk rm10)
fridge magnet (3-4pcs untuk RM10)
Sabah T-shirt (RM10-RM25)
Beg (RM10-RM50)
musical instrument (below RM100)
barang2 antik

Nanie da survey da kat semua tempat, better pergi sini untuk souvenir. Untuk mutiara atau kerepek / keropok, nanie akan share kat satu lagi tempat.





*******************************

PASAR FILIPINA / PASAR IKAN MASIN / PASAR KRAFTANGAN

Lokasi - terletak di tepi laut di Bandar KK & berhadapan betul-betul dengan hotel Le Meridien dan berdekatan dengan Hotel Promenade KK.

Sejarah : Dipanggil pasar Filipina kerana semua peniaga atau kebanyakkan peniaga mereka adalah orang Filipina. Bahasa komunikasi mereka adalah tagalog.

Di sebelah Pasar Filipina ini adalah Pasar Ikan Masin, Pasar Kraftangan dan juga Pasar Besar KK.





Barang2 yg korang boleh beli kat sini seperti :

mutiara (depends on size and jenis)
ikan masin
udang kering
kuih cincin
keropok / kerepek


TIPS :

Produk paling popular Sabah iaitu Mutiara. Mutiara ini ada dua jenis satu jenis air tawar dan satu lagi mutiara air masin. Mutiara ikan air tawar ini murah je. Yang mahal sampai beratus-ratus beribu sebiji tu jenis Mutiara air masin. Dan kedua-dua jenis ini ada pulak grade-grade dia mengikut saiz, bentuk, warna dan juga kilauan mutiara tersebut.

Nak tahu lebih lanjut, korang tanya la pakar or google je.. hehe




***************************


Abes je shopping, nanie terus balik and packing barang. Check out time.. Yeayyy!! ini adalah beberapa gambar candid..







eh eh terlupa pula, baru nanie teringat nak share no fon kereta sewa :

kereta sewa nanie VIVA, baru keluar 3 bulan. Masih baru dan berkualiti.

Rate - rm80-150 (depends on kereta sewa)

pm facebook or email me nanie_nakata@yahoo.com kalau nak tahu no phone :)




Ini gambar berapa meter kitaorang da guna 360.3km untuk 4D 3N. Hebat x? haha




*********************************

KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT (KKIA)


Alhamdulillah, barang da packing. semua souvenir da beli untuk kawan2 dan keluarga dan Kereta sewa pun da pulang.. jadi masa untuk terbang ke KL semula.. Yeayyyy!!

Ini gambar kenangan suasana dari cermin kapal terbang. nice view. Good job hubby..











Kesimpulan :

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk nanie menikmati alam semulajadi dan tempat2 yg menarik di Sabah. Tak sangka di Malaysia ada pantai yg bersih, tempat perlancongan yg bertaraf antarabangsa. Malaysia Boleh!!

untuk sesapa yg tak baca review Sabah nanie, ini link dia..


Sabah Part 1 - kedai seafood sedap & murah
Sabah Part 2 - island Hopping (Pulau Sapi & Pulau Manukan
Sabah Part 3 - Tempat pelancongan di Sabah


p/s next review ke Langkawi. tunggguu!!



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, May 10, 2012

SABAH (PART 3)

As salam.. selamat sejahtera..nanie nak sambung review untuk Sabah. Nanie nak story 4 tempat perlancongan WAJIB korang pergi kalau melancong ke Sabah..


Sebelum tu, bagi yg belum baca review :



Jemput baca ye kawan2..

*************************


Aktiviti untuk hari ke 3 -

Tempat pertama - Gunung Kinabalu

Agak jauh perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu, lebih kurang 1 jam ke sana. Jadi pagi2 da kena gerak awal dari hotel. Tapi kali ni, kitaorang tak breakfast kat hotel, kitaorang just breakfast dalam kereta je. Mudah dan cepat. Makan roti je.

Ini gambar pemandangan dari sisi tingkap kereta.. cantek tak?






Alhamdulillah, tiba dengan selamatnya..


Gambar wajib sebagai bukti sudah tiba disana.. wink2..



Nak tengok tak gambar kami betul2 dekat dengan Gunung Kinabalu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

see, macam wallpaper kan?



Bila ada di sini apa yg nanie dapat gambarkan adalah :

Perasaan - aman dan menenangkan.jiwa.

Suasana : Sejuk dan udara yang nyaman.
Indahnya ciptaan Allah, subhanallah..

TIPS :
Pastikan korang gerak awal pagi untuk nak tengok Gunung Kinabalu depan mata.. Fyi, macam dekat Sabah ni, pukul 7pagi pun macam da pukul 9 pagi kat Kuala Lumpur. Kenapa? sebab kalau lambat, korang akan nampak kabus je. tak cantek la suasana nanti.



*********************************

Tempat kedua - Poring Hot Spring



Destinasi seterusnya ialah kitaorang terus ke kawasan rekreasi Stesen Air Panas Poring atau lebih mudah dikenali Poring Hot Spring..



Tempat ni ada kolam air panas. So, kalau korang singgah, bolehla mandi atau rendam kaki. Macam nanie, sebab tak bawak baju spare, nanie just rendam kaki je.



Kat sini ada tempat mandi terbuka dan tertutup. Apa yg dimaksudkan kat sini, korang boleh pilih mana yg korang prefer. Kalau yg tertutup tu kena bayar la. ala tak mahal sangat la..



Jika korang berminat, korang boleh google or layari website {ini}..

Website ini pula reaksi tourist yg da penah pergi {link}


******************************

Tempat ketiga - Sabah Tea

On the way ke Ranau / Sandakan singgah sebentar untuk mengagumi keindahan alam.. Kesejukan dan dingin dirasai.. Muka tahan sejuk ^_^



Seperti biasa, posing wajib di sign board sebagau bukti da ke Sabah Tea..



Ladang teh yang terbentang luas...Rasanya nanie lagi prefer Cameron Highland. Sebab lokasi kat Cameron Highland agak strategik, tepi jalan je.. Kalau nak pergi Sabah tea, mencabar cket. Jalan berbukit, selamat kereta Viva tu mampu sampai ke puncak.



Tapi, nak di buat cerita, dalam perjalanan nak pulang, hujan turun lebat.. Slow2 hubby drive sebab curam dan banyak lopak..




See, kabus dah menyelubungi kawasan sekeliling. Sangat cuak~




kalau ada yg berminat nak tengok perbezaan Sabah Tea dengan Cameron Highland -sila rujuk website ini untuk lokasi dan bayaran masuk ke kilang.

website ini pula untuk lihat bagaimana pemprosesan teh di buat {link ini}





***************************

Tempat Keempat - Rumah Terbalik


Dari Kundasang ke Poring, kemudian ke Ranau dan destinasi terakhir untuk hari ketiga ialah Tamparuli. Ada apa? Jom baca fakta di bawah..

FAKTA

Lokasi : Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah

Keluasan : 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Bayaran - RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.


psssttt, sepert biasa gambar wajib dgn signboard. hehe



ni pintu masuk ke Rumah terbalik..



Unik jugak tulisan die. sila telengkan kepala korang untuk membaca. haha



Ini pula gambar salah satu contoh basikal yg diterbalikkan. Selain itu, contoh lain (dalam rumah) ialah peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit juga diletakkan terbalik





Gambar kenangan bersama sisi hadapan rumah terbalik.. Fyi, Kalau orang tak masuk dan bayar RM10, tempat ni ialah tempat larangan untuk bergambar.. Tunjuk resit baru boleh ambil gambar. hehe



Ini lokasi sisi rumah terbalik dari luar, yang ni lokasi tak payah bayar pun boleh bergambar.FOC aje.



Fuhhhh, akhirnya tamat juga review nanie hari ke-3 kami di Sabah..

Kesimpulan :
Jauh perjalanan luas pemandangan.. Malaysia pun ada tempat menarik, cantik dan unik untuk dikunjungi..


p/s Selamat ada kereta sewa viva itu, kalau tak, tak kemana la kami.. Next review, nanie akan reveal kat mana nanie dapat harga kereta sewa TERmurah. & tempat shopping yang murah dan berbaloi2..

Tungguu!!!




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails