SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, December 22, 2017

TIPS PERGI SINGAPORE NAIK KERETA..


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Last week nanie balik kampung.. yeayyyyyyyy...


Jadi ada beberapa follower yg tanya nanie macam mana nak pergi Singapore bukan guna public transport macam bas atau keretapi..Actually, ini entry lama nanie refresh and update untuk latest info untuk Dec 2017

Hari ini, Jumaat yg indah. Nanie nak update dan share beberapa TIPS PERGI / MASUK SINGAPORE NAIK KERETA (via kereta persendirian).. 


Apa yang perlu ada?

Apa yg perlu bawa?

Apa yg perlu di buat ketika di Imigresen?

*********************************




Dokumen / Barang WAJIB sebelum masuk Singapore

1) Kereta yang sah di sisi undang-undang - mempunyai road tax dan insurans yang sah dan belum tamat tempoh. Jangan lupa bawa lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh dan salinan pendaftaran kenderaan (geran) .Kadang2 mereka minta, just sediakan aje :)

2) Passport Antarabangsa (tolong check expired ye kurang dari 6 bulan expired).

3) Borang kemasukan pelawat / pelancong atau dikenali sebagai "Disembarkation/Embarkation Form For Visitors" (white card). Jaga bebaik keratan white card tu kalau tak nak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti.




4) Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan minyak petrol isi penuh-penuh. Kalau masuk ikut Tuas, ada petrol pam di R&R Gelang Patah iaitu sejurus sebelum masuk tambak. Tapi Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak di mana-mana stesen minyak JB.

5) Sila activatekan GPS untuk memudahkan perjalanan.. Nanti sesat, sendiri menyesal. Sebab Singapore kurang sign board dan kebanyakan semua English. hihi

6) Kalau takde GPS dan internet mobile data, korang download map dari SYGIC application. Mudah dan yang paling penting map tak perlu roaming dan internet. yeayyyyy!



7) Untuk first timer yang pergi Singapore, jangan lupa berhenti dan membuat pembelian kad Autopass.

Maksud Autopass - Autopass ni adalah untuk satu kereta saja jadi tidak boleh digunakan untuk kereta lain. Nombor pendaftaran keta (nombor plat keta) dah ada dalam kad tu.
Di mana nak dapatkan Autopass - Bangunan B, Immigration Singapore untuk isi borang
Harga - = SGD $10 (SGD $6 harga kad + SGD $4 balance)
Topup kad AutoPass - Dapatkan di kedai 7 Eleven atau stesen MRT di Singapore. Kita Kena top-up Autopass ni sebelum masuk balik ke check-point imigresen bila time nak balik ke Malaysia nanti. Kenapa kena top-up siap-siap? Sebab top-up (tambah nilai) tidak boleh dibuat di checkpoint imigresen. So top-up siap-siap. Jangan cari nahas
ValiditySetiap autopass terikat pada nombor pendaftaran kenderaan. Ia tidak boleh tukar milik/kenderaan dan kad ini expired dalam 5 tahun.

Autopass jenis lama.


Tujuan Kad AutoPass ini diperlukan -

  • Bayar VEP Fee (charge masuk Singapore untuk orang Malaysia),
  • Bayar parking 
  • Bayar ERP (Electronic Road Pricing). ERP ni macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu… tol kat Singapore ni automatik sebab dia kat tengah-tengah jalan raya

**Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia, boleh bayar parking dan  bayar tol yg dilalui. 




*****************************


TIPS JIMAT DAN PANDU KERETA DI SINGAPORE

1) Jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad sebab bebas cukai ERP. hihi Jimat kan?

2) Tolong drive dengan kelajuan yang dibenarkan kerana undang2 jalan raya mereka sangat ketat di Singapore. 

  • 40 km/h @ 50 km/h - speed limits untuk kawasan sekoalah, private road, kawasan licin dan sebagainya.
  • 90 km/h. speed limit di Highway atau expressway. Ingat ye, bukan boleh pecut macam fast and furious. Karang nak balik di imeresen, tup2 dapat saman je. 

3) Bila drive kereta, tiba di cross line, kalau nampak orang berjalan kaki. Korang yg drive wajib stop. Sebab memang undang2 di Singapore utamakan pejalan kaki. Jangan sesekali pecut traffic light, tak pasal2 kena saman nanti.

4) Nak parking tapi tak tahu? Jangan risau Korang guna je Autopass. kad untuk bayar parkir, di mana-mana parkir yang terima Autopass. Tapi kalau rasa was-was better korang standby beli Cash Card.  CashCard ni macam kad parkir dan diterima di semua parkir di Singapura. Kad ni boleh dibeli di 7-Eleven, Cheers, FairPrice Xpress dan di mana-mana pusat servis NETS. Tapi tak semua kawasan parkir terima Autopass. So kena ada standby CashCard jugaklah.



p/s TIPS CARA NAK KELUAR DARI SINGAPORE NAIK KERETA. Apa yg perlu ada dan buat di imigresen Singapura nanti.. Korang boleh refer link tu. 

Segala pertanyaan - boleh tanya email / post comment.. Ini entry nanie bercuti di Universal Studio Singapore.. Terbaikkkkkk!! Rindu nak naik roller coaster.. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, December 29, 2016

TEMPAT MENARIK YANG WAJIB DILAWATI DI SINGAPORE..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Nanie rasa terpanggil nak share informasi tentang Singapore. Ramai  yang tanya dan email tentang tempat wajib kalau pergi Singapore

Jadi tak salah nak kongsi pengalaman dan informasi utk korang.


Sharing is caring..

*********************************

Orchard Road

Siapa yang tak tahu Orchard Road. Ini adalah pusat shopping paling terkenal di Singapura. Rugi trip korang kalau tak singgah di Orchard Road.

Orchard Road juga disebut-sebut sebagai syurga belanja untuk shopaholic. Di sepanjang Orchard Road, korang boleh melihat ada banyak shopping complex yang menjual macam2 barang fashion yg sememangnya terkenal. 


Gambar ketika menjelang Christmas. Thats why korang wajib datang Singapore time perayaan. CANTIKNYEEEE
Beberapa shopping complex yang ada di kawasan Orchard adalah ION, Metro, Tang Plaza, Isetan, I Wanna Go Home, Takashimaya, dan Tanglin Shopping Centre, The Paragon dan macam2 lagi laa.. Tak terkira banyaknyaaa.

Cara ke Orchard

1. Naik MRT jalur hijau dan turun di City Hall
2. Dari stesen City Hall, pindah ke jalur merah dan berhenti di Orchard atau di Somerset
3. Dari stesenOrchard / Somerset terus berjalan kaki menuju Orchard




***********************

Lucky Plaza

Lucky Plaza ada di area Orchard Road, Apa yang menarik di sini ialah adalah tempat nanie borong original perfume. Kenapa? Sebab harganya jauh lebih murah jika di bandingkan dengan harga di Malaysia. 




Selain itu, kat sini bukan jual perfume je, dia ada juga beli souvenir yang menjual t-shirt, keychain, magnet dan souvenir yg unik dan murah. Memang kebanyakan orang Malaysia yang belanja souvenir akan singgah kesini.



Cara ke Lucky Plaza: 
1. Naik MRT jalur merah menuju Orchard Station (NS22)
2. Menyeberang jalan, dan jalan ke arah kanan. Lucky Plaza ada di sebelah Tang’s Shopping Centre.


Nanie ada beli perfume dalam gambar ni. Cuba teka yang mana satu? jeng jeng jeng..
*********************************

Marina Bay

Marina Bay Sands ini yang menyatukan shopping mall, kasino, hotel, meeting room, laser show dan tempat pertunjukan menjadi satu tempat yang sangat cantik..



Di sini dilengkapi dengan pelbagai retailer dan restaurant berkelas international menjadikan tempat ini merupakan pusat shopping mewah  yang terbesar di Singapura.

Kalau korang memang kaki branded, boleh dapatkan koleksi mewah dari berbagai desainerpelbagai designer seperti Cartier, Christian Dior, Fendi, Ferragamo, Franck Muller, Gucci, Hugo Boss, Max Mara, Miu Miu, Omega,  Prada, Ralph Lauren, Tiffany & Co. dan banyak lagi..


Rugi kalau datang Singapore tak tengok pemandangan indah macam ni. Rakamkan memori indah sebagai kenangan perbadi..
*********************************

Mustafa Centre

Inilah pusat perbelanjaan di Singapura yang buka 24 jam. Mustafa Centre yang berada di Little India sememangnya memuaskan hati.



Berbeza di Chinatown yang tempatnya boleh di tawar, barang di Mustafa Centre harganya sudah dilabelkan. Mustafa Center ni ialah department store di campur dengan supermarket.


Mustafa Center tak pernah tak ramai orang, ramai siang dan malam hari, kerana tempat shopping ini menyediakan banyak produk untuk dijual. Macam2 ada seperti pakaian, perfume, souvenir, elektronik, make up, hingga makanan. Chocolate!!

Cara untuk ke Mustafa Centre


1.Naik MRT jalur ungu ke Farrer Park Station (N8). Keluar lewat Exit G, di seberang jalan akan terlihat Singapore Turf Club, saat kamu menghadap gedung ini jalan kaki ke arah kanan dan jalan sekitar 100 meter di Rangoon Road ini sampai ketemu traffic light (Serangoon Road
2.Dari traffic light, belok kanan dan jalan satu blok sampai jumpa Serangoon Plaza di sebelah kiri, kemudian masuk ke jalan di tepi plaza ini, dan nanti akan jumpa Syed Alwi Road, tempat Mustafa Centre berada.





**************************

Bugis Street


Kalau di Malaysia pula korang mengenali Masjid JamekKalau di Jakarta korang mengenali Mangga Dua,  kawasan serupa juga boleh ditemui ketika travel ke Singapura, ialah Bugis Street  Inilah kawasan yang wajib dikunjungi para pelancong.



Banyak barang menarik yang dijual di kawasan ini dengan harga murah, seperti pakaian, accessories, makanan dan lain2. Berbeza dengan Mangga Dua yang berada di dalam ruangan aircond, Bugis Street hanyalah nama sebuah jalan tanpa air cond. Jadi silalah bersiap sedia dan confirm berpeluh ketiak, sebab orang ramai dan bahang panas


Bugis Street ini boleh dikunjungi hanya pd hari Isnin - Sabtu, iaitu pada pukul 09.00am -6.00pm.

Cara untuk ke Bugis:
Naik MRT jalur ungu, dan turun di Bugis Station.



LAIN-LAIN


Antara tempat-tempat menarik yang dicadangkan untuk pergi ketika korang bercuti di Singapore ialah :-


*ada link yg penah nanie share my experience*
Click entry ini tentang semua cerita nanie di Singapore *ohhh my hometown*

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 19, 2016

RESTORAN ZAM-ZAM (ARAB STREET, SINGAPORE)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.. 


Ini entry terakhir utk trip nanie ke Singapore, last 3 weeks. Ya Allah banyak tertunda laa.. hari ini nanie nak share, restoran yg WAJIB korang singgah bila sampai Di Singapore. 

Nak pergi singapore naik kereta? - baca tips  {entry ini}
Nak pergi sigapore naik bas? - baca tips {entry ini}

*Maaf ada gambar yg nanie ambil dari google sebab nanie pergi malam, jadi signboard tak berapa jelas dalam gambar*


***********************

RESTORAN ZAM-ZAM, SINGAPORE

Landmark - Sign board Arab Street *gambar google*


ini jalan berdekatan Arab Street.
Landmark - 
berhampiran Masjid Sultan




ini signboard kedai. Sebelah kedai ada money changer. Kat situ kalau korang nak tukar duit - sangatlah digalakkan. Murah!


Menu
Murtabak ada, 
Nasi Briyani ada..
Kuewtiow / Mee / Bihun Goreng ada..
Nasi Goreng ada..

Glurrppp.. syokknyee bila imbau kenangan makan ni.. Ini rupa kuewtiow goreng dia.. warna mungkin lain sikit dari Malaysia. Tapi yg pasti semua makanan dia warna merah, sebab itu la speciality di Singapore :)
Murtabak yg nanie suka sangattttttt.. nanie order Murtabak kambing, murtabak sardin dan murtabak ayam.. sedap weiiiii.. rasa meleleh da tengok gambar ni.. Slurpppp

Nak pergi? Nak rasa murtabak yg sedap? Jom la singgah Restoran Zam Zam, Singapore

(697-699 North Bridge Road
 +65 6298 6320. 
Daily 8am – 11pm.)




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, December 14, 2016

TIPS MUDAH DAN JIMAT BELI TIKET MRT DAN CARA NAIK MRT DI SINGAPORE..

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Kebanyakan travel nanie ke luar negara memang menggunakan public transport, kenapa? Sebab JIMAT DAN MUDAH. Agak jarang nanie gunakan travel agent. 

Untuk entry transport sebelum ni, boleh refer to this entry



*************************

Hari ini, Nanie nak share tentang Bagaimana cara mudah nak naik (MRT / LRT) di Singapore.

FAKTA BUKAN AUTA

MRT - Mass Rapid Transit

LRT - Light Rail Transit

CARA MEMBELI TIKET MRT DAN LRT DI SINGAPORE

1. Single Card (Standard Ticket) : 


Cara membeli Standard Ticket :

• Datang ke mesin GTM (General Ticket Machine) yang tersedia di station MRT.
• Pada screen, pilih Standard Ticket
• Akan muncul  peta MRT, pilih lokasi
• Pilih jumlah tiket
• Masukan duit

Kebaikan - harga murah sebab harga tiket tergantung jauh dan dekatnya. 

Keburukan - Terpaksa beratur banyak kali kerana Single Card hanya boleh dipakai 1 kali perjalanan

2. EZ-Link 


Cara membeli EZ-Link :
Kamu bisa membeli tiket EZ-Link di Ticket Office yang ada di stasiun MRT atau Bus. Siapkan passport saat membeli EZ-Link.  Nilai minimum di EZ-Link adalah SGD 10 dan maksimal SGD 100 (Deposit SGD 5 unrefundable dan SGD 3 refundable)

Kebaikan - EZ-Link adalah tiket yang bole topup. Tiket boleh digunakan untuk MRT, LRT, dan Bus. Balance EZ-Link boleh simpan / refund

3. Singapore Tourist Pass (STP) : 



Cara membeli STP
Pergi ke Ticket Office  di Changi Airport, station MRT di Orchard, Chinatown, City Hall, Raffles Place, Ang Mo Kio, HarbourFront dan Bugis, serta beberapa Singapore Visitors Centre. INGAT!! tiket ni tidak dijual di semua station MRT.

Kebaikan

  • dengan tiket ini korang bioleh kemana saja tanpa harus bayar apa-apa lagi. Tiketnya dijual untuk  1 , 2 atau 3 hari.. harga utk yang unlimited 3 hari adalah SGD 30, 
  • Deposit $10 boleh refund. Jadi jangan lupa refund dulu sebelum pulang ke Malaysia

**********************

MAP MRT / LRT SINGAPORE

Ada 4 route Liburan di Singapore dengan naik MRT

Jalur East West (EW) warna hijau
Jalur North South (NS) warna merah
Jalur Circle Line (CC) warna kuning

Jalur North East (NE) warna ungu.


Untuk route / map pun, korang tidak perlu risau. Di setiap station MRT / LRT akan ada peta MRT sekaligus harga yang harus korang bayar. Yang paling menarik, akan ada estimation time dan bila kedatangan MRT seterusnya akan sampai. 
TIPS 

Download deh applikasi berjudul “Singapore Maps” atau “SG NextBus”

Cepat Cekap dan Canggih!.


Gambar kenangan dalam MRT di Singapore ^_^


KESIMPULAN

Cuba explore dan fahami dan jelajahi Singapura dengan menggunakan public transport. Murah, dan cepat. Jangan MALU BERTANYA kalau sesat tak tahu nak exit mana, nak turun station mana.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails