SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Monday, March 21, 2016

#TRAVEL2016 - JOM TERJAH HARD ROCK CAFE PENANG

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Yahoooo!! dapat juga menyiapkan satu entry dalam blog. Ya Allah nanie minta maaf sgt2 atas kelewatan update blog. Lately tempat kerja ada audit for 1 minggu dan masalah kesihatan. Kan sekarang musim panas, jadi demam selesema. Yang paling sakit adalah, suara nanie sexy macam Ella, serak. hehe 

Takpe, percaya pada janji Allah, setiap sakit dan ujian itu ada hikmahnya...

OK, kali ini nanie nak share tentang PERCUTIAN KE PENANG iaitu ke HARD ROCK CAFE PENANG IAITU ROCK SHOP 


Untuk Hard Rock Cafe di Penang ada keunikan tersendiri kerana ada 3 kedai cenderamata
1) di bangunan tersendiri di bahagian parking
2) dalam Hard Rock Cafe
3) Lobby Hard Rock Hotel

Apa yang ada di sini ialah koleksi T-shirt HRC, collectible pin, mug, magnet, keychain, accesories, dan macam-macam lagi.

Favourite collection -  nanie suka kumpul keychain dan fridge magnet

Previous entry  - Hard Rock Cafe Macau

*************************

Tak lengkap kalau takde gambar nak tampal dalam blog ni, kenangan beb

Ehem2, nak posing dengan BIG GUITAR. Comel tak?

Bercuti bersama family memang layan habis.
Dapat family yang kaki travel, memang syok!

Jadi untuk peminat tegar atau pengumpul collection Hard Rock, boleh lah singgah ke sini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alamat
11100 Batu Ferringhi Beach, Penang, Malaysia
60 4-881 1711

Operation hour 
Dari jam 10 pagi hingga 11 malam



Jumpa di sana!! 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, February 27, 2016

#TRAVEL2016 PENANG - KILANG JERUK MADU PAK ALI. SEDAP DAN MURAH..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Mehh nanie nak sambung trip JALAN2 CARI MAKAN KE PULAU PINANG dengan family masa tu. haha Lama punye delay entry ini.

Kali ni nanie nak share entry jeruk yang sedap dan berbaloi2 dengan harganya..

Kat mana?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KILANG JERUK MADU PAK ALI 

Jeruk ni sebenarnya boleh jadi souvenir atau ole-ole yang boleh di bawa balik dari Penang untuk saudara mara dan kawan2.. Kalau kat Penang memang terkenal dengan jeruk-jeruknya. Paling famous adalah jeruk Pak Ali.

Kenapa Jeruk Pak Ali

  • Mereka menggunakan gula pasir (tidak menggunakan gula sakarin / ibu gula
  • Air ditapis dan di masak didih
  • Mereka guna cuka epal dan madu 
  • Air jeruk boleh diminum sebagai jus
  • dan paling menarik, bila makan banyak macam mana pun, tiada kesan batuk.


Fakta Menarik Mengenai Jeruk Madu Pak Ali

  • Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia.
  • Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.
  • Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
  • Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan.

Lihatlah kakak2 yang bekerja kebanyakannya adalah surirumah. memang dah terror potong buah ni. hehe

JADI MACAM MANA NAK KE SINI

Cara yang mudah untuk kesini ialah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Jaraknya dari pintu tol kesini lebih kurang 7 km sahaja.

1. Jalan dari PLUS dengan memasuki atau menyusur keluar melalui tol "Simpang Ampat/Bukit Tambun"
2. Keluar dari pintu tol tersebut (setelah membayar tol) di Lampu Isyarat yang pertama belok ke kiri. 
3. Ikut Pandu Arah "Muzium Jeruk Madu Pak Ali" yang berwarna kuning yang diletakkan di sepanjang laluan, terutamanya di simpang-simpang, sehinggalah sampai ke kilang. 

Alamat :
 Lot 652-655, Kawasan Perindustrian IKS Perda-Tasek, 
14120, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan,
 Pulau Pinang.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, February 15, 2016

#TRAVEL2016 PENANG - MISI JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA KELUARGA


Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Misi travel untuk keluarga nanie memang agak berlainan sikit. Kali ini nanie sekeluarga buat idea baru iaitu MISI JALAN-JALAN CARI MAKAN. Saja isi masa Chinese New Year (Feb 2016) lapang dengan aktiviti konvoi 


Seperti yang kita tahu Penang = food heaven. setuju? Ada ke orang cakap penang pasal shopping ? tak kot. Nanie rasa, kat bandar besar kat Malaysia ni, Penang salah satunya dimana-mana ada gerai makanan. 

**********************************

Jom nanie share tempat menarik yang sempat nanie cover sepanjang 2 hari di Penang.


1. NASI KANDAR LINE CLEAR
Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. 
REVIEW : Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' . Nak lagi 'kaw' cuba pekena Kari Kepala Ikan dia.. fuhhh memang sedap.
Kami dah habis makan pun orang dok beratuk panjang lagi. Sampai keluar kedai. 
Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur telah dibuka di Kg Baru. Mana tahu hajat nak ke Penang tak sampai, boleh lah terjah ke Kg Baru je.
2. NASI KANDAR BERATUR
Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama, korang pasti dapat mengaggak kenapa namanya beratur. Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Nah alamat lengkap “Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300'
REVIEW : Menu cadangan ialah Nasi Kandar, Ayam Goreng, sayur campur, kuah campur. Sebab ayam goreng dia memang besar dan banyak isi. Ayam dia  
3. HAMEED PATA MEE SOTONG 

Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba ! 

Nama restoran Hameed ‘Pata’ Mee Sotong. Korang boleh waze GPS:  N05° 20′ 14.6” E100° 18′ 37.6″. Alamatnya ialah di No 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown 
REVIEW : Sedap makan panas2. Memang rempahnya manis dan tak kedekut sotong. Kalau nak planning datang cuba makan di sini, elakkan datang pada Hari Ahad sebab kedai ni tutup. Kedai ini beroperasi pukul 11:30am – 8:00pm
4. PASEMBOR MENARI ANJUNG GURNEY 

Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Gerai 9 - Famous Pasembor Gurney. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Roja Roja” dan menari mengikut alunan muzik.


Tang makanan yang tersusun tu, memang nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan 


REVIEW : Sedap dan kena pandai pilih menunya, sebab ada yang sampai berpuluh-puluh ringgit. Makan kongsi2 lagi nikmat tak terkata.

5. PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL


Nanie google, dan banyak sungguh review pasal cendol Teo Chew di Penang Road. Kat Penang, sememangnya banyak je gerai cendol if kita jalan along Penang Road tu. Tapi tentulah nak terjah yang glemer. Suasana kat lorong tu memang tak dapat digambarkan. Super ramai orang! Apa yang nanie perasan, kebanyakan pelanggan berdiri ramai-ramai sambil hirup cendol. 


Review Bagi nanie, ni cendol yang PERFECT rasa nya. Cendol, kacang merah, gula merah, santan dan shaved ice . SEDAP! Manis dia, rasa santan dia, dan cendol hijau tuh pun nanie suka. Macam terasa perisa pandan yang agak ringan dan saiznya pun mudah untuk dikunyah dan dihadam. Sejuk menyegarkan.



KESIMPULAN

Tamatlah sudah pengembaraan makan-makan kitorang kat Penang. Ternyata Penang is food heaven, no doubt. and of course ada banyak tempat lagi kitorang tak pergi dan banyak lagi makanan tak dirasa. Insyaallah nak teruskan misi menjejaki kedai makan sedap di seluruh Malaysia. haha
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails