SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label port dickson. Show all posts
Showing posts with label port dickson. Show all posts

Monday, September 5, 2016

KENANGAN PERCUTIAN KELUARGA DI UNCLE DAN'S VILLA DI PORT DICKSON..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Alhamdulillah, ramai yang bertanya tentang villa yang family nanie stay bulan lepas. Kakak nanie pun request untuk nanie masukkan dalam entry blog untuk mudahkan kawan2 atau cousin yang berminat untu ke sini. 

Jadi di kesempatan ini, Nanie nak share kenangan percutian singkat kami 3D2N ke Negeri Sembilan. 

Uncle Dan's Villa
Port Dickson
6 Aug - 8 Aug 2016

Review ikhlas dari nanie
*tiada bayaran dari pihak villa*

REVIEW

Kali ini kami sekeluarga saja tukar angin, asyik bercuti kat hotel je tak pun stay Villa di Felda Sungkai (entry ini), jadi nanie saja bagi cadangan nak pergi bercuti di Port Dickson. Lepas godek2 google, nanie terus bagi cadangan pada familu untuk stay di Villa.

Kami pergi bercuti di Bungalow / villa Murah di Port Dickson yang sememangnya berhampiran KL. Tak sangka villa ni boleh dikatakan  disediakan tempat percutian yang amat menyeronokkan dan amat privasi. 

Uncle Dan ini Villa @ Port Dickson lengkap dengan segala kemudahan sesuai untuk semua dan boleh lah buat gathering keluarga dan merehatkan jauh dari hiruk di KL.

************************

HARGA  VILLA

Kami booking time 3 bulan awal, Alhamdulillah, untuk percutian kali ini, full sponsor daripada abang ipar

Harga 1 malam = RM900 

Harga 2 malam = RM1500 (termasuk breakfast untuk 2 hari)
(Discount RM300)

TIPS : Kena booking awal 2 bulan sebelum tarkih percutian. Sebab selalu FULLY BOOKED, especially weekend dan public holiday.

 Ambil mood makan tepi kolam. Tak rugi pun bayar mahal sikit untuk diluangkan masa bersama keluarga. Lagipun Takde berebut dengan siapa2 pun, aurat terjaga boleh feeling2 diva tepi pool
       ****************************

KEMUDAHAN (KELENGKAPAN)


Dilengkapi
TV- Skybox
Mesin basuh
Astro
WiFI
Dapur dengan alat
Meja Makan
2 gazebo besar
Tempat BBQ
Swimming pool
Taman yang indah
Parking (boleh muat 2 MPV, 1 Sedan)

Alhamdulillah, syok wooo dapat main air setiap pagi petang siang malam. Keluar je pintu terus pndang swimming pool. hahaha 

BILIK

4 bilik tidur dengan 4 katil saiz queen,
2 katil saiz single dan 2 katil sofa.
Master bilik tidur lengkap dengan tab mandi
3 Toilet

***********************

RECOMMENDATION

Villa ni berkemampuan menampung satu family. Luas, cantik boleh duduk sama sebab memang luas.... So tak menjadi masalah untuk tidur  di dalam bilik atau ruang tamunya amat luas.. 

Gambar kenangan bersama keluarga. Semoga ikatan kekeluargaan kami semakin utuh. Next trip ke luar negara hujung tahun ini. yeeehhaaa!!

*******************************

Nak pergi tapi tahu jalan??

.
.
.
.
.
.
.
.
.

DIRECTION KE UNCLE DANS VILLA

GPS Coordinate
2.420497,101.896262

TIPS : Landmark terletak dekat banglo Maybank, DRB -Hicom yang @ Academy dan Akademi Imigresen. Ia hanya jarak berjalan kaki ke pantai.

Waze
Search : Uncle Dan's Villa



p/s  Kalau ada sesiapa yang berminat, hubungi Facebook Uncle Dan's Villa. Inform sekali dapat informasi dari blog nanie, mana tahu boleh dapat discount. hihi



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, February 11, 2013

JALAN-JALAN DI PORT DICKSON..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Harini nanie nak sambung entry Port Dickson dgn keluarga..

entry hotel

entry swimming

Kali ni nanie nak share Jalan2 Cari Pasal di Pekan PD. hihi

taknak byk sangat tulis, biar gambar cerita segalanya..

*******************

Tengah jalan pun sempat snap *candid*



See, ini yg dinamakan pelancong. tengah jalan, tepi kedai semua nak snap gambar.. hahaha *peace



Biasala pekan PD kan agak lama kan? so tengokla keunikan lampu dia.. comel je wiring macam tu, then terselit satu kepala lampu. TNB x bising ke? hihi




Misi utama - kedai cermin mata... ye, mak  nak melaram dgn cermin mata hitam.. Amboii mak.. ^_^



Yang dalam kedai sedang melaram, yang kat luar dok termenung. Ni la abg TNB yg nanie cerita dalam entry ni. hehe



Ini la sheda dan MSA.. masing2 bergaya sakan dengan cermin mata hitam.. sebab tu kot mak nak beli cermin mata hitam. hehe



''Lihatla dunia'' kata mak nanie.. Baru je keluar dari kedai cermin mata terus berposing dengan cermin mata hitam.. ^_^



snap gambar lagi.. wink2..




. . . . . .

P/S abes kot ceriita trip kali ni.. kitaorg pergi pun 3D 2N je.. next entry,  nanie share tentang JJCM dgn sheda dan wawa selepas balik PD. oh lalalala~


Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, February 4, 2013

PORT DICKSON - SWIMMING DAN WATER SPORT

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.. 

Harini nanie nak sambung entry dari percutian bersama keluarga.

Ok, disebabkan dari previous entry (entry ini) pun da excited giler nak share aktiviti swimming kami. hahaha yola duduk rumah teres mana ada swimming pool, yg ada loji adalah, haha

***************************

SWIMMING POOL

Syarat utama sebelum nak terjun - sila baca signboard ini



Pakaian rasmi swimming da pakai dan apa lagi posing le dulu sebelum terjun dalam swimming pool :P


Gadis penjaga tuala.. hehe



ini wawa dan sheda. serius mereka macam belangkas. kemana dimana mesti bersama. semoga kamu kekal bersahabat ye syg..



takkan dorang je nak ada gambar, nanie pun nak jugak. Jadi kami da siap sedia berposing siap peace bagai.. kihkih

 


inilah 3 dara pinggitan.. swimming dan berposing adalah kegemaran kami. jangan jeles :p




**************************************

PANTAI PORT DICKSON

Lupa nak bagitahu, kalau da datang PD, Takkan x main air pantai atau jalan di persisiran pantai. tak gitu?


Amboi di hujung gambar ada merpati sejoli tengah berjalan berdua2an. siapa? mak mertua dan ayah mertua. wink2




***********************

WATER SPORT

ohhh paling best, dalam trip kali ni, nanie dengan beraninya ada cuba water sport.. memang x sangka berani juga. Aktiviti water sport yg sempat cuba :


Banana boat 


Harga - RM10 / seorang

Komen : Tak best sgt.. tak mencabar. hahaha




Water storm 


PesertaDisebabkan boleh main 3 orang je, kami dara pinggitan la yg gagah perkasa la main.. 

Harga -  RM30 / seorang 

Komen - yg ni memang syok giler. Laju, berlambung2 dan  angin jangan cakap la.. tapi memang syok sgt laa... yg ni kitaorang main 2 kali pagi dan petang.. kena pegang kuat2 ye, sebab ombak angin bergabung bersatu. Tak percaya?

cer tengok gambar ni, inilah rupa Storm tuuu 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

gambar cilok google 
*sebab mana sempat nak posing bagai kang camera kemana, ombak kemana, tenggelam timbul kat laut lak nanti. hehe*


p/s Benarlah kata orang tak cuba tak tahu, da cuba naik ketagih main.. hahaha Lepas ni nak try jet ski la. Tak penah pun cuba, kalau ada rejeki nanti, Inshaallah nak cuba la. 

next update : Jalan2 di pekan PD ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, January 26, 2013

PORT DICKSON - KONDOMINIUM PERANGINAN TNB (MURAH DAN TERBAIK)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.. 

 Harini nanie just nak buat quick update tentang percutian yg simple yet enjoy..

Tarikh :19-21 Jan 2013
Lokasi - Port Dickson
Penginapan - Kondominium Peranginan TNB 
Aktiviti - Berehat, JJCM dan swimming

*********************

Disebabkn ini entry pendek, nanie just nak share facilities yg ada kat kondo TNB ni..

Biar gambar mencerita segalanya..


Ini dia signboard yg sempat snap walaupun agak blur di situ. hehe
*tgn tak bedung ke nanie ooii*
ada 3 bilik - bilik utama (mak ayah mertua. bilik kedua
 (nanie dan MSA (hubby) dan bilik ketiga (sheda dan wawa)
Siap ada TV Astro, kerusi yg empuk. Sangat selesa..
ada meja makan 6 kerusi utk seisi keluarga
*abaikan model peace tu, hihi*
ohh yg ni memang AWESOME..
siap ada dapur, peti sejuk, kettle dan mcm2 lg.
 
Dapur gas tepi tu adalah barang larangan hihi
Gambar blur ni nak bagitahu keluasan kondo ni..
*maafkan tgn yg tak dibedungkan ini sekali lg hoho*



ada satu yg memang buat kami enjoy dengan percutian ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

nak tahu ke?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.jemg jeng jeng




inilah idaman kalbu setiap bercuti 
swimming swimming dan swimming

swimming pool ketika waktu malam





****************************

Fakta bukan auta
Percaya atau tidak, setiap kemudahan dalam kondo ni memang terbaik. Harga satu malam korang takkan percaya..


cer teka?

cer teka?

cer teka?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
betul nak tahu??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

SATU MALAM HANYA RM50

murah giler.. khas utk pekerja TNB sahaja ye. 

Kepada yg teringin nak bercuti budget, sila cari cik abg yg kerja TNB..







HAHAHAHAHA :P

p/s maaf buat korang scroll bawah byk kali. tp ni la realiti, duduk hotel RM100 utk 2 malam.. Memang heaven la.. Jimat  duit lagi sebab ayah mertua yg belanja *sebab dia la cik abg TNB tu, hikhik*




Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, December 29, 2011

GRAND LEXIS PORT DICKSON



Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Kali ini nak share hotel yg TERBAIK!!. Planning bercuti ini sambil celebrate birthday nanie di Grand Lexis, Port Dickson.. Bila? 27 dec (birthday nanie) hingga 29 dec 2011 ( 3d 2N )..

Disebabkan beberapa orang komen dan tanya ape yg menarik di sini, meh nanie tampalkan beberapa gambar untuk tatapan korang.. wink2..

************************************
Bilik kami - 2012


Posing depan bilik.. wink2..

Pandangan dari kiri bilik


Pandangan dari kanan bilik


************************************
Peta lokasi bilik

Bilik 2012 - Mediterranean

Map keseluruhan bilik di atas air


Pandangan bilik2 di atas air

pandangan sisi tepi..


**********************************
ok, nanie share tentang kemudahan yg disediakan plak, memang selesa..

Buggy services.. laju berdesup.. zasss~

Kolam renang.. nanie tak mandi pun :p


Gymnasium..



**********************************
Jom jenguk apa yg ada dalam bilik pula.. hehe

ohh ade Katil KING yg super empuk


Sofa + TV + cabinet (dalam tu ada mini fridge )
Microwave, pinggan mangkuk, kettle, pilihan air (tea, coffee )


toilet dgn kelengkapan air panas dan alat pengering rambut


Paling terbaekkkkkkkkkkk adalah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ade private pool.. 5 star..
private pool dari sisi tepi katil & pintu


private pool dari tepi tingkap bilik


KESIMPULAN

Alhamdulillah, berpuas hati. Highly recommended. Service tip top. Makanan sedap. Bilik selesa. Kebersihan terjaga. Semuanyaaaaaalaaah memang best.

Sebarang petanyaan boleh refer ke

Website : Grand Lexis, PD
Facebook : Grand Lexis , PD


Published with Blogger-droid v2.0.2
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails