SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label hong kong. Show all posts
Showing posts with label hong kong. Show all posts

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, February 19, 2015

#TRAVEL2015 - AVENUE OF STAR

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Aduyaiiii maafkan nanie ye, entry #travel2015 sampai ke penghujungnya juga Alhamdulillah, nanie berkesempatan melihat dan meninjau bumi Hong Kong dan Macau. Terlalu indah ciptaan Allah dan pengalaman ini amat menyeronokkan dan menambah ilmu pengetahuan nanie dalam hidup.. Cewah..

*************************

Day 4





Direction to Avenue Star by MTR
1. Dari BP International House, naik MTR Jordan Station ke Tsim Sha Tsui Station. 
2. Turun MTR, exit ke Sogo, ikut anak panah ke Avenue of Star/Hong Kong Museum of Art/Symphony of Light. 

INFO

Avenue of Stars terletak di sepanjang Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ia dibina dengan mengambil contoh dari Hollywood Walk of Fame sebagai penghargaan kepada bintang-bintang terkenal dari dunia Industri Perfileman Hong Kong. 


Dari Avenue of Stars ni, kita boleh nampak bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong yang terletak di Hong Kong Island termasuklah Prudential Hong Kong di dalam bangunan IFC Hong Kong. Kira opposite jela dari Victoria Harbour tu. 


Kalau kita nak ke seberang Hong Kong Island tu, selain naik bas, MTR dan teksi, kita boleh jugak naik feri. Suasana di sini selalu ramai kerana lebih dari 30 pertunjukkan muzik, teater, dan tarian akan diadakan. 



Clock Tower pun ada juga di area  Tsim Sha Tsui ini. Jam ini terletak di antara Star Ferry terminal dengan Harbour Peninsular Viewing Deck. 




Jadi korang boleh nikmati pemandangan dan gambar  posing nanie untuk trip ke Hong Kong. Sesungguhnya ia memang pengalaman yang terbaik dalam hidup


















***********************

KUNJUNGAN WAJIB DI AVENUE OF STAR

Lokasi ini juga menjadi tempat strategiK untuk menikmati pertunjukkan A Symphony of Lights pada setiap hari pukul 8 malam. Kena datang awal kerana akan sesak ramai orang.



KESIMPULAN

Bagi nanie, travel dapat memperluaskan minda dan hati penulis tentang kejadian yang berlaku di tempat lain. Hal ini penting dilakukan untuk kaum penulis dalam membuat perbandingan dan penilitian dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Malah agama Islam sendiri pun menganjurkan umatnya melancong atau bertebaran di muka bumi untuk melihat dengan mata kepala sendiri, pelbagai kisah hidup manusia yang ada di tempat lain selain tempat sendiri. Semoga ilmu #travel2015 dapat dijadikan panduan.


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, February 17, 2015

#TRAVEL2015 - BIG BUDHHA (NGONG PING 360)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie nak sambung cerita Day 3 iaitu dari Disneyland ke Big Buddha untuk #travel2015 ke Hong Kong.



Next destination ialah Big Buddha, Ngong Ping 360. Untuk ke sana, ada banyak cara. Salah satunya ialah dengan menaiki kereta kabel. Nanie pasti ia mesti satu pengalaman yang paling menarik kerana kereta kabel ini akan membawa korang merentasi 5,7 kilometer panjang. 

Ropeway bi-kabel ini adalah yang terpanjang di Asia dan menghubungkan ke Ngong Ping di Pulau Lantau lebih kurang 30 minit. Harga di kaunter lebih kurang HKD165 hingga ke HKD255.

TAPI...

TAPI..

TAPI..

Disebabkan nanie adalah percutian budget, nanie telah mengambil cabaran untuk ke puncak dengan menaiki bas. Harga lebih kurang HKD27 sahaja. Korang boleh guna Octopus Card je. Jimat bukan?



Direction to Big Buddha by bus
1. Dari Disneyland, naik MTR Tung Chung Station Exit B, 
2. Naik bas New Lantao Bus 23 dari bandar Tung Chung Town Centre, masa perjalanan lebih kurang 45 minit. 

3. Dah sampai, korang kena jalan kaki lebih kurang 8 minit dan perlu menaiki tangga untuk ke puncak.

*****************************

Jom layan gambar. 

Ini sebagai tanda memori nanie dah jejak ke bumi Hong Kong.




TAHUKAH ANDA?


Patung Buddha mengadap ke Tanah Besar China. Ia terletak 26.4 meter di atas takhta bunga teratai setinggi 34 meter, termasuk tapaknya. Patung itu bernilai HK$60 juta.








MENCARI PENGALAMAN BARU


Apabila tiba di puncak patung Big Buddha di Lantau, korang dapat melihat pemandangan pulau yang indah. 

Menaiki 268 anak tangga untuk melihat patung ini lebih dekat dan nikmati pemandangan ciptaan Ilahi di Hong Kong.
Patung ini dikelilingi oleh enam gangsa patung kecil yang dikenali sebagai "menawarkan enam Devas" yang tunduk di hadapan Big Buddha. Patung memegang persembahan-persembahan yang rohani mewakili amal, meditasi, moral, kesabaran, kebijaksanaan dan semangat.



all entry related to Hong Kong, click HERE
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, February 14, 2015

#TRAVEL2015 - APA YANG MENARIK DI DISNEYLAND HONG KONG..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Melancong ke Hong Kong tak lengkap kalau tak perrgi ke Disneyland. Kita mungkin nampak bagaimana Hong Kong berubah dari sebuah daerah bergunung-ganang dan berbatu-batan menjadi entrepôt trade, dan sebuah negara pembuatan dan perkilangan pada zaman British.

Jom baca entry lokasi menarik di Hong Kong.
Day 1 - The Peak dan Madam Tussauds
Day 2 - Day Trip ke Macau


***************************
DAY 3

Direction to THE DISNEYLAND HONG KONG by MTR train 
1) Dari BP International House naik MTR di Jordan Station dan turun di Lai King Station.
2) Di Lai King  Station naik tren laluan Tung Chung Line dan turun di Sunny Bay
3)Sampai di Sunny Bay Station naik train khas ke Disneyland Resort

KEUNIKAN TRAIN KHAS KE DISNEYLAND
Sofa yang empuk dan pemegang tangan yang comel berbentuk Mickey.

Posing wajib di Disneyland Resort MTR Station.
Cantik kan tingkap train dia :)

**********************************
Sebelum cerita dengan lebih lanjut tentang TIPS PENTING KE DISNEYLAND, marilah kite ambik mood dengan meletak sekeping gambar nanie di Hong Kong Disneyland.. Baru la semangat nak story kan..kihkih

Disneyland Hong Kong, Here I come !!!

TIPS PENTING UNTUK KE DISNEYLAND

1. Breakfast terlebih dahulu dengan makan makanan berat supaya korang bertenaga untuk berjalan dengan jarak yang jauh. 

2. Denda HKD80 - Tolong jangan nak bawa bekalan makanan sebab sememangnya ada security yang akan menjaga pintu. Dia kasi option supaya tinggalkan di customer service counter with charge of HKD80 atau buang. Tapi tapi tapi..... Pandai2lah cover letak dalam coat korang macam chocolate, gula2, biskut. At least boleh alas perut :p

3. Guide map HK Disneyland Dah masuk Disneyland, sila dapatkan guide map untuk guide trip korang di HK Disneyland. Lepas tu plan lah apa yang patut untuk ride atau showtime inside HK disneyland. Kalau tengok map memang banyak tempat nak kena cover. 

4. Harga tiket Disneyland. Terdapat 2 jenis tiket samada 1 day trip atau 2 days trip. Macam nanie disebabkan nanie dah beli tiket awal2 di Malaysia, nanie dapat FREE OF CHARGE map HK Disneyland Alhamdulillah nanie boleh cover mana yang best dalam masa sehari je. so, try plan the best, ok.Sila terjah agent StarMoonVacation kerana korang akan dapat harga yang lebih murah dari kaunter.


5. Makanan - Jangan risau, kat dalam Disneyland ni ada dua tempat yang sentiasa dipantau dan disahkan HALAL oleh Pertubuhan Islam Hongkong. Kita boleh makan kat Tahitan Terrace di Adventure Land



6. KasutSila pakai kasut yang paling selesa untuk menyokong tapak kaki sepanjang journey korang di Disneyland.

7. Pakaian Kat sini walaupun tidak ada snow...tapi dengan tiupan angin.  Ditambah gerimis hujan, suhu drop kepada 10'c dan kalau tak biasa boleh menggigil. Sebab kebanyakan orang datang sini mesti bergaya sakan. 

8. Solat bagi Muslim - Jangan risau, ada ruang solat di City Hall.

9. StrollerJika ada anak kecil, korang boleh sewa Stroller bersebelahan City Hall

10. Enjoy the ride and have fun. The best is plan your time wisely, so that, tak buang masa kat tempat-tempat yang agak kurang sesuai dengan adult. Bagi nanie semua tempat pun macam best dan menarik, eventhough nampak macam sesuai untuk kanak-kanak riang sahaja. 






Adventureland - Ia macam jungle river cruise. Journey with itrepid skipper along the mysterious rivers of adventure. Bagi nanie biasa-biasa saja sebab haiwan yang ada semua fake, hahaha. Tapi, kalau nak yang adventure mestilah nak tengok real life kan, boleh lah pergi Taman Safari. Anyway, it was fun & view along the river pun awesome juga. 

hong kong disneyland
Grizzly Gulch - Satu lagi tarikan terbaru Hong Kong Disneyland yang baru dibuka bulan Julai lalu. Ini adalah “expansion” terbesar yang mempunyai 7 tarikan istimewa iaitu roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars.

LIFE EVENT YANG PERLU DITONTON

Flight Of Fantasy Parade (15:30)
ini adalah event yang ada setiap hari dan pada weekend akan dilakukan 2 kali. Pada event ini akan ada beberapa watak Disney yang bergabung dengan orkestra, muzik dan tarian yang menarik

Disney in the stars Fireworks (20:00)
Ini adalah event kemuncak di Disneyland Hong Kong. Acara ini berlangsung hanya 10 minit tapi kesannya akan tersimpan rapi dalam memori. 



Suggested viewing location dekat roundabout
depan Sleeping Beauty Castle.

********************************


PERASAAN SELEPAS PERGI DISNEYLAND HONG KONG 

Happy sebab I really enjoyed, satisfied and impian nak sampai sini, at last, terlaksana impian zaman kanak-kanak ku, hahaha. 

Sedih that I could not enjoy all the ride inside HK disneyland. Sebab ada beberapa attraction yang best ditutup due to routine maintenance. 


***********************

KESIMPULAN

Tempat rekreasi seperti Disneyland Hong Kong ini mungkin pada sesetengah orang hanya hiburan semata-mata, tapi sebenarnya banyak benda yang kita boleh cerita pada kawan-kawan. Apa-apa pun, travel ini sepatutnya bukan sekadar 'enjoy' tapi pengalaman yang dikutip untuk dapat digunakan dalam kehidupan mendatang.

Untuk info lanjut tentang Hong Kong Disneyland boleh tengok website rasmi Hong Kong Disneyland
p/s InsyaAllah kalau ada rezeki nak ke Hong Kong nak cuba Ocean Park pula

'' The journey of a thousand miles begins with a single step ''

next update - Nanie akan ceritakan pengalaman bertemu dengan Bruce Lee di salah satu tempat menarik di Hong Kong. tunggguu!!!


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, February 6, 2015

#TRAVEL2015 HONG KONG - MADAME TUSSAUDS HONG KONG

Assalamualaikum.. selamat sejahtera

Madame Tussaud’s Hong Kong adalah salah satu tempat pelancongan yang terletak di Peak Tower, Pulau Hong Kong dan ianya adalah muzium wax pertama diantara dua Madame Tussauds di asia selain Shanghai. 

Kalau siapa yang tak baca lagi tips perlancongan ke Hong Kong, sila tekan LINK ini

FAKTA BUKAN AUTA TENTANG MADAM TUSSAUDS

  • Madame Tussauds ini tidak terlalu besar tetapi ada dua tingkat.
  • Nama Madame Tussaud sudah tidak asing didengar. Ia adalah muzium yang di dalamnya terdapat patung-patung lilin dari celebrity, artis, tokoh politik, watak cartoon sehinggalah ke pemuzik. 
  • Replika patung yang dibuat oleh Madame Tussaud boleh dilihat bagaimana detailnya mereka membuat hampir sama dengan tokoh asli.


Harga tiket, masih menggunakan combo 3 in 1 yang nanie pernah ceritakan dalam entry The Peak. Kalau yang belum baca, sila rujuk di ENTRY INI. Harga di jamin murah dari kaunter.



Mudah dan tak perlu buang masa.
Bila da beli tiket awal dari Malaysia hanya bawa kertas untuk redeem :)

*********************************

Dalam Madam Tussauds ni ada banyak kategory patung celebrity dari luar nergara dan sesuai untuk sesi bergambar kenangan. 
  • Hong Kong Glamour
  • Royal Family
  • Historical and National Heroes
  • TV Studio
  • World Premiere
  • SCREAM
  • The Champions
  • Authentic History
  • Music Icons
  • Fantasy Kingdom
****************************

Ini adalah sebahagian beberapa gambar artis yang nanie kongsikan untuk semua. Actually ada banyak, tapi rasa tak larat nak tempek semua gambar yang ada. hehe
Ambil mood dengan artis lelaki.
Pegang tangan pun tak kisah sebab patung kot. haha
Tak kan dengan patung lelaki je
 nanie ambil dengan patung artis wanita pula 
Nak berangan jadi karakter cartoon pun boleh. hihi
ini gambar kenangan dengan golongan bangsawan
Ini gambar bodyguard nanie sepanjang di Hong Kong :P
Opssss... jangan marah ye... peluk malu2 je tuu..

oppss ada satu gambar kontroversi untuk kamu semua.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hahahahahah.. no comment. :p

p/s Kalau datang ke Hong Kong memang rugilah kalau tidak ke Madame Tussaud’s. Sebab kat sini memang best giler sebab korang boleh jumpa lebih 100 patung lilin artis-artis kesayangan korang kat sini tau. 

Hampir 3 jam juga kami di dalam. Lenguh kaki berjalan. Tapi this is the experience yang sukar kita dapat kalau tak pergi travel. Tak gitu?

Next update - Nanie akan share entry Day Trip ke Macau. Best ke tak ke sana? Berbaloi tak? Tunggu..


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails