as salam.. selamat sejahtera..
Harini just nak review tentang tempat shopping yg nanie rasa best utk percutian kali ni. Tidak dinafikan Bandung adalah syurga membeli belah tetapi tak kecuali mempunyai pelbagai tarikan pelancongan lain. Buat panduan kawan-kawan yang ingin ke sana...tempat-tempat yang perlu di masukkan ke dalam senarai.
Pasar Baru - everything di bawah satu bumbung. sehari belum tentu dapat round keseluruhan bangunannya.
| Lantai Dasar 2 | kain batik, pelikat, telekung, |
| Lantai Dasar 1 | kain batik, pelikat, telekung.. |
| Lantai 1 | Telekung, kain ela, blouse |
| Lantai 2 | Telekung, kain ela, blouse |
| Lantai 3 | blouse, kain ela, pakaian kanak2 mainan kanak2, tempahan baju |
| Lantai 4 | blouse, kain ela, pakaian kanak2 tempahan baju |
| Lantai 5 | handbag dll |
| Lantai 6 | medan selera & handbag |
| Lantai Atas Sekali | Surau |
*************************
Shopping di Pasar Baru memang sukar untuk dikawal. Padahal kat kepala otak ni dah memang list out apa yang perlu dibeli dengan kuantiti sebab mmg xnak berbelanja lebih pun. tapi sungguh berhantu lepas masuk satu kedai ke kedai lain. Bahaya memang bahaya :p . Nafsu sendiri kena mau jaga ye.
Meh nanie senaraikan apa yang boleh & berbaloi shopping di Pasar Baru ialah
- telekung (serendah RM20 hingga RM100, bergantung pada kualiti),
- kain-kain sulaman (rata-rata bermula dari RM35 sehingga yang paling mahal pernah jumpa pun RM100 tuk 5meter kain),
- kain lace (sangat murah berbanding kat Malaysia ni and banyak pilihan, corak dan warna),
- batik jawa, baju batik untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak
- T-Shirt Bandung (5 helai untuk kurang RM35 tuk kualiti yang bagus)
- baju-baju muslimah untuk wanita
*************************
So, ini beberapa tips shopping di Bandung
1) TUKAR DUIT
Yes.. tukar duit merupakan perkara paling penting sekali selepas passport.. huhu..Better tukar kat Malaysia yer.. Sebab kita yg untung...Ada yang dapat murah, ada yang dapat mahal...Tapi, cam nanie haritu, nanie tukar kat Malaysia, 1 juta rupiah dapat RM 340...
2. SENARAI TUKARAN WANG INDONESIA DAN MALAYSIA
Siapkan awal-awal duit tuk shopping & kalau boleh jangan lupa bawak sekali 'print harga' tuk rujukan korang ye. Senang dan mudah bila nak berurusan nanti.
Contoh senarai tu cam ni :
Kalau korang nak format ni boleh roger2 je. tak pun email je kat nanie_nakata@yahoo.com atau komen kat bawah entry ini :)
Oh yer, kalau sesiapa yang tiada blog, cara nak komen cukup mudah. Hanya klik POST COMMENT kat bawah tu, then guna nama sebagai ANONYMOUS.. Atau pun NAME/URL.. URL tu tak yah isi pun tak apa ^_^
3. TAWAR MENAWAR DENGAN HARGA PALING RENDAH
Apa yg nanie cuba maksudkan, kalau rasa da berkenan nak beli sesuatu, sila la tawar dgn jayanya.. Tapi diingat kalau korang takde hati nak beli jangan sesekali sibuk2 dok tanya atau pegang sekalipun..
Yang best nya dekat Pasar Baru, setiap kali jalan depan gerai-gerai dalam Pasar Baru nih, peniaga-peniaga akan cakap dengan suara yang merdu " Boleh belanja mas, tengok aja dulu" Tuh kira ayat standard untuk semua peniaga sebab semua macam ulang ayat yang sama je !
4. CHECK SEMULA BARANG YG SUDAH DIBELI
Contoh korang beli kain, normally check balik berapa meter kain yang pekedai dah potongkan, dan berapa lebar lerang kain. sebab kebanyakkannya memang dah potong siap-siap 5 meter tapi ada sesetengah yang kena tipu. bayar tuk 5 meter tapi dapat kain 2.5 meter. so better check ye :)
Kalau travel tu, bawak lah air mineral secukupnya yer... Sebab apa? Bila dah sibuk shopping tu, boleh la terus teguk minum air mineral tu. Tak delah, kelam kabut cari kedai ke apa.. Tapi, kalau kat PASAR BARU, memang ada penjual ke hulur hilir bawak jualan minuman.. huhu.. Tapi be careful ye, sila check expiry date dan harga..
6. KESELAMATAN
Jaga diri dan barang elok2.. Kalau bawak beg sandang tu, masa jalan pastikan sandang ke depan dan peluk erat2... Wallet tu pastikan berbutang kat kocek belakang... Kalau letak kat kocek depan, jaga elok2 gak.. Pastikan sentiasa meraba poket seluar anda.. ..takut2, kalau dah hilang, boleh tahu dengan segera.. jangan dah nak balik, baru sedar..
******************************
Ini hasil tangkapan nanie beserta budget
Kain cotton - 4 meter x 3 helai = IDR 450,000
Kain sulam manik - 4 meter x 2 helai = IDR 250,000
Kain sulam - 4 meter x 2 helai = IDR 200,000
Telekung - 2 helai = IDR 150,000
Baju Bandung - 3 helai = IDR 100,000
Magnet - 6 pcs = IDR 30,000
Beg pasar - 1 pcs = IDR 25,000
Total - IDR 1.205,000
Nanie rasa itu je tips yg ada buat masa ni..Next review, nanie share tentang kedai makan yg nanie sempat singgah ketika di Bandung ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..