SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label macau. Show all posts
Showing posts with label macau. Show all posts

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, February 12, 2015

#TRAVEL2015 - DAY TRIP KE MACAU

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Seperti yang semua tahu, nanie ada pergi travel ke Hong Kong #travel2015. Jadi, dah alang2 nanie pergi ke China, nanie terus merancang melawat salah satu negeri di China iaitu Macau. Entry kali ni mungkin simple dan nanie harap perkongsian ni dapat membantu travel korang.

INFO

Macau (Las Vegas Asia') yang terletak di pantai tenggara China, merupakan kawasan khas pentadbiran negara. Sebagai  Pusat Perjudian terkenal di Asia , ia adalah tempat untuk mencari budaya Cina tradisional sambil menikmati eksotik bangunan Portugis.

Nak Pergi Macau ni TAK PERLU VISA. So, pekhidmatan yang disediakan untuk ke Macau adalah menggunakan Feri yang boleh di naiki di China Ferry Terminal. 

**************************


Direction to China Ferry Terminal (jalan kaki sahaja) :
1. Dari BP international, korang Jalan terus ke hadapan iaitu arah ke Horbour City (akan jumpa Kowloon Park) di sebelah kiri.
2. Jalan sehingga jumpa junction berhadapan bangunan Harbour City
4. Cross junction untuk ke sebelah kanan dan go along Canton Raod
5. Jalan sahaja terus ke hadapan sehingga terjumpa China Hong Kong City Shopping Mall sebelah kiri
6. Masuk shopping mall tu, naik escalator ke Level 1
7. Follow jer sign kat dalam mall tu untuk ke kaunter tiket

**********************

Kat China Ferry Terminal tu, ada dua 2 jenis pelabuhan

  • COTAI JET ---> berlabuh di TAIPA FERRY TERMINAL bersebelahan dengan Airport Macau.Taipa Ferry terminal berdekatan dengan Venetian,City of Dream,Hard Rock Cafe Macau,Galaxy.
  • TURBO JET ---> berlabuh di MACAU FERRY TERMINAL.Terminal ini berdekatan dengan Grand Lisboa, Senado Square,Wynn,Ruins of St.Paul
**********************************

APA YANG PERLU DIBUAT DI CHINA FERRY TERMINAL 


1. Sampai China Ferry Terminal, terus pergi kaunter dan beli COTAI JET (nanie dah plan nak pergi Hard Rock Cafe Macau, tu yang beli Cotai Jet) 

2. Sila bayar tiket sehala COTAI JET HKD160.00 = RM68.50 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Waktu korang beli tiket ni jangan guna Octopus Card pulak sebab tiket ini kena bayar tunai HKD ye.
3. Beratur ke Imegresen kaunter (pastikan ada slip masuk HK dan passport) untuk pemeriksaan.

* sila tengok pada lokasi seat, tunjuk tiket pada pembantu dalam kapal, mereka akan tunjuk lokasi seat korang.


*********************
MISI UTAMA
1. Hard Rock Hotel
2. City of Dream
3. The Venetian
4. Shopping!!!

Terdapat laluan yang di paparkan pada dinding bas dan juga pada pintu masuk bas.Oleh kerana nanie ingin ke City of Dream, nanie memilih untuk naik bas berkaitan dan perjalanan ke sana hanya mengambil masa dalam 10 min sahaja.

FYI, City Of Dream dan Hard Rock Hotel Macau  ni kedua-dua tempat ini adalah tempat yang sama kerana kedua-dua bangunan 'connected' sekali. 

Ini pemandangan dari dalam Feri ke Macau. Bangunan tersergam indah
Ini pemandangan dalam free shuttle bus ke City of Dream. Best dapat tengok bangunan dan keunikan kapal yang angkut pasir di Macau. 

Alhamdulillah dapat jejak kaki ke bumi Macau. Syukran Ya Allah
Bila dah sampai je, make sure follow je direction / papan tanda sebagai arah tuju. Insyaallah tak sesat. 
Macam yang nanie katakan, Hard Rock Macau adalah misi utama. FYI, nak beli souvenir di sini boleh menggunakan duit HKD. Jadi korang tak perlu tukar duit Macau. Mudah bukan?
Bila dah jejak kaki ke Macau memang tak sah kalau tak bergambar. Just nak bagitahu, toilet dan lobi Hard Rock Hotel Macau memang ada class. Cantik interior dan sangat haruman sangat wangi. Nyaman
Souvenir dah beli untuk keluarga dan kawan-kawan. yeayyy!!

Ini adalah kereta yang menjadi attraction di Hard Rock Hotel. 

ITS AMAZING!! cantik kan infrastuktur bangunan mereka. Salah satu sumber pendapatan negara mereka ialah pusat casino. Kalau dah Casino bersepah sana-sini dan mereka tidak mempunyai masalah berkaitan duit kot. hihi

******************************
  
THE VENETIAN

INFO : 
Venetian ialah casino termewah di Macau, bangunan dan infrastruktur yang unik 

Wajib pergi tengok
  • toilet yang cantik dan canggih.
  • replika langit biru,  tu sebab ia bukan langit sebenar tapi itu cermin yang menyerupai awan di langit
  • Shopping souvenir the Venetian. Murah!!!
Direction from City of Dream
exit City of Dream, ada traffict light dan cross jalan.  terus sampai. Mudah :)

Kalo tengok interior kat dalam bangunan ni kira memang terbaekk lah! Penuh dengan kemewahan dan simbol kekayaan. Sempat masuk kat kawasan kasino dorang. Tapi takleh amek gambar la pulak. Just lalu tengok orang sedang leka berjudi. Pengalaman itu sangat beerti :P
inilah replika langit biru,jangan tertipu itu cermin yang menyerupai awan di langit. Kreatif sungguh mereka kan?

Direction pulang ke Hong Kong (China Ferry Terminal)
1. Naik bas di depan The Venetian. Pastikan naik bas tertulis Macau Ferry Terminal
2. Sampai sahaja di Macau Ferry Terminal, masuk entrance ke terminal
3. Selepas masuk entrance ada escalator, jangan naik escalator tu dulu..bergerak ke bahagian kanan terdapat kaunter tiket dan beli tiket ke Kowloon (area Tsim Tsa Shui)
4. Naik escalator untuk ke balai berlepas dan seperti biasa perjalanan dalam 1 jam akan sampai ke China Ferry Terminal
5. Exit di China Hong Kong City Shopping Mall


TIPS PENTING DAY TRIP KE MACAU
  • Ulat / Agent perlancongan Macau - Dah keluar kat arrival hall tu, ada ramai gak macam agent-agent yang menawarkan pakej-pakej. Tapi minta maaf tak dapat nak bantu korang berapa hargapakej yang mereka tawarkan sebab nanie memang geleng kepala je dan terus jalan. haha. 
  • Free shuttle bus - Tak perlu risau, kerajaan Macau telah menyediakan perkhidmatan FREE SERVICE atau di kenali 'Free Shuttle Bus' ke semua destinasi. Ini kerana mereka menggalakkan orang untuk datang melabur dan menghabiskan duit di Macau kot. Casino oooii.. 
  • Currency HK boleh guna ke tak di Macau? Jawapan: YA! matawang HK memang laku di Macau sebab beza currency rate dorang lebih kurang sama (plus minus). Dorang memang accept HK Dollar. So, tak payah gigih duk cari money changer untuk tukar kepada MOP. Sepanjang kat Macau, kami just guna HK dollar untuk barang
  • Makanan Halal - nanie sarankan bawa makanan siap2 dari HongKong. Jimat. Lagi pun tak pasti ada tak makanan halal ke tak?
  • Ubat / Minyak Angin - ini kena bawa bagi sesiapa yang cepat mual2 atau mabuk laut. hihi
Hello Macao.  Posing itu wajib sebagai tanda kenangan

p/s Nanie menghabiskan masa berjalan di celah-celah bagunan dan shopping mall yang besar di Macau.. Orang kata jauh berjalan luas pandangan, Macau memang berbeza dengan Kota Raya yang pernah nanie jejaki
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, February 2, 2015

#TRAVEL2015 HONG KONG - BUDGET DAN ITINERARY

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.


Awal2 lagi nanie nak minta maaf kalau nanie update entry lambat. Nanie update bila ada masa di samping untuk ingatan diri sendiri dan untuk rujukan kawan-kawan yang merancang nak bercuti ke Hong Kong. Nanie harap nanie dah tulis sedetails mungkin, tapi kalau rasa ada yang tak cukup, boleh tinggalkan komen ya. 

**********************

HONG KONG - ITINERARY

For Free and Easy Travel styleitinerary is a must!!! Rancang siap2 masa di Malaysia. Jangan pulak dah sampai hotel di Hong Kong, baru nak plan hari ni nak ke mana, esok nak ke mana. For our trip, memang dah siap2 buat itinerary, print dalam bentuk booklet lagi. 

So, dalam blog ini, nanie akan share bagaimana nak ke tempat menarik di Hong Kong beserta tips berguna.

Ini hanya 1 page summary, nanie buat itinerary yang day 1 until day 4.
Kalau nak, just drop email to nanie_nakata@yahoo.com

Tips untuk buat itinerary perjalanan:

1. Check weather forecast di Hong Kong untuk plan tempat mana nak pergi dulu. Macam nanie plan pergi Macau pada hari ke dua, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Untuk kemudahan, boleh install  weather dalam android korang.



2. Check operating hours for all the place yang korang nak pergi. Digalakkan untuk pergi seawal time tempat tu buka.. baru boleh enjoy sepuas2nya..
3. Transport - macam nanie ada cerita dalam entry MTR (Mass Transit Railway), kalau boleh korang belajar dulu map dia. At least takdelah korang tersesat atau terpinga2 nak naik MTR, nak exit mana. 
4. Waktu solat Hong Kong. Bagi yang muslim, ke mana pun kita pergi, solat jangan ditinggalkan. Google je waktu solat di Hong Kong dan masukkan dlm itinerary korang. Kiblat di hotel boleh cek kat smart phone yang ada aplikasi Kiblat. Untuk Hong Kong, arah kiblat 285 degree.

Korang boleh download dari  Islamic Finder

Nak buat itinerary ni, memang kena rajin baca blog2 orang yg pernah melancong ke Hong Kong atau tanya kwn2 yang pernah ke sana untuk tambah maklumat2 dlm itinerary.

********************************

HONG KONG - BUDGET

Kalau dah ada itinerary, senang kita nak estimate cost yg nak keluar kat sana. Untuk ke Hong Kong ni, MAIN COST adalah Hotel  dan HotelJadi, nanie nak tunjuk macam mana nanie plan percutian budget ke Hong Kong.

Hotel 
Untuk hotel, memang awal-awal nanie bagitahu. Hotel kat Hong Kong memang mahal. So nanie ada bagi tips penting tentang bagaimana nak membuat pilihan hotel dalam entry hotel sebelum ni. korang boleh check previous entry :) 

Flight Ticket We are so lucky because AirAsia was doing promo ticket to Hong Kong at that time. Alhamdulillah.

TIPS MEMBUAT PERCUTIAN BUDGET


  • Buat satu excel untuk tracking setiap perbelanjaan atau estimate spending untuk tahu berapa yang perlu di bawa.
  • Survey tempat-tempat menarik yang kalau boleh entrance fee 'free of charge'. Tapi kat Hong Kong, kebanyakannya perlu dibayar :( Jadi untuk itu, check entrance fees untuk themed park atau tempat menarik lain yang korang nak pergi. Korang pun boleh estimate berapa duit nak bawak nanti
  • Pastikan bawa bekalan makanan dibawa secukupnya. Macam nanie masatu, nanie hanya makan 2 kali je kat luar. Sebab nak rasa gak macam suasana dan rasa makanan di Hong Kong.
  • Souvenir - kedai yang paling murah untuk beli keychain / fridge magnet di The Peak, harga lebih murah dari Ladies Market.
So, inilah budget planner untuk nanie. Lebih kurang 2 bulan nanie nak siapkan survey dan google untuk dapatkan yang terbaik 



Budget ini termasuk flight ke Hong Kong + ferry ke Macau + hotel + shopping + entrance Fee + pengangkutan + makanan 

Opssss Kalau ada yang rasa mahal, korang boleh try adjust bahagian hotel dan flight. Ini hanyalah sebagai panduan korang nak merancang sahaja. Budget dan itinerery ni simple je kan, korang boleh buat sendiri. Nanie 90% follow sebab tak nak buang masa. 

Next update : Nanie akan sambung cerita day by day pulak nanti ye. kalau nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan komen. 

Day 4 - Avenue of Star

*tekan link untuk mengetahui lebih lanjut cerita day by day. 

thanks for reading ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, January 23, 2015

TIPS MERANCANG PERCUTIAN BUDGET KE HONG KONG DAN MACAU TANPA AGENT..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Maaf dah lama nanie tak update, sebab mood #travel2015 masih berbaki. haha


Ok, jomlah nanie share apa yang nanie rasa berguna untuk panduan bersama. Bagi pendapat nanie, memang senang untuk berjalan sendiri di Hong Kong (tanpa agent) Ini kerana 
  • signboard lengkap, banyak dan sangat membantu. 
  • komunikasi mudah sebab boleh bercakap english 
  • Pengangkutan awamnya mudah difahami. 
Memang nanie jadi yakin untuk berjalan sendiri selepas mengutip pengalaman itu di Hong Kong. 


*******************

Jadi dengan itu, dapatlah nanie kongsikan TIPS-TIPS PENTING UNTUK BUAT PERCUTIAN BUDGET KE HONG KONG DAN MACAU

1. Passport dan tidak perlu Visa
Pergi ke Hongkong dan Macau tak perlu visa, hanya passport sahaja.  Pastikan passport tak expired dalam masa 6 bulan. Jadi apa yang perlu korang buat letak siap2 passport dalam travel bag untuk elakkan daripada tertinggal pada hari nak bertolak. Pack your bag, bring your passport and go!!!

2. Study pasal Hong Kong dan Macau
Nak travel ni mesti lah nak tahu tempat yang kt nak pergi kan. Kalau korang pergi dgn travel agent, korang takper risau sebab semua dah tersedia di depan mata. Macam trip nanie, nanie tak guna travel agent. Jadi penting untuk penuhkan ilmu di dada. haha

Ok, jangan pening2 kepala... sila tengok map di bawah.

Hong Kong ada 4 main area yang dipisahkan oleh lautan.

i) Lantau Island - Airport, Disneyland, Citygate Outlets, Ngong Ping 360 Village.
ii) Kowloon - Avenue of Stars, Symphony of Lights, Ladies Market, restoran Halal
iii) Hong Kong Island - The Peak, Madame Taussad, Sky Terrace, Ocean Park, 
iv) New Territories - no comment, nanie tak pergi. 



Ini antara sumber infomasi / website mengenai trip ke HongKong & Macau







3. Beli Ticket Flight
For our trip, we decided to go to Hong Kong early January 2015, and fly on 9 Jan 2015. Sangat pantas keputusan itu! Memang rezeki kami, kebetulan Air Asia buat promotion price only RM600 return ticket to Hong Kong with 30 kg luggage and include meals. Awesome!!!! 


Makan nasi lemak Pak Naser yang sedap :)

4. Online Booking Hotel
Harga hotel sangat mahal di Hong Kong. Average untuk budget hotel yg kat Hong Kong dalam RM200++ per night. Ada juga feedback dari blog, bilik kecil dan ruang untuk solat sangat sempit. Oleh sebab faktor keselamatan, we decided to stay in a proper hotel (bukan bertaraf 4-5 bintang pun, tapi cukuplah hotel ada their own building and lift). 

 Sangat selesa, selamat dan recommended.
BP International House.
5. Booking Entrance Ticket Dari Malaysia
Ticket masuk ke Disneyland, memang awal-awal dah beli. Tujuan kita beli awal2 ticket sebab nak mengurangkan jumlah cash yang di bawa dan jimat masa beratur. Dia siap bagi map Hong Kong map, MTR map, dan Disneyland link,. Without charge! 

Kat mana yang murah, nanti nanie reveal di entry Disneyland dan The Peak nanti. serious memang murah.







6. Tukar Duit ke Hong Kong Dollar.
Korang dinasihatkan untuk siap2 menukar mata wang Hong Kong Dollar di Malaysia. FYI, kat Hong Kong memang ada banyak Money Changer untuk tukar duit RM tapi kat Macau memang tak terima duit RM. 

Untuk kemudahan shopping, ini currency converter yang nanie bawa sebagai rujukan. kalau sesiapa yang nak, email me nanie_nakata@yahoo.com . Nanie boleh send pada korang. free of charge. hihi




7. Activate Credit Card/ ATM Card untuk Penggunaan di Hong Kong.
Ni kiranya kes standby atau emergency. Manalah tahu ada pembelian luar kawal ke kat Hong Kong, atau ada emergency kes yang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Masa ni lah kad2 ini amat diperlukan.

TIPS - Just call your bank, and they will ask how long is your stay. Mereka akan aktifkan pada berapa lama kita di luar negara. No charge pun dikenakan untuk activation ni.

8. Kasut yang Selesa.
Melancong tak perlu lah nak bawa kasut bertumit tinggi. Nanti penat je lebih. Just pakai sport shoes atau flat shoes. Di Hong Kong, kena banyak jalan, tak kan korang nak duduk hotel je sebab sakit kaki. hihi


9. Ubat-ubatan yang Penting.
Nanie bawa panadol actifast, pelekat panadol untuk sakit pinggang, ubat cirit birit, tiger balm, dan Vaseline. Walaupun korang rasa tak perlu, tapi percayalah pasti korang akan guna nanti. 

10. Makanan Malaysia.
Sebenarnya tak susah pun nak makan kat Hong Kong. Banyak restoran arab/ pakistan yang halal di sana. Nanie kan amalkan percutian budget, jadi memang nanie angkut 1 luggage penuh dengan makanan seperti Brahim Nasi Beriani, Nasi Lemak,maggi, Nescafe 3 in 1, biskut, keropok, kacang dan coklat. 

Perkara Penting Bila sampai Airport

Octopus Card

Kalau sampai je airport, terus pergi beli octopus card yang seperti kad Touch N Go. Octopus Card ni boleh access semua public transport termasuk MTR, bas dan beli barang di 7 eleven. 

TIPS -  Octopus card ni nanti korang boleh claim balance and deposit balik. Pergi kat MTR kat airport, kata nak refund. Simple :)

Transport


Dari airport nak ke Hotel kitorang makan masa dalam 1 jam  sebab bandar memang jauh dari airport. Ada banyak choice nak ke bandar samada naik Airport Express, atau naik teksi. Untuk percutian budget, Nanie naik bas A21 ke bandar untuk jimat duit dan dalam masa sama boleh tengok pemandangan Hong Kong.



Travel SimCard



Kalau sampai je airport, jangan lupa beli travel simcard, nama kedai 1010. Banner kedai warna kuning. kedai tu jual Plan internet dia untuk seminggu. Kalau nak upload gambar live from Hong Kong pun senang. hihi




****************************************

Itulah sedikit sebanyak persediaan yang korang kena buat sebelum bercuti secara budget ke Hong Kong secara Free and Easy. Terima kasih untuk perkongsian blogger-blogger lain tentang info percutian mereka di Hong Kong. Ianya benar-benar dapat membantu nanie. 





Lepas ni, I will update detailed perjalanan nanie di Hong Kong.
TUNGGGUUU!!!

update : itinerary dan budget di HongKong tekan di SINI

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails