SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Friday, March 16, 2018

KONGSI ILMU 'TRAVEL' SEDEKAH TERBAIK..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie minta maaf dengan kelewatan update blog. Buat masa ni, nanie sangat sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga kan blog kesayangan nanie semakin berhabuk. Ya Allah, rindu padamu hanya tuhan je tahu.

Tapi sesibuk macam mana pun, EMAIL DAN KOMEN BLOG dari pembaca tetap nanie layan seperti biasa. Sebab bila kita ikhlas beri ilmu travel pada orang, insyaallah ada 'saham' kita di akhirat kelak.

Ilmu ini pelik sikit. Bukan macam harta. 

Kalau harta, katakan kita ada RM 1 dan kawan kita tak ada duit. Kemudian kita bagi duit kita RM 1 tu kat kawan kita. Jadi sekarang kawan kita ada RM 1 tapi kita takde duit. Tapi tu kalau harta atau duit. 

Kalau ilmu pula, katakan kita ada 1 ilmu dan kawan kita takde ilmu tu. Kita ajarkan kat dia ilmu yang kita ada. Jadi sekarang, kita ada 1 ilmu dan kawan kita pun ada 1 ilmu. Adakah kita akan rugi?

Setiap hari ada je reply email masuk bertanyakan itinerary. Alhamdulillah
Walaupun jarang update blog, komen masuk tanpa di duga. Alhamdulillah
******************************************

KESIMPULAN
Bila kita ajar orang lain apa yang kita ada, percayalah yang kita sebenarnya bukan mengurangkan ilmu yang kita ada tetapi menambahkan ilmu yang kita ada. Jadi mulai sekarang jangan kita kedekut ilmu, sebarkanlah ilmu yang kita ada walaupun sedikit.

Terima kasih sudi singgah blog picisan nanie. Alhamdulillah
DALAM NEGARA 


LUAR NEGARA

(Tips Travel ke Bali)
(Itinerary Mudah ke Japan)
(Tips Jimat dan Itinerary ke Vietnam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, February 15, 2016

#TRAVEL2016 PENANG - MISI JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA KELUARGA


Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Misi travel untuk keluarga nanie memang agak berlainan sikit. Kali ini nanie sekeluarga buat idea baru iaitu MISI JALAN-JALAN CARI MAKAN. Saja isi masa Chinese New Year (Feb 2016) lapang dengan aktiviti konvoi 


Seperti yang kita tahu Penang = food heaven. setuju? Ada ke orang cakap penang pasal shopping ? tak kot. Nanie rasa, kat bandar besar kat Malaysia ni, Penang salah satunya dimana-mana ada gerai makanan. 

**********************************

Jom nanie share tempat menarik yang sempat nanie cover sepanjang 2 hari di Penang.


1. NASI KANDAR LINE CLEAR
Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. 
REVIEW : Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' . Nak lagi 'kaw' cuba pekena Kari Kepala Ikan dia.. fuhhh memang sedap.
Kami dah habis makan pun orang dok beratuk panjang lagi. Sampai keluar kedai. 
Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur telah dibuka di Kg Baru. Mana tahu hajat nak ke Penang tak sampai, boleh lah terjah ke Kg Baru je.
2. NASI KANDAR BERATUR
Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama, korang pasti dapat mengaggak kenapa namanya beratur. Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Nah alamat lengkap “Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300'
REVIEW : Menu cadangan ialah Nasi Kandar, Ayam Goreng, sayur campur, kuah campur. Sebab ayam goreng dia memang besar dan banyak isi. Ayam dia  
3. HAMEED PATA MEE SOTONG 

Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba ! 

Nama restoran Hameed ‘Pata’ Mee Sotong. Korang boleh waze GPS:  N05° 20′ 14.6” E100° 18′ 37.6″. Alamatnya ialah di No 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown 
REVIEW : Sedap makan panas2. Memang rempahnya manis dan tak kedekut sotong. Kalau nak planning datang cuba makan di sini, elakkan datang pada Hari Ahad sebab kedai ni tutup. Kedai ini beroperasi pukul 11:30am – 8:00pm
4. PASEMBOR MENARI ANJUNG GURNEY 

Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Gerai 9 - Famous Pasembor Gurney. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Roja Roja” dan menari mengikut alunan muzik.


Tang makanan yang tersusun tu, memang nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan 


REVIEW : Sedap dan kena pandai pilih menunya, sebab ada yang sampai berpuluh-puluh ringgit. Makan kongsi2 lagi nikmat tak terkata.

5. PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL


Nanie google, dan banyak sungguh review pasal cendol Teo Chew di Penang Road. Kat Penang, sememangnya banyak je gerai cendol if kita jalan along Penang Road tu. Tapi tentulah nak terjah yang glemer. Suasana kat lorong tu memang tak dapat digambarkan. Super ramai orang! Apa yang nanie perasan, kebanyakan pelanggan berdiri ramai-ramai sambil hirup cendol. 


Review Bagi nanie, ni cendol yang PERFECT rasa nya. Cendol, kacang merah, gula merah, santan dan shaved ice . SEDAP! Manis dia, rasa santan dia, dan cendol hijau tuh pun nanie suka. Macam terasa perisa pandan yang agak ringan dan saiznya pun mudah untuk dikunyah dan dihadam. Sejuk menyegarkan.



KESIMPULAN

Tamatlah sudah pengembaraan makan-makan kitorang kat Penang. Ternyata Penang is food heaven, no doubt. and of course ada banyak tempat lagi kitorang tak pergi dan banyak lagi makanan tak dirasa. Insyaallah nak teruskan misi menjejaki kedai makan sedap di seluruh Malaysia. haha
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails