Mengikut ceritanya Zed Zaidi, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April ini. Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.
Zed Zaidi menyatakan yang mereka bermula sebagai rakan Facebook. Menurut Zed Zaidi, bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.
Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi ) & Natalia Mustafa Kamal
“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya. Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujar Zed Zaidi terhadap bakal isterinya.
Sebelum itu jom kita tengok gambar Kad perkahwinan Zed Zaidi yang menyerupai Laman Sosial Facebook!..
Google punya pun ada dear
ReplyDeleteunik betul.. mesti ramai yang akan tiru ni.. ha3
ReplyDeletewahh comelnya kad kahwin tuuu!
ReplyDelete@norhayati - yeke ade kat google.. hehe xpasan la.. wink2..
ReplyDelete@wahida - confirm sgt2 ade yg tiru nanti.. sebab org kt mmg suka kad2 yg laen dr yg laen.. unik katanya..
ReplyDelete@nanadd - sgt cute, comey n georgeous.. tgk pon da suka, blom ade dpn mata lg.. klu ade, ntah2 siap wat frame.. hehe
ReplyDeletenati kalu daa nak kawin, saya nk buat kad kawin versi blog plak.. eheheeee..
ReplyDelete@miszy dian - wah mmg sumber inspirasi ni.. mmg meletop nnt. jgn lupe jmpot kwn2 blogger nnt tmasuk nanie. ahaks..
ReplyDeleteucapan tahniah kami dari kad-kadkahwin.com. dan terima kasih kepada blogger dan atas komen2 diatas. :)
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/kadkadkahwinpage