SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Saturday, June 28, 2014

APA KAITAN DEMAM DENGGI DAN SUP KETAM?


assalamualaikum.. salam sejahtera.

Kalau minggu lepas, hari ni masa ini, nanie dekat hospital register my sister masuk hospital. sebab apa? Sebab Doktor suspek demam denggi :(

jadi, nanie disebabkan virus denggi ni da meningkat, nanie rasa nak berkongsi FAKTA tentang DEMAM DENGGI..

Demam denggi merupakan sejenis penyakit disebabkan oleh  jangkitan virus ( Genus Flavvirus) yang disebarkan oleh nyamuk Aedes.

Jika anak or family or kawan uolss disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa lah mereka segera ke hospital/klinik jika:

SIMPTOM
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.



PENCEGAHAN
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air.



KETAM – PENAWAR DEMAM DENGGI ?


Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. 

Kenapa ketam?

Ketam  - mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. 



KESIMPULANNYA

  • Demam denggi merupakan penyakit yang boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja..
  • Penyakit demam denggi berdarah merupakan demam yang paling berbahaya.
  • Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka nanie berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Sedapnya sup ketam.. Mmng tkut bila dijangkiti demam denggi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. memang sup ketam mmg sdap. kena rajin masak la nnt. hihi

      Delete
  2. Sedapnya sup ketam.. Mmng tkut bila dijangkiti demam denggi ni...

    ReplyDelete
  3. I am really inspired along with your writing abilities and also
    with the structure in your blog. Is this a paid topic or did you modify it yourself?
    Anyway keep up the nice high quality writing, it's uncommon to see a great weblog like this one today..


    Feel free to surf to my web-site :: Pillow Humping

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails