SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, February 17, 2015

#TRAVEL2015 - BIG BUDHHA (NGONG PING 360)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Nanie nak sambung cerita Day 3 iaitu dari Disneyland ke Big Buddha untuk #travel2015 ke Hong Kong.



Next destination ialah Big Buddha, Ngong Ping 360. Untuk ke sana, ada banyak cara. Salah satunya ialah dengan menaiki kereta kabel. Nanie pasti ia mesti satu pengalaman yang paling menarik kerana kereta kabel ini akan membawa korang merentasi 5,7 kilometer panjang. 

Ropeway bi-kabel ini adalah yang terpanjang di Asia dan menghubungkan ke Ngong Ping di Pulau Lantau lebih kurang 30 minit. Harga di kaunter lebih kurang HKD165 hingga ke HKD255.

TAPI...

TAPI..

TAPI..

Disebabkan nanie adalah percutian budget, nanie telah mengambil cabaran untuk ke puncak dengan menaiki bas. Harga lebih kurang HKD27 sahaja. Korang boleh guna Octopus Card je. Jimat bukan?



Direction to Big Buddha by bus
1. Dari Disneyland, naik MTR Tung Chung Station Exit B, 
2. Naik bas New Lantao Bus 23 dari bandar Tung Chung Town Centre, masa perjalanan lebih kurang 45 minit. 

3. Dah sampai, korang kena jalan kaki lebih kurang 8 minit dan perlu menaiki tangga untuk ke puncak.

*****************************

Jom layan gambar. 

Ini sebagai tanda memori nanie dah jejak ke bumi Hong Kong.




TAHUKAH ANDA?


Patung Buddha mengadap ke Tanah Besar China. Ia terletak 26.4 meter di atas takhta bunga teratai setinggi 34 meter, termasuk tapaknya. Patung itu bernilai HK$60 juta.








MENCARI PENGALAMAN BARU


Apabila tiba di puncak patung Big Buddha di Lantau, korang dapat melihat pemandangan pulau yang indah. 

Menaiki 268 anak tangga untuk melihat patung ini lebih dekat dan nikmati pemandangan ciptaan Ilahi di Hong Kong.
Patung ini dikelilingi oleh enam gangsa patung kecil yang dikenali sebagai "menawarkan enam Devas" yang tunduk di hadapan Big Buddha. Patung memegang persembahan-persembahan yang rohani mewakili amal, meditasi, moral, kesabaran, kebijaksanaan dan semangat.



all entry related to Hong Kong, click HERE
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. nak balik balik ke hotel dr big buddha ni pun kirenye naik bus no yg sama ke MRT Tung Chung station tu eh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Balqis, naik bas sama, make sure tengok jadual masa bas ye.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails