Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Nanie nak ambil kesempatan nak ucapkan SELAMAT BERPUASA. Nanie nak minta maaf kalau ada salah silap jika ada terguris kata, terkasar bahasa atau ada blog ini buat korang tak senang hati.
Hari ini nanie nak share tentang Kadar Zakat Fitrah untuk setiap individu seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2015 bersamaan 1436 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih sahih sila rujuk dengan Majlis Agama Islam di setiap negeri. |
******************************
WAKTU BAYARAN ZAKAT FITRAH
- Waktu harus – Bermula dari awal bulan ramadhan hingga akhir bulan ramadhan.
- Waktu afdal – Selepas sembahyang subuh pada hari akhir ramadhan sehingga sebelum sembahyang sunat hari raya aidilfitri.
- Waktu wajib – Selepas terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan>
- Waktu haram – Selepas terbenam matahari pada hari raya aidilfitri
- Waktu makruh – Selepas sembahyang sunat aidilfitri sehingga sebelum terbenamnya matahari pada hari tersebut.
PERHATIAN
Jika selesai bayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa, pastikan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH RUKUN ISLAM UNTUK SEMUA
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..