Assalamualikum.. selamat sejahtera.
Remember my previous entry tentang kerjaya nanie even nanie satu-satunya perempuan dalam department, ini tak membataskan nanie dan kawan-kawan berinteraksi. FYI, bulan lepas kami ada buat team bonding ke One Utama. Macam lawak je kan team bonding kat shopping mall tapi percayalah, banyak aktiviti yg dpt kami lakukan bersama2.
*************************
FAKTA TENTANG TEAM BUILDING / TEAM BONDING
FYI, ada 5 aktivitI terbaik Team-Building. David W. Ballard, head of APA’s Psychologically Healthy Workplace Program, menceritakan aktiviti team building yang boleh dilakukan melalui
- Volunteering.
- Aktiviti fizikal
- Piknik bersama.
- Seminar dan workshop
- Makan bersama secara rutin
Jadi apa yang kami praktikkan dalam team bonding kami kali ini adalah aktiviti fizikal dan makan bersama. Entry ringkas ini maybe boleh bagi idea pada korang untuk lakukan aktiviti bersama kawan pejabat. Best tau :)
Kami main bowling sama2. Harga RM2.50 satu game kat U-Bowl One Utama. Kami main 3 games dari 10 pagi sampai ke 12petang. Harga tak sampai RM10 seorang. |
Lepas berpeluh2 main bowling, kami terus pergi makan buffet lunch sambil bergosip di Seoul Garden. Alhamdulillah semua gembira dan kekenyangan. |
Lepas main bowling dan makan, kami berexercise lagi, Kitorang main yang softball kat upper roof top iaitu di Batting Cage . Murah je RM15. 1 token boleh belasah 15 biji bola. |
*********************
KESIMPULAN
Program Team Bonding seperti ini perlu dilakukan bagi menjayakan kerja berpasukan yang mampu meningkatkan kualiti sesebuah organisasi / syarikat. Nanie gembira dan yakin dgn team bonding ini dapat mengeratkan silaturahim dan berkongsi pengalaman bersama
p/s next plan ialah berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan. Walaupun majority dari kawan-kawan nanie bukan Islam. Jom baca entry buka puasa Ramadhan pada awal kerjaya nanie di SINI
kalau buat team bonding mmg best, tp ofis nida buat setaun sekali je, sini 1 set game rm3,main 3 game je selalunya..
ReplyDeleteOHH nanie pun department initiate sendiri. sendiri bayar sendiri enjoy. hehe
DeleteAktiviti mcm nie bagus utk rapatkan hubungan.. Tapi mana gambar nanie??:)
ReplyDeletekak farah, kalau akak perasan ada terselit kat tempat makan seoul garden tu. segan laaa :)
Delete