SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, April 24, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - TIPS MERANCANG PERCUTIAN KE TOKYO, JEPUN

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Baru je nanie pulang dari Jepun last week. Hari ni weekend, macam biasa busy basuh baju, kemas barang, sort out balik semua omiyage (souvenir). So, sementara ingatan pasal Jepun ni masih segar di kepala, nanie ada beberapa tips dan juga nasihat untuk orang yang nak travel ke Jepun ni. Hihi


TIPS-TIPS PENTING UNTUK BUAT PERCUTIAN BUDGET KE JEPUN
1. Study pasal Jepun

Nak travel ni mesti lah nak tahu tempat yang kita nak pergi kan. At least korang kena tahu basic tentang Jepun, iaitu musim. Seperti di ketahui ramai Negara Jepun mempunyai 4 musim ya adik-adik iaitu Musim Sejuk (Winter), Panas (Summer), Bunga (Spring) dan Luruh (Autumn).

FAKTA BUKAN AUTA
  • Jepun cepat 1 jam daripada waktu Malaysia.
  • Bahasa yg digunakan ialah bahasa Jepun & tidak semua local tahu berbahasa english. Tapi jangan risau signboard mostly ada dalam english.
  • Public transport sangat canggih dan mudah difahami. tapi awal2 tu biasanya confirm confuse. (tips naik subway - entry INI)
  • Bandar tokyo memang sangat bersih. tong sampah pun susah mau cari. Sebab kalau ada sampah,orang jepun biasanya simpan dalam beg atau poket untuk buang di rumah.



2. Passport dan tidak perlu Visa
Pergi ke Jepun tak perlu visa, hanya passport sahaja.  Untuk elakkan tertinggal atau terlupa bawa bila sampai di airport, apa kata korang letak siap2 passport dalam travel bag. Bila sampai masa travel, pack your bag, bring your passport and go!!!

TIPS : Pastikan
  • Passport tamat tempoh sebelum 6 bulan dari expired date
  • print resit pembayaran flight, sebab ada nombor booking.
  • print out tiket pergi dan balik untuk kegunaan check in di kaunter nanti.

3. Airport ke Tokyo
Untuk ke Tokyo terdapat 2 pilihan lapangan terbang, Haneda International Airport adalah lapangan terbang yang lama atau yang baru iaitu Narita International Airport.

TIPS : Haneda lebih dekat dengan Tokyo manakala Narita walaupun dengan menaiki keretapi terpantas tetap mengambil masa 40 minit untuk sampai ke Ueno, Tokyo

4. Imigresen Jepun Strict
Apabila korang masuk airport dan bertemu dengan pihak imigresen, korang akan bertemu dengan pekerja Jepun yang sangat garang. Borang arrival to Jepunflight attendance bagi dalam flight tu. Tolong standby pen untuk isi borang.

TIPS : Pastikan isi borang dalam flight dan lengkapkan SEMUA tempat kosong. Kalau ada yang tak isi, pihak imegresen akan di suruh isi kat situ jugak. Pastikan alamat hotel betul dan sila tanya flight attendance kalau tak faham. Jangan dok terpinga-pinga kat imegresen nanti. 
5.  Makanan Halal di Jepun 
Untuk makanan pula,  nanie cuba kurangkan kos dengan cara membawa stock makanan dari Malaysia. Tak dapat dinafikan kerana exchange rate yang tidak menyebelahi Ringgit, harga makanan di kedai / restoran halal seperti Pakistani atau Indon boleh mencecah lebih RM50 untuk setiap meal. Tapi taklah bermakna nanie hari-hari belasah maggi mee dan sardin saja, ada kalanya nanie makan di restoran juga. 

Nanie share entry khas berkaitan makanan halal yang nanie cuba di Jepun CLICK DI SINI


6. Universal Adapter
Yang ni korang kena bawak kalau korang pegi bercuti oversea. Power voltage di Jepun lain dari Malaysia, jadi perlu la bawak adaptor ye. Boleh dapat kat kedai eletrik atau Mr DIY. Siapa yang jenis selalu pergi oversea biasanya dah beli universal adapter. 

TIPS : Setiap sorang bawak satu adapter. Nak lagi best, bawalah extension plug sebab boleh kongsi nanti sebab smart phone sekarang kan  selalu habis bateri. hehe




7. Tukar Duit ke Japanese Yen.
Korang dinasihatkan untuk siap2 menukar mata wang Japanese Yen di Malaysia. Untuk kemudahan shopping, ini currency converter yang nanie bawa sebagai rujukan. 

Kalau sesiapa yang nak, email me nanie_nakata@yahoo.com . Nanie boleh send pada korang. free of charge. hihi




8. Activate Credit Card/ ATM Card untuk Penggunaan di Jepun.
Ni kiranya kes standby atau emergency. Manalah tahu ada pembelian luar kawal ke kat Jepun, atau ada emergency kes yang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Masa ni lah kad2 ini amat diperlukan.

TIPS - Just call your bank, and they will ask how long is your stay. Mereka akan aktifkan pada berapa lama kita di luar negara. No charge pun dikenakan untuk pengaktifan.


9. Application phone yang berguna
Nanie install application  untuk membantu berkomunikasi dan mencari makanan halal di Jepun. Berguna jugalah Application ni.  Namun, application ni perlu ada internet. Kalau boleh, sebelum korang travel tak kisahlah kemana2 je negara, korang boleh download apllication ini dan boleh jadikan sebagai panduan.


10. Pakaian yang bersesuaian mengikut musim
Yang ni ikut ketahanan badan korang dengan kesejukan. Macam nanie pergi masatu, memang tak expect suhu mencecah 8 darjah celcius, selamat nanie standby 2 jacket. Syukur Alhamdulillah

Tips : Biasanya untuk suhu sampai 10 celcius, wajib ada thermal wear/ long johns, sweater wool, jaket kat luar dan selapis baju biasa. Sarung tangan, muffler dan beanie hat pun sangat recommended. 

application Go Weather untuk suhu. Kebaikannya, kita boleh plan pakaian untuk di pakai keesokan harinya
11. Kasut yang selesa
High Heel, maafkan.. lupakanlahhhhh.. kalau korang tak nak merana separuh jalan tapi kalau dare to die pakai ajer lah. InsyaAllah, confirm di pertengahan jalan korang akan beli / tukar kasut lepas tu. Di Jepun, kena banyak jalan, tak kan korang nak duduk hotel je sebab sakit kaki. 

Nanie pakai sport shoes / sneakers jer senang nak bergerak, berlari dan yang paling utama "mengejar" train. kihkih

12. Ubat-ubatan yang Penting.
Nanie bawa Panadol Actifast, pelekat Salonpas untuk sakit pinggang dan sakit kaki, ubat cirit birit, tiger balm, ubat klinik (demam, selesema, batuk). Walaupun korang rasa tak perlu, tapi percayalah pasti korang akan guna nanti. 

TIPS : Sesiapa yang datang ke negara yang bersuhu sejuk, sila pastikan sentiasa ada lip balm dan lotion moisturizer dalam beg, sebab akan kulit akan kering dan bibir akan mengelupas. Nanie guna jenama Himalaya. 

 ********************************************

Bercuti atau melancong tidak semestinya memerlukan budget yang besar. Kita boleh rancang dalam jangka masa panjang, kumpul duit untuk buat simpanan dan  semoga kita dapat bercuti dengan tenang. 


TIPS : Tetapkan nawaitu dan tujuan kita nak melancong untuk melihat tempat orang, merasai suasana negara lain atau melihat keindahan alam semula jadi, Insyaallah Allah permudahkan.

Next entry, nanie akan share kenapa nanie pilih musim bunga sebagai pilihan ke negara Jepun

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

18 comments:

  1. Wee...dah sampai Nihon. Huhuhu..tak tau pun Nanie nak dtg..akak ingat aritu Nanie ada cakap nak dtg cuma lupa pulak bila tarikh nya. Tak sabar nak baca next entry. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nanyfadly, alhamdulillah kak, sy da berjaya sampai ke Jepun. lupa nk contact akak. hehe

      Delete
  2. Baru tau nak ke tokyo tu ada 2 airport, at least akak baca sini boleh tambah ilmu...memang detail review adik, byk membantu sgt2...terbaik dik, gud luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. info nanie sampai ke akak. sharing is caring.

      Delete
  3. Thankz a lot.. 😘😘😘

    ReplyDelete
  4. terima kasih nanie share tips ni ..kalau ada rezeki ke jepun lg sis JM follow eh tpis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je JM. Sharing is caring. smoga berguna di masa depan.

      Delete
  5. Best nyerrr sis! Doakan sy semoga dipermudahkan.. saya nak pegi bulan 10 ni musim atumn heeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah semoga Allah permudahkan perjalanan. Ameen

      Delete
  6. Salam. Terima kasih atas perkongsian dan info yang berguna.

    ReplyDelete
  7. Awak...susah x bwak beg troli tu?? Sbb pnh baca yg train kat jepun tu bertangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak payah, sebab naik tangga turn tangga. kalau nak bawak, jgn terlalu besar dan berat

      Delete
  8. Kalau bawa mini rice cooker dr. Malaysia tak ada masalah ke masak. Voltan di japan tak sam dgn malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama voltan. their electricity is 100V with different plug and socket. happy travel :)

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails