SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, May 5, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - TIPS BAGAIMANA NAK FAHAM SUBWAY TRAIN (PENGANGKUTAN) DI JEPUN

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Alhamdulillah, previous entry nanie ada share ITINERARY KE JEPUN
 CLICK HERE


Kali ini nanie nak share entry berkaitan pengangkutan kat Tokyo. Sepanjang 8 hari di Tokyo, 6 hari nanie meneroka bumi Tokyo dengan naik train. hehe

**************************


PENGANGKUTAN DI TOKYO

Sistem pengangkutan di Jepun sangat sistematik dan bersepadu. Kita boleh ke semua tourist attractions dengan mudah menggunakan train. Secara jujurnya, nanie mula faham tentang subway ni, bila hari terakhir, sebab waktu tu baru ada Free & Easy activity. Waktu tu barulah terhegeh2 nak kasi faham. Tapi takdelah susah sangat, lebih kurang maca kat Hong Kong (entry ini)


FYI, sistem pengangkutan di Tokyo mempunyai jaringan yang sangat luas tapi nanie cuma nak fokus pada subway. Untuk subway sahaja ada banyak jenis. . Ini contohnya jenis subway (line)
  • Metro (9 Line)
  • Toei (4 Line)
  • JR Line (countless)
  • JR Yamanote Line (Loop Line yang mengelilingi bandar Tokyo)
  • private line
  • etc 



******************************

TIPS BAGAIMANA NAK FAHAM TOKYO TRAIN / SUBWAY 


1) Pastikan peta train ada di tangan


Macam mana nak dapatkan train map?
Korang pergi je kat mana2 subway train, ambil di kat kaunter atau tanya la dengan pegawai yang bertugas dan beritahu korang nak train map .

Nanie ada simpan SUBWAY TOKYO map , kalau siapa2 nak send email to nanie_nakata@yahoo.com

2) Pastikan sentiasa alert NAMA LINE dan NAMA STATION
Maklumat nama station, nama line dan arahan untuk bertukar line pada station berikutnya, akan sentiasa diumumkan dalam perjalanan 
(Announcement yang sudah berprogram - ada 2 bahasa Japanese dan English). 


3) Pastikan alert dengan NOMBOR atau NAMA EXIT
Kalau salah exit, memang mencari nahas la jawabnya. Maklumat exit pun merata disediakan di stesyen.  Selalunya, setiap bangunan/lokasi di Jepun akan bagitau cara akses dengan train, which line dan which exit to use. 

Paling menarik, akan ada terpapar skrin digital dalam train. Jadi kena selalu dengar dan lihat sekeliling dalam train untuk exit.


4) BANYAK BERTANYA dengan staff atau warga tempatan
Kebanyakan staff di stesyen train dan orang Jepun ni mungkin tidak fasih cakap English. Kalau korang rasa tak tahu nak tanya macam mana, korang boleh tulis atau tunjuk peta map tu. 

Ada satu kali tu, nanie nak tanya macam mana nak keluar, nanie siap tunjuk tangan dan kadang2 rasa macam menari. But the most improtant thing, even dorang tak faham, mereka akan sedaya upaya membantu explain kat kita sekiranya kita dalam kekeliruan


5) Jika boleh, pastikan sentiasa ada INTERNET di Tokyo

Jangan risau, kalau korang tak jumpa train map atau tak faham macam mana nak baca map. Korang boleh guna internet. Boleh guna website Hyperdia dan Google Map untuk dapatkan masa train berlepas, tempoh perjalanan dengan menggunakan train dan laluan mana yang paling murah dan tidak perlu banyak tukar station ke sesuatu destinasi. Senang hidup.


Nah nanie belanja gambar suasana di train ^_^
.
.
.
.
.
.







****************************

KESIMPULAN

  • Walau bagaimanapun sibuk dan padat Tokyo ini dengan manusia, terutamanya di train station satu yang nanie respect dengan orang dorang ni, sebab dorang akan fokus dgn kehidupan masing-masing especially dengan smartphone mereka. hehe
  • Bila naik eskalator, tolong berdiri sebelah kiri. Sebab belah kanan untuk yang nak cepat. Apa yang nanie nampak, cara orang Jepun jalan kaki SUPER LAJU tak kira tua atau muda. Apa ubat dorang makan pun tak tahu lah. 
  • Jangan MALU BERTANYA kalau sesat tak tahu nak exit mana, nak turun station mana. 
SESAK - kalau naik train di waktu pagi, macamni la keadaannya. Tapi sempat je ambil gambar. haha
P/S Next entry, nanie  share cerita Sakura di Euno Park dan Hard Rock Cafe di Tokyo. 

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

12 comments:

  1. Aaa...kalau peak hour memang ramai sangat orang kan?. Orang kat sini memang sihat-sihat..yang bongkok 3 pun masih mampu berjalan naik turun train and bus. Bab dietary Japanese memang no.1. Derang suka minum ocha,air kosong, sup miso, ikan-ikan..tulah agaknya sihat bertenaga sepanjang masa. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Memang la kak. Tak tahu la aunty yg mcm nenek jalan lg laju dr kita semua. Rasa segan pulak. Haha

      Delete
  2. Replies
    1. wsalam.. insyaallah nanie dah share ye. hihi

      Delete
  3. tren di tokyo sgt efisyen..on time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszaaaaaaa.. rasa selamat naik SUBWAY TOKYO. cepat selamat dan effective

      Delete
  4. sis nak tanya kalau pakai pasmo/suica dalam tu masih ade duit boleh dapat refund tak balance dalam kad tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, yes bole refund. when you return a card, Suica goes to Suica stations and Pasmo goes to Pasmo Stations. all the best

      Delete
  5. boleh tanya, nanie pergi ngan pakej backpackers mana? bgtau kat emel lah klu nak rahsia.. hehe.. so dat org lain x terkena macam nanie.. yg tak bgtau awal2 hidden charges..

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails