SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, July 15, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - PEMANDANGAN INDAH DI LAKE KAWAGUCHIKO DAN MOUNT FUJI..

Assalamualailkum. selamat sejahtera..

Nanie nak share lagi entry ke Jepun untuk trip 2016. Masih ada entry yang berbaki. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk nanie share ilmu dan pengalaman yg ada sepanjang nanie ke Jepun. Sharing is caring :)


Kali ini nanie nak share berkaitan Lake Kawaguchiko dan Mount Fuji.

********************************

MOUNT FUJI

FAKTA BUKAN AUTA

Nak cerita serba sedikit tentang Gunung Fuji (Mount Fuji)
  • Gunung Fuji ni merupakan gunung yang tertinggi di Jepun. 
  • Gunung Fuji ni adalah gunung berapi yang masih aktif. Last sekali gunung ni meletus pada kurun ke 18. 
  • Gunung Fuji dengan ketinggian 3776.24 meter ni, kite boleh nampak dari bandaraya Tokyo
  • Gunung Fuji boleh di daki tapi ketika musim panas sahaja. Puncak gunung Fuji tu bersalji all year round. 

CARA NAK MELIHAT PEMANDANGAN MOUNT FUJI DARI DEKAT

Macam trip nanie, nanie menggunakan kereta persendirian. Kami bergerak menuju ke kaki Mt. Fuji melalui jalan Fuji Subaru Line. Ada banyak lagi jalan lain untuk ke puncak Mt. Fuji. Tapi selalunya bas / kereta untuk tourists akan melalui jalan ni. Lepas melalui tol, bas bergerak naik bukit menuju ke puncak. 

Hampir 20 minit mendaki bukit, akhirnya kami tiba di Osawa View Point iaitu di 4th Station. Kalau nak ikutkan view terbaik adalah di 5th station, tapi jalan untuk naik ke 5th Station ditutup dengan pagar. Alahai kecewa sangat. but its OK, ini rezeki yang Allah dah tetapkan utk kami.

Alhamdulillah berjaya sampai. Posing sebelah kereta yang kami naik
Dingin sejuk dan menggigil. Selamat ada jaket penyelamat..
Masing-masing kemain posing di Osawa View Point. Kalau tengok dari dlm gambar mcm jauh je, tapi sebenar sangat dekat. 

Masing-masing dah standby nak melompat riang.. 
Yeayyyyyyy.. akhirnya.lompatan bak kanak2 riang berjaya. Alhamdulillah terima kasih Allah memberi kami melihat Gunung Fuji.. 

Informasi :

Fuji Visitor Center

Fuji Subaru Line 5th Station

*******************************

LAKE KAWAGUCHIKO

  • Gunung Fuji ini terletak di perbatasan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo
  • Gunung ini dikelilingi oleh lima tasik : KawaguchiYamanakaSaiMotosu dan Shoji
  • Menurut hasil pembacaan, katanya pemandangan paling menarik untuk melihat gunung Fuji itu di Lake Kawaguchi.

CARA NAK KE LAKE KAWAGUCHI

Ada 3 cara nak ke Lake Kawaguchi daripada Tokyo sama ada menaiki 
  • Kereta -  mudah tapi memerlukan lesen kereta antarabangsa RM150 untuk memandu di luar negara. Nanie menggunakan kereta persendirian sebab mengikut trip.
  • Keretapi - leceh sedikit menaiki keretapi kita terpaksa menukar beberapa keretapi. Dari Shinjuku JR Station ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ikebukuro ke Tokyo Station [18 minit]. Dari Tokyo Station ambil Shinkansen Bullet  ke Shin-Fuji Station [1 jam 51 minit]
  • Bas bas akan terus sampai ke stesen kawaguchi dan tiket bas boleh dibeli secara online di http://highway-buses.jp/fuji/ .Tempoh perjalanan adalah hampir 2 jam dari stesen Shinjuku, Tokyo

 View dari dalam kereta. Yang bestnya sepanjang perjalanan ke sana nanie dapat menikmati pemandangan gunung Fuji with such clear view!   
Perkampungan yang da disepanjang perjalanan ke sini

Alhamdulillah, cuaca cerah dan berawan, rezeki Allah dapat melihat Fuji di depan mata.

Tips datang ke Lake Kawaguchiko, seboleh2nya datanglah awal pagi hari sekitar pukul 8 adalah waktu terbaik untuk mengabadikan diri korang dengan latar belakang gunung Fuji.   

Lake Kawaguchiko terletak di tengah-tengah kawasan Kawaguchiko. Sememangnya luas dan bersih dikelilingi dengan bunga sakura.
Lihatlah dunia. Pengalaman berharga dapat tengok view mount fuji sangat jelas dari Lake Kawaguchiko. 
Kesimpulan

Cuaca cantik dan dingin ketika trip kami sememangnya adalah rezeki kami. Bayang Mount Fuji nampak dengan jelas. 

p/s Jika korang yang pernah ke sini tak berjaya seperti Mount Fuji ditutupi awan sepenuhnya. itu memang bukan rezeki dan nasib tak menyebelahi korang. Redha dengan rezeki yang dah ditentukan tau. Mana tahu ada rezeki boleh pergi lagi. huhu


Sayonara Fuji San..

Moga ada jodoh untuk kita bertemu lagi.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. Cuaca sangat memainkan peranan kalau nak tengok mount fuji kan? Berjaya akhirnya Nanie melihat Mount Fuji. Omedetouuuu!!! hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Cuaca danrezeki allah. Semoga dpt jejak kaki lg di jepun

    ReplyDelete
  3. betul tu x semua org dapat tgk mt fuji tau..tp nasib nanie n kawan2 sgt baik kerana mt fuji tersergam indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah waktu dpt tgk tu, rasa SUBHANALLAH. kagum ciptaan Allah.

      Delete
  4. Mount Fuji tu... Aduhai... Belum nak terjah.... Mampu peluk fuji film jek... ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah fuji film pun bole la. janji adik beradik FUJI. hihi

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails