SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, September 29, 2011

UJIAN HIV

Assalamualaikum - khas utk B2B ye..


Update tentang checklist nanie.. Alhamdulillah, ujian HIV sudah berjaya untuk nanie & encik tunang.. Keputusan tentulah negative (-ve).. Nanie buat dekat Klinik Kesihatan Shah Alam. Perasaan terlalu nervous sebabnya orang cakap kalau tak lepas ni, memang tak boleh nak kahwin.. hehe.. Lagi pun, nanie agak kureng bab suntik menyuntik ni, tapi just nak bagitahu B2B yg belum buat HIV, silalah bersedia fizikal & mental ya.. ngeee~

Di dalam entry ni, nanie ade sediakan beberapa tips / jawapan yg membelenggu B2B yg masih tercari2 maklumat tentang ujian HIV ini..

*******************************

INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV

1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Malaysia.

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri masing-masing dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik. (selalunya RM1 je)

*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan.

*********************************


DI MANA BOLEH MENJALANI UJIAN HIV

Klinik2 kesihatan untuk HIV Test , boleh la refer kat link bawah ni, just tekan link di bawah ni ye kawan2, nanti dpt no# telefon klinik~




*******************************

SILA PASTIKAN ELAKKAN DARI AKTIVITI YG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN POSITIVE (+ve)

- Seks bebas

- Suntikan jarum yg tidak terkawal.


*********************************

MASA UJIAN HIV




- Bergantung kepada waktu operasi klinik masing2, selalunya pukul 2 hingga 4 petang sahaja.

- Mengambil masa lebih kurang 30 minit - 1 jam (termasuk suntikan & menunggu keputusan)

- Hanya VALID untuk 6 bulan sebelum tarikh pernikahan / perkahwinan.

*******************************

p/s Semoga info di atas dapat membantu B2B, jika ada masalah atau pertanyaan, just drop komen ya.. Opsss, Nanie gurau je, pasal prepare emosi dan fizikal kat atas tu taw.. B2B just prepare masa, tenaga, & duit RM1..

Jangan lupa, sila pastikan korang booking dulu ye, jangan sampai kena reject, buat penat je dtg kan? Booking tu make sure bagi nama penuh & IC pasangan sekali. Mudah utk proses booking nanti.. wink2..

Orang cakap, setiap ape yg kita lakukan mesti ada perancangan yg rapi utk mengelakkan masa terbuang begitu sahaja.. Happy preps korangsss.. ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, September 23, 2011

UJIAN ALLAH ITU INDAH..


Duhai diri..

Mengapa kau mengeluh tika diturunkan ujian kepadamu??

Mengapa kau menyalahkan takdir kerana ujian yang menimpamu??

Mengapa kau menyalahkan itu dan ini??

Mengapa kau menuding jari mencari punca??

Tidakkah kau tahu mereka juga turut ditimpakan ujian???

Tidakkah kau sedar Allah menyayangimu??merindui rayuanmu??merindui tangisan manjamu meminta dan memohon kepadaNya??

**************************************

APA YG PERLU KAMU LAKUKAN..

Jika masih kecewa & sedih..



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya

Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Bersangka baiklah kepada Allah.. Sesungguhnya hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaIk utkmu :)

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, September 13, 2011

SINGAPORE - AIDILFITRI 2011 - PART 2

Latest update

hoyeaaaahhh.. part paling best nak share @ Singapore.. continue dari Part 1

SYAWAL 5

Jalan2 Cuci Mata.. Subhanaallah, kagum dengan keindahan bangunan mereka, walau bagaimanapun Malaysia tetap di hati.. hehe




Lokasi perlancongan Singapore yg sempat dijelajah :
- Orchard Road - syurga membeli belah, sediakan SGD jer.
- Esplanade, Theatres by the Bay - World largest outdoor pool pd ketinggian 55 tingkat. tengok dari jauh je..
- Merlion Park - ada tugu berbentuk singa yg menjadi kebanggaan & lambang Singapore



jadi, da alang2 sampai ke sana, apa lagi, posing2 di sana.. Memang ramai sangat pelancong dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan warga tempatan Singapore pun ada..


One Fullerton..


Bergaya dengan stroller hasil shopping di Orchard Road.. I love this photo..

Kak noi pun nak bergaya dgn stroller.. Baby Danish 'hilang', selamat barang shopping tak hilang.. hehe


ngeee.. another photo that I loved.. Nampak benar muka excited di situ.. even bertahun2 da balik Singapore, ni la masa utk berjalan2 semula.. Sebelum ni dok shopping memanjang, tak pernah melawat pun tempat2 best ni.. Oh indahnya kenangan tatkala ini.. Oh Merlion Park.



Lihat Merlion hanya di tangan kakak nanie je.. Ilusi gambar semata2.. hahaha

Selepas penat meredah kotaraya Singapore, sempatlah snap photo mesra my cousin, Kak Mar & si cilik Ir Danish.. Mereka la menemani kami bershopping & bersiar2 di Kota Singa..

Terima kasih yaaa~ next time kita gegar Sentosa Island pula.. wink2



******************************************
JALAN2 SHOPPING @ SINGAPORE

eh eh lupa nak selitkan gambar shopping di Orchard Road pulak.. Dari tadi asyik nampak barang shopping atas stroller je.. Tapi maaflah tak banyak sgt gambarnya.. sebab terlalu excited bershopping..



Favourite shop : Charles & Keith

Ekslusif kedai dia kan? Beg tangan dan kasut amat mempesonakan mata.. 2beg tgn + 2 kasut + 1 purse kasi sebat.. Sangat cantik dan harga berpatutan... cer tengok cer tengok..


Kalau ade blogger yg berminat nak tengok koleksi,korang ley terjah kedai terus - click sini

Jom ramai2 terjah lokasi Charles & Keith di Malaysia.. * click gambar utk tumbesaran*



********************************************

HASILNYAAAAA...


Amek kauuu.. 1 hari punya shopping..

Charles & Keith, forever 21, Mango, perfume original, souvenier Singapore & etc



Ni sehari sebelum nak balik, kelam kabut nak kemas barang.. haha tapi ape apepun cool je, kt sumbat je mana yg ada ruang.. haha




2 troli utk 3 orang. Hebat tak? Balik macam sebulan. Sedangkan balik x sampai seminggu pun..
P/s Ini gambar curik .. Tak tahu pun x boleh amek gambar :(
.


Al kisah untuk Syawal 5 da tamat, jadi Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang tempat2 menarik Singapore - click this website.. Nanti roger2 la nanie ye bila da pergi.. bole share experience bersama..



to be continue utk jalan2 cari makan @ Singapore.. tungguu~


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

PAKAI CINCIN & POTONG KUKU IKUT SYARIAT ISLAM


KHUTBAH JUMAAT DI BLOG NANIE ^_^


Sekarang ni ramai yang pakai cincin, potong kuku. Tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut..Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yg panjang.. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.. potonglah kuku anda.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
********************************
KEBENARAN POTONG KUKU :


Jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku?


Kanan ke kiri?

Jari manis dulu ke, kelingking ke?

Cuba tengok nombor dalam gambar dibawah :




Ini ada petikan al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لاأصل له ،وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لايتخيل فيه ذلك . نعم ،البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku..

Sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W suka memulakan sesuatu dgn sebelah kanan."


*********************************


PERHATIAN CARA PAKAI CINCIN..


Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)



dan JANGAN memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.





p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam..

Kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.

kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw, senang je kita dapat pahala.


SHARE JIKA ANDA INFO INI BERGUNA UNTUK SAHAM AKHIRAT.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

SINGAPORE - AIDILFITRI 2011 PART 1

As salam.. selamat sejahtera..

maaf lambat update tentang Syawal.. Nanie saja nak buat entry tentang raya di Malaysia & Singapore berasingan Sebabnya, tahun ni la last nanie beraya bersama keluarga sebagai status SINGLE, nanie nak abadikan kenangan terindah dlm blog ni.. Yela, bila da meningkat usia, dapatlah nanie baca semula apa memori yang da nanie catatkan.. hehe


******************************************

SYAWAL KE 3

Meh nanie ceritakan perjalanan nanie ke Singapore.. Sejam sebelum nanie nak pergi Singapore, nanie ada buat entry untuk my follower - this entry..

Perjalanan ke Singapore mengambil masa lebih kurang 6-8jam. Tapi kalau naik KTM la.. Setiap rakyat Malaysia yang nak masuk Singapore perlu ada Passport & borang kebenaran Imegresen Singapore.



Ini gambar dalam KTM, tengok mak nanie, cian dia.. next time no more duduk.. Just nak baring atas katil je.. Lagi sempoi & selesa.. Sebab ktorang pilih tempat duduk, kononnya nak tengok suasana siang di Hari Raya.. tapi hampehh, sakit pinggang..


Selepas sampai di Singapore.. Tersenyum riang di Woodlands~ Pulang ke rumah cousin dan berehat, zzzzzzz




*******************************************

SYAWAL KE-4


Beraya di Singapore, 6-7 rumah sehari.. perut kenyang suka hati.. lalala

snap2 di rumah cousin..


bersama Ir Danish yg comey~ dia agak kureng manja + malu..

Cantik kan rumah cousin nanie.. sangat teruja..


p/s akan update jalan2 di Singapore.. sesi shopping utk brg2 hantaran & keperluan diri~ tunggguuuuuu~

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, September 7, 2011

MALAYSIA - AIDILFITRI 2011

continued from this entry

Latest update ..

SYAWAL - AIDILFITRI 2011

*
*
*
*
*
*
snap2 photo di Kampung Baru (kampong bapak)

kakak pertama (kak yanie)- garang tapi hati baek..
bagi nasihat di pagi raya yg membuat nanie sebak.. xley nak share, nanti banjir keyboard ni.. huhu :(


kakak ke-2 (kak tinie) yg cumel~
sgt sporting & syiok kalau share bab hati & perasaan..


kakak ke-3 (kak noi) yg cun & meletopsss
sgt suke kecomelan dia.. satu2nya kakak yg berbadan kecil..


inilah KAMI adik beradik (click link 'adik beradik' utk taw lebih lanjut tentang mereka).. memang pakai baju raya tak sama colour.. disebabkan semua da bekeluarga, jadi masing2 follow warna keluarga..

Kak yanie - merah jambu
Kak tinie - biru laut
Kak noi - purple hitam
nanie - kuning
(tahun terakhir pakai sama colour dgn parents)

gambar bersama anak buah, 2 dari 5 anak buah.. dorang ni manja & noty sgt2.. tapi merekalah (siapa mereka cer click) buat rumah kami bingit & gumbira..



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar bersama mak tersayang.. i heart u la mak yg vogue~ kuning diraja.
2 link 'mak' tu adalah ucapan khas utk Pn Hjh Rokiah Ahmad.

P/S Maaf di atas kekurangan kualiti gambar.. sangat kecewa dgn HP sendiri.. tunggu kak yanie bagi CD, baru ley upload.. tapi xdela sampai 50 - 100 upload photo.. lebih kurang belas2 pun da memadai.. simple is the best :)

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

PELANGI SELEPAS HUJAN..

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

...............................................................................

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

...................................................................................

Jawabnya senang -

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Adakala dalam hidup, kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup itu bukan saja untuk ketawa. Tetapi prcayalah, sesuatu yg hilang itu pasti digantikan dgn yg terbaik, hAnya bersabar menantinya..insyaAllah.

p/s Terima kasih Ya Allah. Biarlah ada orang mencemburui kebahagiaanku, namun aku tetap berdoa, berusaha & tawakal atas 'pelangi' yg kau hadiahkan.. Aku hanya serahkan segalanya padaMU.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails