SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

MELAKA : KENANGAN PERCUTIAN KELUARGA DI HOLIDAY POOL VILLA DI A'FAMOSA RESORT

Assalamualaikum. Selamat sejahtera..
Maaf atas kelewatan update blog. Masa terlalu pack, sehinggakan tak de masa nak singgah blog sendiri. kali ini Percutian Bajet yang nanie nak kongsikan tempat percutian di Melaka yang menarik, unik dan cukup istimewa untuk korang luangkan masa bersama keluarga tersayang

Family Gathering atau juga dikenali sebagai Family Day menjadi aktiviti pilihan setiap kali cuti panjang atau cuti sekolah. Macam keluarga nanie, biasanya nanie dan kakak sulung yang rajin dan bersemangat merancang  aktiviti bagi memastikan hari keluarga ini berjalan dengan jayanya. Bukan susah pun sebab sekarang semua info di hujung jari je, dah siap plan terus send details dalam group Whatsapp keluarga. huhu

ITINERARY KE MELAKA 

Pergi Melaka pun ada itinerary. Planning kena ada. Tak nak main redah je sebab bawa mak nanie berkerusi roda.

Siapa yg berminat nak jalan2 cari makan di Melaka boleh la drop email or comment entry ini. nanie_nakata@yahoo.com
**********************

TEMPAT PENGINAPAN


Alhamdulillah, ini cerita last year, tapi ramai sangat yang PM nanie dan whatsapp tanya pasal bungalow with private pool ni, nanie pon curik masa untuk update blog.  Nanie akan share apa yg menarik dan ada di Melaka.
HOLIDAY POOL VILLA, A'FAMOSA, RESORT MELAKA
HARGA (Nanie pilih Abel for Muslim)

KENAPA PERLU BERCUTI DI SINI?
  • Selesa dan cantik - kita akan tidur di sebuah banglo mewah di A’Famosa Resort Melaka, siap ada ‘private swimming pool’ untuk setiap unit. 
  • Pool Villa ini berkonsepkan ‘homestay’ untuk penginapan sementara. 
  • Kemudahan ada macam2. Unit banglo satu tingkat ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz sederhana. Parkir kereta khas juga disediakan untuk setiap unit. Alat penghawa dingin, TV Flat Skrin, dapur memasak, peti sejuk dsb turut disediakan.


private pool and bbq

Family day kali ini adalah kami mandi di kolam renang tanpa bercampur dengan penghuni lain. Ya la kan, kalau stay di hotel, kolam mandi tu kan kita mandi sama2, nanti nak jaga aurat lagi. Jadi agak terbatas kalau nak pakai seksi2. hehe


Setiap kali Family Day family nanie kalau pergi villa  adalah BBQ. Sebenarnya, bukan sebab nak makan sangat kan. Yang besti berbBQ ini adalah semasa nak menyalakan bara api dan juga semasa membakar. Panas ke, asap ke, hangit ke tak, dah tak peduli, janji makan siap dibakar dan sedia untuk dimakan.



*************************************

WAJIB SINGGAH KALAU DI MELAKA
MISI JALAN2 CARI MAKAN & LOCAL TOURIST

  • Coconut Shake 
  • Kuih Keria Limbongan
  • Kuih Nyonya - Baba Charlie
  • Kuih Udang
  • Asam Pedas
  • Freeport Afomaso Outlet Premium (FREE)
  • Submarine Museum (RM3 per entrance)
  • Medan Ikan Bakar Muar Sungai Duyung
Holiday Pool Villa ini terletak di Simpang Ampat, berdekatan dengan Free A’Famosa Outlet Mall.

Alhamdulillah rezeki Allah. Rasanya ini adalah tempat ikan bakar yg tersedap yg pernah rasa di Melaka. Menu wajib cuba ✅kupang sambal ✅ikan masak stim ✅ikan masak tiga rasa ✅ lala masak halia ✅ikan pari bakar 

********************************
KESIMPULAN
Aktiviti Family Gathering dapat merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara ahli keluarga. Semoga ikatan silaturrahim ini terus berpanjangan dan dirahmati olehNya.



 Last trip ke Port Dickson - Uncle Dan's private villa (baca entry ini)

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, July 24, 2017

RAYA AIDILFITRI 2017 - BIRU WARNA PILIHAN KELUARGA #TEAMRAYAKL

Assalamualaikum..selamat sejahtera.

Hari ini nak update gambar raya. Even rasa macam dah terlambat nak letak gambar raya, tapi #rayakansebulan. hehe 

Tahun ini, kami dapat lagi berkumpul bersama di #Villa45 di pagi raya. Rasa bersyukur sangat bila dapat mengeratkan silaturahim. 

Tapi dalam kegembiraan, ada juga rasa kesedihan bila arwah bapak tiada disisi dan juga seorang anak buah sedang sambung belajar di Brisbane, Australia. 

Gambar raya tahun 2016 #temapurple


Gambar raya tahun 2015 DISINI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Untuk 2017, keluarga nanie memilih #temabiru 

cantik tak cantik tak? Kain kami beli di Vietnam

geng solo in the house.  hahaha


p/s Tahun ni ada penambahan ahli keluarga baru. Alhamdulillah. Kakak nanie kahwinn oiii.. Tinggallah berdua dengan mak di rumah. Insyaallah maybe nanie mengikut jejak langkah dia. Maybe NEXT YEAR? hahaha
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, January 3, 2017

#TRAVEL VIETNAM - 13 TIPS MUDAH NAK BERCUTI KE HO CHI MINH (PERCUTIAN KELUARGA)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Selamat Datang ke 2017..
Alhamdulillah.. 

Baru je nanie pulang dari Vietnam last two week (24 Dec hingga 27 Dec) So, sementara ingatan pasal Vietnam ni masih segar di kepala, nanie ada beberapa tips dan juga nasihat untuk orang yang nak travel ke Vietnam ni. Hihi


TIPS-TIPS PENTING UNTUK BUAT PERCUTIAN BUDGET KE VIETNAM
1. Flight ticket dan Passport
Pergi ke Vietnam tak perlu visa, hanya passport sahaja.  Untuk elakkan tertinggal atau terlupa bawa bila sampai di airport, apa kata korang letak siap2 passport dalam travel bag. Bila sampai masa travel, pack your bag, bring your passport and go!!!

TIPS : Pastikan
  • Passport tamat tempoh sebelum 6 bulan dari expired date
  • print resit pembayaran flight, sebab ada nombor booking.
  • print out tiket pergi dan balik untuk kegunaan check in di kaunter nanti.
  • Airport Ho Chi Minh tak ada surau. Jadi pastikan sebelum depart, solat jamak siap-siap. 
Nanie pergi ke Vietnam naik MAS - Malaysia Airline sebab ada luggage 30kg per person.
2.Transport ke Hotel / Pasar Ben Thant

INFO
Bila tiba di  airport :

Ada 2 pilihan untuk pergi ke pasar Ben Thanh:
Taxi: Vina Sun Taxi , tolong ambil Taxi Vina Sun only. Sebab ini best Taxi Di Vietnam.
Bas:  Naik bas Airport ke City Center.  Bas ini sangat cantik dan besih macam Bas di KL atau Singapore. 20.000 Dong seorang termasuk luggage (RM 4) untuk pergi Ben Thanh market , driver dan Pembantu Bas boleh cakap speaking English.







3. Imigresen Vietnam Strict / Muka Ketat
Apabila korang masuk airport dan bertemu dengan pihak imigresen, korang akan bertemu dengan pegawai yang macam nak makan orang. 

TIPS : 
Pergi - Pastikan korang tahu nama hotel dan alamat hotel. Sebab mana tahu korang kena tanya dengan pegawai. Takdelah korang terpinga-pinga kat imegresen nanti. 
Balik - Bila nak balik, korang akan di minta buka kasut. Jadi jangan terkejut pula, memang pelik tapi benar. 
4. Hotel

Kalau korang nak jalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, sewa bilik hotel di area dekat dengan makanan halal. Sebab senang kalau nak breakfast,lunch dan dinner. Just turun bawah hotel, banyak restaurant makanan halal. Ada restoran hajjah bashiroh, Restoran Al-Amin, Restoran Usman, Restoran Aysah.

Tips : Sila booking bilik hotel di Malaysian Street. Contoh, Blessing 1 Hotel , Hotel Saigon Pink 2, sila print siap-siap nama hotel dan berikan pada semua family jika ada kecemasan, hanya boleh tunjuk je kertas tu.

5. Perlu ke tour guide?

Tour guide perlu  jika korang pergi ramai / dalam family. Macam nanie, segalanya diuruskan oleh tour guide dari A TO Z, takde keluar satu sen pun pun memandangkan mak nanie berkerusi roda. Sememangnya nanie puji tour guide ini, susah nak dapat yg boleh jaga kebajikan orang berusia dan makan minum memang terjaga. 

6. Restoran Halal.


Sebenarnya, kat Vietnam ni, banyak jer halal food. So, korang takyah susah hati yer. Kalau kedai ada sign halal tu korang masuklah. Tapi korang kena bersiap sedia dengan HARGA makanan di sini. MAHAL sangat. Bayangkan roti canai dan teh tarik bersamaan harga RM22. Mahal ke tak?

Jadi kalau rasa macam tak larat nak makan mahal macam tu, better bawa lah makanan maggi ke, sup Kimball ke, roti ke, minuman 3 in 1 ke, jimatlah duit korang.

Macam nanie, fully sponsored termasuk dalam harga pakej. Sampai tak sempat lapar, asyik makan dan minum je sepanjang masa. hahaha


kalau datang Vietnam, sila cuba Pho Ayam atau Pho Daging. Yang penting HALAL ^_^

7.  Kopi Vietnam

Jangan lah lupa nak mencuba Kopi Vietnam , Ya Allah macam ketagih dibuatnya pagi petang siang malam asyik beli je. Harga pun tak mahal, RM3 je secawan. Pekat, manis, sedap dan berbaloi2. 


Kalau datang Vietnam, sila cuba Vietnam Coffee. Cuba cari penjual ini sebab dia murah dengan senyuman dan pemurah. Setiap hari nanie beli, sampai 5 cawan dia kasi FREE. Semoga murah rezeki


8. Universal Adapter

Yang ni korang kena bawak kalau korang pegi bercuti oversea. Power voltage di Vietnam lain dari Malaysia, jadi perlu la bawak adaptor ye. Boleh dapat kat kedai eletrik atau Mr DIY. Siapa yang jenis selalu pergi oversea biasanya dah beli universal adapter. 

TIPS : Setiap sorang bawak satu adapter. Nak lagi best, bawalah extension plug sebab boleh kongsi nanti sebab smart phone sekarang kan  selalu habis bateri. hehe





9. Ubat-ubatan yang Penting.
Nanie bawa Panadol Actifast, pelekat Salonpas untuk sakit pinggang dan sakit kaki, ubat cirit birit, tiger balm, ubat klinik (demam, selesema, batuk). Walaupun korang rasa tak perlu, tapi percayalah pasti korang akan guna nanti. 

Lagi-lagi pergi dengan family, mesti ada anak atau adik yang sakit perut, salah makan ke, cirit birit, jadi better kita sediakan awal2 dari Malaysia.


10. Tukar Duit ke Vietnam Dong / USD / RM
Korang dinasihatkan untuk siap2 menukar mata wang Vietnam Dong / USD di Malaysia. Untuk kemudahan shopping, ini currency converter yang nanie bawa sebagai rujukan. 

Kalau sesiapa yang nak, email me nanie_nakata@yahoo.com . Nanie boleh send pada korang. free of charge. hihi



11. Shopping 

Tolong tolong Tolong tawar dengan penjual. Kalau rasa tak reti tawar, korang pergilah ke Malaysian Street. FYI, kadang-kadang  area Ben Thant tu harga T-shirt atau fridge magnet sampai 2 kali ganda mahalnya. 
Contoh paling mudah : Tshirt kat Night Market jual RM8, tapi dalam Ben Thant dia cekik harga dalam RM10-RM15 sehelai. Rajinkan diri survey dulu sebelum membeli ye.

TIPS 
1) Ramai tahu berbahasa melayu, jadi jangan risau. Jangan mengata kat belakang juga takut diorang faham. Haha
2) Nanti nanie share satu kedai kain, yang nanie rasa selesa dan mudah untuk shopping berbanding dalam pasar Ben Thant yang serabut.



12. Kasut yang selesa
High Heel, maafkan.. lupakanlahhhhh.. kalau korang tak nak merana separuh jalan tapi kalau dare to die pakai ajer lah. InsyaAllah, confirm di pertengahan jalan korang akan beli / tukar kasut lepas tu. 

Nanie pakai sport shoes / sneakers jer senang nak bergerak, berlari dan yang paling utama ketika ''shopping'' kihkih

13. Activate Credit Card/ ATM Card untuk Penggunaan di Vietnam.
Ni kiranya kes standby atau emergency. Manalah tahu ada pembelian luar kawal ke kat Vietnam, atau ada emergency kes yang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Masa ni lah kad2 ini amat diperlukan.

Maybank - Credit Card Centre
For enquiries, call 1-300-88 6688 
Credit Card Centre at 03-7953 8610 (Platinum/Premier) 
Credit Card Centre at 03-7953 8600 (General/Gold & Classic).

CIMB - Credit Card Centre
For enquiries, call 1 300 885 300 (Local)Credit Card Centre at +603 2295 6888 (Overseas)

TIPS - Just call your bank, and they will ask how long is your stay. Mereka akan aktifkan pada berapa lama kita di luar negara. No charge pun dikenakan untuk pengaktifan. 

 ********************************************

Bercuti dengan keluarga dapat berkongsi kegembiraan dan cipta momemnt indah bersama. Tetapkan nawaitu dan tujuan kita nak melancong.  Insyaallah Allah permudahkan.



***************************
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 19, 2016

RESTORAN ZAM-ZAM (ARAB STREET, SINGAPORE)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.. 


Ini entry terakhir utk trip nanie ke Singapore, last 3 weeks. Ya Allah banyak tertunda laa.. hari ini nanie nak share, restoran yg WAJIB korang singgah bila sampai Di Singapore. 

Nak pergi singapore naik kereta? - baca tips  {entry ini}
Nak pergi sigapore naik bas? - baca tips {entry ini}

*Maaf ada gambar yg nanie ambil dari google sebab nanie pergi malam, jadi signboard tak berapa jelas dalam gambar*


***********************

RESTORAN ZAM-ZAM, SINGAPORE

Landmark - Sign board Arab Street *gambar google*


ini jalan berdekatan Arab Street.
Landmark - 
berhampiran Masjid Sultan




ini signboard kedai. Sebelah kedai ada money changer. Kat situ kalau korang nak tukar duit - sangatlah digalakkan. Murah!


Menu
Murtabak ada, 
Nasi Briyani ada..
Kuewtiow / Mee / Bihun Goreng ada..
Nasi Goreng ada..

Glurrppp.. syokknyee bila imbau kenangan makan ni.. Ini rupa kuewtiow goreng dia.. warna mungkin lain sikit dari Malaysia. Tapi yg pasti semua makanan dia warna merah, sebab itu la speciality di Singapore :)
Murtabak yg nanie suka sangattttttt.. nanie order Murtabak kambing, murtabak sardin dan murtabak ayam.. sedap weiiiii.. rasa meleleh da tengok gambar ni.. Slurpppp

Nak pergi? Nak rasa murtabak yg sedap? Jom la singgah Restoran Zam Zam, Singapore

(697-699 North Bridge Road
 +65 6298 6320. 
Daily 8am – 11pm.)




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, September 5, 2016

KENANGAN PERCUTIAN KELUARGA DI UNCLE DAN'S VILLA DI PORT DICKSON..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Alhamdulillah, ramai yang bertanya tentang villa yang family nanie stay bulan lepas. Kakak nanie pun request untuk nanie masukkan dalam entry blog untuk mudahkan kawan2 atau cousin yang berminat untu ke sini. 

Jadi di kesempatan ini, Nanie nak share kenangan percutian singkat kami 3D2N ke Negeri Sembilan. 

Uncle Dan's Villa
Port Dickson
6 Aug - 8 Aug 2016

Review ikhlas dari nanie
*tiada bayaran dari pihak villa*

REVIEW

Kali ini kami sekeluarga saja tukar angin, asyik bercuti kat hotel je tak pun stay Villa di Felda Sungkai (entry ini), jadi nanie saja bagi cadangan nak pergi bercuti di Port Dickson. Lepas godek2 google, nanie terus bagi cadangan pada familu untuk stay di Villa.

Kami pergi bercuti di Bungalow / villa Murah di Port Dickson yang sememangnya berhampiran KL. Tak sangka villa ni boleh dikatakan  disediakan tempat percutian yang amat menyeronokkan dan amat privasi. 

Uncle Dan ini Villa @ Port Dickson lengkap dengan segala kemudahan sesuai untuk semua dan boleh lah buat gathering keluarga dan merehatkan jauh dari hiruk di KL.

************************

HARGA  VILLA

Kami booking time 3 bulan awal, Alhamdulillah, untuk percutian kali ini, full sponsor daripada abang ipar

Harga 1 malam = RM900 

Harga 2 malam = RM1500 (termasuk breakfast untuk 2 hari)
(Discount RM300)

TIPS : Kena booking awal 2 bulan sebelum tarkih percutian. Sebab selalu FULLY BOOKED, especially weekend dan public holiday.

 Ambil mood makan tepi kolam. Tak rugi pun bayar mahal sikit untuk diluangkan masa bersama keluarga. Lagipun Takde berebut dengan siapa2 pun, aurat terjaga boleh feeling2 diva tepi pool
       ****************************

KEMUDAHAN (KELENGKAPAN)


Dilengkapi
TV- Skybox
Mesin basuh
Astro
WiFI
Dapur dengan alat
Meja Makan
2 gazebo besar
Tempat BBQ
Swimming pool
Taman yang indah
Parking (boleh muat 2 MPV, 1 Sedan)

Alhamdulillah, syok wooo dapat main air setiap pagi petang siang malam. Keluar je pintu terus pndang swimming pool. hahaha 

BILIK

4 bilik tidur dengan 4 katil saiz queen,
2 katil saiz single dan 2 katil sofa.
Master bilik tidur lengkap dengan tab mandi
3 Toilet

***********************

RECOMMENDATION

Villa ni berkemampuan menampung satu family. Luas, cantik boleh duduk sama sebab memang luas.... So tak menjadi masalah untuk tidur  di dalam bilik atau ruang tamunya amat luas.. 

Gambar kenangan bersama keluarga. Semoga ikatan kekeluargaan kami semakin utuh. Next trip ke luar negara hujung tahun ini. yeeehhaaa!!

*******************************

Nak pergi tapi tahu jalan??

.
.
.
.
.
.
.
.
.

DIRECTION KE UNCLE DANS VILLA

GPS Coordinate
2.420497,101.896262

TIPS : Landmark terletak dekat banglo Maybank, DRB -Hicom yang @ Academy dan Akademi Imigresen. Ia hanya jarak berjalan kaki ke pantai.

Waze
Search : Uncle Dan's Villa



p/s  Kalau ada sesiapa yang berminat, hubungi Facebook Uncle Dan's Villa. Inform sekali dapat informasi dari blog nanie, mana tahu boleh dapat discount. hihi



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails