SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, November 30, 2011

HIKMAH DITURUNKAN HUJAN..


Ya Allah.. Ya Allah. Ya Allah..

Setiap kali hujan turun, debaran kian terasa.. Mengapa?





Bila nanie mengadu pada keluarga, mak hanya berpesan

''Adik, Setiap kali hujan, adik berserah dan tawakal pada Ilahi..Kerana Allah merencanakan sesuatu di setiap kejadian yg berlaku. Benar orang kata, setiap yg berlaku pasti ada hikmah nya..''

Puas nanie fikir dan google mengapa orang kata ada hikmah bila Allah turunkan hujan..



Berikut adalah hikmah bila Allah uji sesuatu dengan diturunkan hujan..

1.Hujan “Hujan yang turun untuk memberikan pelangi indah kepada kita”
2.Hujan membawa keberkatan
3.Hujan mensucikan dan menguatkan
4.Hujan sebagai peringatan
5.Rezeki bagi seluruh makhluk

*************************************

LAGI SATU TIPS YANG NANIE BELAJAR DARI INTERNET - MR GOOGLE


Doa ketika hari hujan




بسم الله الرحمن الر حيم


اللهم صيبانافعا

"Ya Allah turunkanlah hujan yang berguna"

Sesungguhnya setiap kurniaan Allah swt ada hikmah dan merupakan rezeki yang diperlukan oleh manusia itu sendiri,maka jika kita keluar Allah swt mengajarkan doa perlindungan jua;

بسم الله توكلناعلي الله لاحولاولاقوة إلا بالله العلي العظيم

"Dengan nama Allah kami berserah diri ke atasMu tiada daya- upaya dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agong/Besar."

اللهم مجريهاومرساهاإناعلينالغفورالرحيم

"Ya Allah Engkau yang menggerakkan perjalanan ini Sesungguhnya atas kami memohonkan keampunan yang Maha Mengasihani"

سبحان الذي سخرلناهذا وما كنا له المقرنين وإنا إلي ربنا لمنقلبون

"Maha suci Allah yang telah mengawal semuanya ini untuk kami,pada hal sebelum ini kami tidak menguasainya.dan sesungguhnya kepada Tuhan jualah kami kembali"


Semoga dengan berdoa dengan hati yakin maka Allah swt membantu sebaik-baiknya .Amin.


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, November 26, 2011

SOLAT SUNAT NIKAH..

As salam. selamat sejahtera..

MUKADIMAH

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW dan amat digalakkan dalam Islam. Ia dituntut oleh syarak seperti sabda Rasulullah bermaksud:
"Nikah itu sunnahku, maka sesiapa yang benci kepada sunnahku maka sesungguhnya dia bukan daripada golonganku." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

SOLAT SUNAT NIKAH

-ini dilakukan sebelum/ selepas majlis akad nikah ( 2 Rakaat)

Cara untuk mengerjakannya ialah:

  • Lafaz niat -
  • Sebelum akad nikah - “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
  • Selepas akad nikah - ''Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar''
  • Rakaat pertama - Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua - Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

DOA SELEPAS AKAD NIKAH (contoh)

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Melalui pembacaan nanie, ada juga sesetengah pasangan melakulah solat sunat syukur selepas akad nikah, cara2 nya, korang boleh rujuk ini {solat sunat syukur}
(Credit - sumber google)

***************************
p/s Semoga ilmu ini dapat di kongsi dan dijadikan panduan bersama.. Insyaallah, 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

JIKA ANDA BERANI MENCINTAI, ANDA JUGA HARUS BERANI MENIKAHI



Persoalan :

JIKA ANDA BERANI MENCINTAI,

ANDA JUGA HARUS BERANI MENIKAHI???
.
.
.

Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!

Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk
- memelihara kesucian diri,
- hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya,
- orang-orang yang berperang di jalan Allah.



~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)~




♥ Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikn garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakkn. Mencintai seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan SYARAK...... ♥



ALLAH selalu ada untukku,

untukmu dan untuk Kita semua...

Keep Istiqamah..



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, November 23, 2011

TIPS KAD KAHWIN

As salam.. selamat sejahtera..

Nanie just nak share beberapa TIPS untuk merancang proses tempahan dan pemilihan kad kahwin. Nak tahu apa TIPS pasal kad kahwin, sila baca dengan tenang..


BAGAIMANA MERANCANG UTK TEMPAH KAD KAHWIN?

Perkara yang penting yang anda perlu sedar ialah apakah FUNGSI KAD KAHWIN iaitu Medium menjemput kawan2 dan saudara mara ke majlis perkahwinan dengan mempunyai maklumat yg tepat dan jelas seperti nama pengantin, tarikh, lokasi, & peta jalan.

****************************

BAGAIMANA MERANCANG BILANGAN KAD KAHWIN

Jemputan catering = 1000 orang
Kad kahwin = 450 - 500 kad sahaja

Kenapa kurang dari bilangan jemputan? Kerana perlu dititik beratkan kawan2 atau saudara mara membawa pasangan atau keluarga. Jadi 1 kad bersamaan dengan 2 orang. Jadi makanan dan kad kahwin biar seiring jemputannya. hehe

*************************
TEMPOH MASA & BILA PERLU MENEMPAH KAD KAHWIN



TIPS* Sebaiknya tempah kad kahwin anda 2 bulan atau sekurangya 1 bulan sebelum tarikh mula EDAR kad kahwin bukan tarikh majlis kahwin, okay?

TIPS** Anda juga perlu tahu berapa lama proses yg diambil oleh kedai tersebut utk mmbuat kad kahwin. Biasanya :

- Proses design kad kahwin pelanggan (draft) - 2 minggu brgantung kpd traffic di kedai

- Proses confirmation draft apabila pihak kedai siap buat design, - 2 minggu. Pastikan tarikh, alamat, nama dan peta anda betul selain dari check design kad kawen anda menepati citarasa @ tak.

TIPS*** Jangan berlengah-lengah, sila confirmkan draft kad anda secepat mungkin untuk mengelakkan kad dapat diedarkan pada tarikh yg dirancang. Elakkan dari mendesak pihak kdai utk menyiapkan kad anda lebih awal dr tempoh yg diberi, ini berkemungkinan anda akan dikenakan caj 'rush order' atau kualiti kad tidak seperti yg diharapkan.

- Proses cetakan bermula selepas pelanggan confirm artwork. - 2 minggu.

- Kad kahwin siap dan boleh diedarkan ^_^

*************************************


TIPS MENEMPAH KAD KAHWIN








TIPS* Sebelum dtg ke kedai kad, buat perbandingan harga dengan beberapa kedai dari sudut harga dan design. Apabila dha setuju untuk memilih kedai kad tersebut, korang perlu sediakan dgn lakaran peta, maklumat yg perlu dimasukkan dalam kad supaya masa yg diambil tidak terlalu lama semasa membuat tempahan. elakkan dari baru mahu mula melukis lakaran di kedai, menelefon keluarga ttg jmlah kad, nama siapa yang perlu dimasukkan. Urusan boleh dipermudah dan dipercepatkan jika anda bersedia lagipun anda boleh menjimatkan masa anda utk shopping @ dating. hehe

TIPS** Elakkan buat 2 jenis kad kahwin yg berbeza. ramai yg suka buat 2 jenis kad kahwin, kad biasa dan kad VVIP. Apabila anda menepah kad biasa lebih banyak & kad vip dgn kuantiti yg sedikit,kos keseluruhan tempahan akan bertambah kerana biasanya kad akan dikira berdasarkan kuantiti..

TIPS*** Elakkan juga menempah kad kahwin terlalu sedikit dan dtg kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. harga lebih tinggi jika cetak sedikit. Biar tempah lebih sedikit sebagai persediaan,

UNTUNGNYA - lebih murah, tidak bnyk kerja dan selamat.


P/S Semoga entry nanie ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi sedikit panduan kepada bakal pengantin.Sharing is caring. Caring is loving.. huggggsss~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, November 21, 2011

WORD OF THE DAY # 8 - CINTA




Stacy~

Mencintai aku dgn seadanya, Mencintai aku bukan kerana rupa

Dalam waktu sedu, Dalam waktu hiba, Ku harapkan dia rela


Imam Nawawi~

Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu,

Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu

Maksud hadith : Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Secantik mana pun rupa bukanlah ratu jika buruk tingkah laku..

Bergunung mana pun harta bukanlah kaya jika miskin budi bahasa..



p/s Dalam pandangan mata kita ada kekurangan, tetapi dalam hati ada kelebihan...

i ♥ u


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, November 20, 2011

KITA ADALAH DIRI KITA..



~Muhasabah Diri~

Kita bukannya baik untuk kata kita baik

kita bukannya pandai untuk kata orang lain bodoh

kita bukannya kaya untuk kata orang lain miskin

kita bukanlah hensem untuk kata orang lain hodoh

kita bukanlah lawa untuk kata orang lain tak cantik

kita bukanlah alim untuk kata orang lain tak solat

kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah

kita bukanlah berani untuk kata orang lain penakut


***************************

Kesimpulannya...



KITA ADALAH DIRI KITA dan kita bukanlah siapa-siapa.

Moral: Jangan suka menghina orang. Cermin diri sendiri sebelum berkata2 kerana KITA semua berbeza2..


Sumber - Akak Di Sebelah Pintu~

***********************************

p/s tarikh hari ini - 20.11.1

tentu ramai yg ambil tarikh yg cantek 20.11.2011 sebagai tarikh keramat untuk menamatkan zaman bujang mereka.. Alhamdulillah, ketentuan jodoh takdir mereka disatukan di tarikh yg penuh sejarah ini. Tok kadi mesti full dari pagi sampai malam. Selamat ada waktu rehat 12.30pm ke 2.30pm (solat jumaat).. hehe Ramai yg memilih tarikh ini kerana mudah diingati, yg dapat dikenang sepanjang hayat. Kalau pasangan yg akad nikah tarikh 20.11.11 lupa lagi, memang nak kena babap la ni tarikh anniversary korang.. huhu

ENTRY 11.11.11 - {click sini}

Selamat Pengantin Baru ye kawan2. Selamat Menempuhi alam rumah tangga.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, November 18, 2011

MERANCANG BUDGET PERKAHWINAN..

As salam. selamat sejahtera..


Ingat nak kahwin mudah & murah? Tidak sama sekali..

Jadi apa yg perlu kita lakukan adalah setiap cost dan perincian perlu dititik beratkan.. Sekecil2 RM pun, tetap kena update budget poket. So di sebabkan dulu nanie belajar FINANCE, jadi nanie apply apa ilmu yg ada untuk buat budget perkahwinan.. Tapi nanie dapat idea checklist dai google dulu, tapi nanie pecah2kan dan jadikan budget checklist versi nanie.. hehe

Nak tengok macam mana nanie rancang budget nanie?? Ada beberapa TIPS # untuk B2B :





TIPS # 1 : Sebelum nanie buat budget checklist ni, nanie akan pastikan nanie kena fikir dan kira2 apa yg nanie mampu dulu. Kiranya cost yg sanggup dibayar bayar (Estimate) VS bayaran sebenar yg dari vendor (Actual).. Kena compare samada kita follow budget ke tak..

TIPS # 2 : Buat survey samada melalui FB, website atau pameran perkahwinan seperti pelamin, catering, photographer, kad kahwin dan doorgift. Sebabnya, ini adalah penyumbang RM yg agak besar.. Dapatkan quotation dari vendor, kumpul maklumat beserta harga dengan tepat untuk rujukan di kemudian hari.

TIPS # 3 - Pilih vendor yg menepati citarasa pengantin dan mengikut budget yg ada. Berikan apa saja idea yg korang ada supaya vendor dapat ilham dari kreativiti korang dan mereka dapat merealisasikan apa yg terbuku dalam hati korang sebagai raja dan ratu sehari..

OOOPSSSS Jangan nak cantik dan grand sampai lepas kahwin menyesal di kemudian hari sebabnya duit simpanan semua da habis. hehe (nasihat diri sendiri juga ^_^)

TIPS # 4 - Pastikan sentiasa follow up dengan vendor untuk memastikan setiap RM yg dikeluarkan bebaloi dan menepati cita rasa / budget. Sebabnya ada sesetengah vendor yg suka menaikkan harga sesuka hati di saat2 akhir.

Agak2 korang faham tak? Nanie rasa cukuplah tips # di atas, sebabnya nanie hanya mengaplikasi apa yg nanie buat start dari bulan February hingga November (9bulan - 2011)

****************************************

Ini adalah hasil Nanie snap shot dari excel nanie la ye.. Kalau rasa tak nampak, sila click untuk tumbesaran gambar..

Hantaran Perkahwinan - list semua hantaran mengikut berapa dulang



ALL list termasuk catering, entertainment, doorgift, butik dan sebagainya..

Senaraikan semua vendor dan contact # mereka


List kan semua yg ada dalam pakej untuk mudah dijadikan rujukan.





Mesti ada estimate budget dan actual budget untuk semua list yg tersenarai..

Jangan lupa tengok GRAND TOTAL.. haha terkezut diri sendiri punya budget.


p/s Itu sahaja yg nanie dapat kongsikan ilmu hari ni. Simple checklist untuk merancang budget perkahwinan. Maklumlah nanie bukan anak orang berada yg sponsor itu ini.. Alhamdulillah dikurniakan keluarga yg banyak membantu pun dah bersyukur... Semoga entry ini dapat menjadi panduan untuk semua..

Jika ada yg berminat, sila emailkan ke nanie_nakata@yahoo.com.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, November 16, 2011

SAYA ADA PISAU, SAYA ADA AWAK..




Saya ada PISAU, Saya ada AWAK..

PISAU tu saya guna utk memotong..

Pernah juga terluka kerana PISAU tu..



Tapi tak kisah,tak sakit pun.. Sekarang PISAU tu dah berkarat...


saya tak buang...?????

saya tak buang sebab sayang nak buang :(


*********************************

Mcm AWAK juga !!!

saya ada AWAK,saya sayang AWAK dan selalu nak bersama AWAK...

Kadang2 terluka juga sebab AWAK...

Tapi takpe, saya masih sayang AWAK..

satu je yang tak sama.. AWAK tak berkarat..

Jadi, takda sebab saya nak buang AWAK..

Saya nak simpan AWAK sama dgn PISAU tadi...

Tapi.. PISAU saya simpan dlm laci...

AWAK ???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya simpan DALAM HATI SAYA ♥ ♥ ♥



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails