As salam. selamat sejahtera..
Ingat nak kahwin mudah & murah? Tidak sama sekali..
Jadi apa yg perlu kita lakukan adalah setiap cost dan perincian perlu dititik beratkan.. Sekecil2 RM pun, tetap kena update budget poket. So di sebabkan dulu nanie belajar FINANCE, jadi nanie apply apa ilmu yg ada untuk buat budget perkahwinan.. Tapi nanie dapat idea checklist dai google dulu, tapi nanie pecah2kan dan jadikan budget checklist versi nanie.. hehe
Nak tengok macam mana nanie rancang budget nanie?? Ada beberapa TIPS # untuk B2B :
TIPS # 1 : Sebelum nanie buat budget checklist ni, nanie akan pastikan nanie kena fikir dan kira2 apa yg nanie mampu dulu. Kiranya cost yg sanggup dibayar bayar (Estimate) VS bayaran sebenar yg dari vendor (Actual).. Kena compare samada kita follow budget ke tak..
TIPS # 2 : Buat survey samada melalui FB, website atau pameran perkahwinan seperti pelamin, catering, photographer, kad kahwin dan doorgift. Sebabnya, ini adalah penyumbang RM yg agak besar.. Dapatkan quotation dari vendor, kumpul maklumat beserta harga dengan tepat untuk rujukan di kemudian hari.
TIPS # 3 - Pilih vendor yg menepati citarasa pengantin dan mengikut budget yg ada. Berikan apa saja idea yg korang ada supaya vendor dapat ilham dari kreativiti korang dan mereka dapat merealisasikan apa yg terbuku dalam hati korang sebagai raja dan ratu sehari..
OOOPSSSS Jangan nak cantik dan grand sampai lepas kahwin menyesal di kemudian hari sebabnya duit simpanan semua da habis. hehe (nasihat diri sendiri juga ^_^)
TIPS # 4 - Pastikan sentiasa follow up dengan vendor untuk memastikan setiap RM yg dikeluarkan bebaloi dan menepati cita rasa / budget. Sebabnya ada sesetengah vendor yg suka menaikkan harga sesuka hati di saat2 akhir.
Agak2 korang faham tak? Nanie rasa cukuplah tips # di atas, sebabnya nanie hanya mengaplikasi apa yg nanie buat start dari bulan February hingga November (9bulan - 2011)
****************************************
Ini adalah hasil Nanie snap shot dari excel nanie la ye.. Kalau rasa tak nampak, sila click untuk tumbesaran gambar..
Hantaran Perkahwinan - list semua hantaran mengikut berapa dulang
ALL list termasuk catering, entertainment, doorgift, butik dan sebagainya..
Senaraikan semua vendor dan contact # mereka
List kan semua yg ada dalam pakej untuk mudah dijadikan rujukan.
Mesti ada estimate budget dan actual budget untuk semua list yg tersenarai..
Jangan lupa tengok GRAND TOTAL.. haha terkezut diri sendiri punya budget.
p/s Itu sahaja yg nanie dapat kongsikan ilmu hari ni. Simple checklist untuk merancang budget perkahwinan. Maklumlah nanie bukan anak orang berada yg sponsor itu ini.. Alhamdulillah dikurniakan keluarga yg banyak membantu pun dah bersyukur... Semoga entry ini dapat menjadi panduan untuk semua..
Jika ada yg berminat, sila emailkan ke nanie_nakata@yahoo.com.
U LIKE @ NOT, UP TO U..