SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, May 20, 2012

LANGKAWI - ISLAND HOPPING

As salam. selamat sejahtera..

Nanie just nak buat simple entry untuk aktiviti Island Hopping.

Sebelum tu, jom baca review Langkawi (Part 1)

*********************************

AKTIVITI HARI KE-2 - ISLAND HOPPING

Bayaran - RM30 seorang untuk 3 pulau.
Jangkamasa - 3 jam.
Kemudahan : Pengangkutan disediakan untuk pergi dan balik dari hotel

Macam nanie, kitaorang amek pakej Island Hopping kat hotel tu je, mudah dan jimat masa.. Tepat jam 9.15am sebuah van / kereta sampai lobi hotel untuk membawa kami ke sebuah jeti berdekatan dengan hotel Awana Porto Malai.

Sebelum tu, ape lagi posing2 la. inilah 3 budak kacamata.. Comel je sheda pakai cermin mata yg takde kat pasaran tu :P



Parents in Law (PIL) senyum nampak gigi..


Posing lagi sebelum bot sampai.. Aksi dengan topi 'pinjam'


Perjalanan ke jeti..



kat sini ada orang da siap2 nak amek gambar.. ala, yg dia nak buat pinggan sebagai souvenir. So make sure korang jalan sambil senyum..


Ini bot sebelum kitaorg punye.. Padatkan? selamat bot kitaorg tak ramai pun.. lebih kurang 10 -12 orang je. Lagi pun bot kitaorg agak besar dan selesa.



Tips :
Sarapan pagi dulu. kalau tidak diisi perut itu, dikhuatiri korang akan mabuk laut. Jangan makan terlampau banyak, nanti muntah lak dalam bot. Bawa air dan makanan sedikit buat alas perut.


******************************

DESTINASI PERTAMA - PULAU BERAS BASAH

Destinasi pertama kitaorg.. Pulau Beras Basah ni memang santai dan korang boleh menghabiskan masa lapang dengan berenang di dalam air yang jernih dan baring di pasir yang putih.






Masa untuk mandi-manda adalah lebih kurang sejam saja.. Cian dia, mandi sensorang.. Fyi, kat pulau ni takde toilet. so sapa nak terteeeetttt tu, kena gi tangah2 laut la, kasi lepas. haha

Eh mestilah nak menyelit kat papan tanda sebagai bukti da jejak kaki kat sini..



********************************

DESTINASI KEDUA - PULAU SINGA BESAR

Lebih kurang 1 jam di Pulau Beras Basah, kitaorang pergi pula untuk melihat helang makan. Kat sini sekejap je, lebih kurang 20minit je. Helang sinonim dengan langkawi.

Ada orang yg mencampak sebaldi ayam ke laut. Beberapa minit kemudian berduyun-duyun helang menyambar ayam tersebut. Untung helang itu semua, makan free tiap hari. Tak perlu bersusah payah mencari makan. hehe



untuk pencinta photography, tentu dapat amek gambar yg lagi bagus. sebab perlu teknik / skill sebab helang ni agak banyak dan laju pergerakan mereka.


******************************

DESTINASI KETIGA - Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.

Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping).


Lagenda

Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi.Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut . Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu , setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut




Sampai je ke pulau Dayang Bunting, korang akan disambut oleh 'penyambut tetamu' yang sangat suka akan makanan. Jadi, Kedatangan korang ke pulau tersebut di sambut oleh berekor-ekor monyet. Besar, kecil, tua dan muda, semuanya menanti anda dengan harapan anda memberikan mereka sedikit makanan.



Ok, nak sampai sampai ke Tasik Dayang Bunting,korang kena jalan di laluan yg disediakan selama lebih kurang 5 minit. Ala2 jungle trekking dan perlu mendaki bukit. Memang penat, sebab nanie ni dah lama tak bersukan, so cepat pancit.


Kat sini tak ada lifeguard yang akan selamatkan atau pantau keadaan korang kalau lemas kat sini, so pada yang tak pandai berenang tu, jangan la menggatal kaki nak berenang, untuk langkah keselamatan, pakai Life Jackets..


Suasana di tasik.. ramai orang even bukan cuti sekolah.



Peace no war.. oppss tertelan air tasik pulak. haha


TIPS :
Semasa anda berada di pulau ini, nanie nasihatkan agar anda menyimpan segala bekalan makanan dengan selamat. Kerana monyet-monyet yang terdapat di pulau itu bijak-bijak belaka. Mereka boleh mencuri makanan pada bila-bila masa.




P/S pegang elok-elok beg tu ya.
Tengok gambar atas ni.. monyet pun pandai minum air gas. haha



^_^

*********************

Kesimpulan :
Tidak rugi pun untuk anda mencuba aktiviti Island Hopping. Janganlah datang ke Langkawi untuk bershoping, beli coklat je. Sesekali cuba dekatkan diri dengan alam. Aktiviti ini pun tak mengambil masa yang lama cuma setengah hari je. So, apa lagi jom ke Langkawi *budget jadi duta tourism versi blog* haha

p/s next entry nanie share tentang Langkawi Cable Car or Panorama Langkawi Cable Car sepanjang 2.2km di Langkawi. tungguu


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Salam Nanie,

    Tahniah utk perkahwinan awak baru2 ni. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

    Nanti follow blog kita yer

    http://elqashrinqaisara.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanks dear.. insyaallah wlll follow u :)

    nice blog too

    ReplyDelete
  3. menarik....saya baru saja nak post mengenai island hoping...walaupon dah lama pergi

    ReplyDelete
  4. I have read so many posts concerning the blogger lovers except this post is genuinely a fastidious paragraph, keep it up.


    my page ... insomnia perimenopause
    Here is my site insomnia symptoms

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails