SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, November 12, 2012

PETUA : BOLEH KE MINUM TEH PANAS ATAU TEH AIS



Mamak - Mau order apa incik?
Pelanggan - teh tarik manis satu, teh ais satu, mamak.. Kasi kaw sikit.
****************************
Teh panas atau teh ais yang jadi pilihan anda? 
Mungkin ramai yang tak tahu minuman ruji rakyat Malaysia ini sebenarnya masing masing mempunyai keburukan masing bergantung kepada cara pengambilan dan jumlah pengambilan.
Jom baca serba sedikit fakta tentang teh panas dan teh ais
.
.
.
.
.
BAHAYA MINUM TEH PANAS


Potensi - Barah Kerongkong
Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. 
TIPS : 
1) Sila pastikan tuang air teh bagi sejuk dulu, jangan diminum terus. Hal ini kerana bila ia terlalu panas (selepas 2 minit dituang) berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat. Teh panas sangat dapat menyebabkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.
******************************
BAHAYA MINUM TEH AIS

Potensi - Batu Karang
Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.  Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. 
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing 
TIPS :
1) Kita boleh minum teh ais tetapi dengan mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.
Jadi, apa kata anda? tepuk dada tanya selera.. Senang cerita minum air kosong je kat mamak. hahaha
p/s Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut. Sharing is caring :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails