SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, November 11, 2012

ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR..


Jangan sekali rasa bangga atas segala pencapaianmu kerana itu semua dengan izin Allah. Sebagai hamba Allah, kita perlu niat baik dengan setiap apa yg Allah aturkan di muka bumi ini. Selebihnya, kita haruslah tawakkal dan biarkan Allah menentukan. Setiap cubaan dan dugaan hidup ini  menggugurkan dosa seperti gugur daun.

Percayalah wahai manusia, bila kita di uji, kita tidak akan sepi dari ujian hidup tetapi hati kita sepatutnya menjadi semakin bersih dengan setiap ujian.  Sesiapa yang diberi banyak dalam hidup ingatlah ini ujian dan sentiasa menjaga hati dari riak dan takabbur. 

InsyaAllah hari ini hidup dengan keyakinan kita ini milik Allah dan segala yang berlaku telah diukur oleh Allah terbaik untuk kita. Bagi nanie, tugas nanie hanyalah menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan khlaifah di bumi ini dan bersabar dalam segala urusan.

Nanie percaya Allah bersama dgn org yg SABAR..






Bila senang kita syukur..

Bila susah kita sabar..

P/S Jika kita yakin kita milik Allah dan yg berkuasa mutlak atas diri kita dan Allah maha pemurah dan penyayang, maka hati akan sentiasa tenang. Biar tubuh kita bersama manusia tapi hati ingat Allah. Insyaallah, jom  muhasabbah diri..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails