Assalamualaikum, selamat sejahtera.
Dalam weekend lepas, Nanie berpeluang pergi ke satu pusat tarikan di KLCC. Saje bawa anak buah jalan2 timba ilmu di PETROSAINS.
Petrosains yang merupakan sebuah galeri sains petroleum interaktif bertaraf dunia yang akan menghuraikan dengan terperinci segala perkara berkaitan industri petroleum.
Lokasi :
PETROSAINS
Tingkat 4 dan 5, KLCC
Harga
Murah dan berpatutan :)
PENDAPAT Nanie tentang PETROSAINS
- Gudang ilmu tentang sains dan teknologi petroleum
- Canggih dan konsep reka bentuknya yang bercirikan muzium kontemporari, ia dilengkapi dengan alatan matematik, latar belakang yang menarik, visual dan bunyi yang realistik, imej 3D , serta rekreasi yang luar biasa
PENGALAMAN Nanie dalam PETROSAINS
- Nanie dan anak buah meneroka dalam Petrosains selama 3 jam. Tak puas kalau dapat pergi kejap2 je.
- Kami menaiki helikopter simulasi - memang have fun. Kalau rajin, nanti nanie upload video ye :)
- Kami main gelongsor yang super licn dan laju. Best!
- Kami tengok dinasour dan bintang-bintang yang berkerlipan.
- Ada mini panggung 3D (Teater Ungku Omar) yang ditayangkan cerita Dinasour Kira-kira 15 minit. Kami tengok dari mula sampai habis sebab best sangat!
Ternyata lawatan ke PetroSains KLCC adalah suatu pengalaman yang sangat menakjubkan, hebat dan berinfomatif.
TIPS PERGI KE PETROSAINS
- Bawa MyKad kerana ini WAJIB ditunjuk semasa membeli tiket.
- Kalau mak-mak atau kakak-kakak pergi bersama disarankan pakai kasut bertapak rendah untuk keselesaan diri. hihi
- Kalau korang nak pergi, datanglah awal sikit, sebab memang fun bila join semua aktiviti dalam Petrosains
KESIMPULAN
PETROSAINS tempat sesuai untuk dikunjungi untuk semua. Sangat sesuai untuk anak-anak kita menjelajah dunia sains yang mereka akan kagumi dan merangsang minda.
boleh try ni, thanks for the good info!
ReplyDeletealhamdulillah. u r most welcome :)
DeleteDulu last masuk 2008.. lama dah.. boleh jugak pergi lagi bw anak2.. eh silap bw anak buah hahahaa... :D
ReplyDeletealaaa.. lamanya. xpelah nanti bawa anak2 buah tu ye. hihi
Deleteakak dah pernah pergi..mmg best!!! =D
ReplyDeletebest best! dapat ilmu lagi kan?
Delete