SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, June 24, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN : TIPS PANDUAN MAKANAN HALAL DI JEPUN (VERSI BUDGET)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Ya Allah maaf sangat atas kelewatan update entry travel ke Jepun pada bulan April 2016. 

Sebelum nanie mulakan sekali lagi nanie nak wish, SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN.

Jadi untuk kali ini, nanie share beberapa tips atau  panduan makanan halal kat Tokyo, jepun. Memang tak dinafikan, makanan halal agak susah nak cari kat Jepun. Bukan susah sangat tapi harga makanan Jepun sememangnya mahal.

Rehat sebentar @ Mc Cafe KLIA2, mencari mood blogging
*********************************

TIPS PANDUAN MAKANAN HALAL DI TOKYO

1. Bawa makanan dari Malaysia

Jadi seperti traveler Malaysia yang lain, nanie bawak banyak makanan back up dari Malaysia seperti Brahim, beras, sardine, maggi, soup Kimball, roti Gardenia, biskut, chocolate, air 3 in 1 dan macam2 lagi lah. 

But be careful dengan barang makanan yg korang bawak, sebab kan kena lepas imigresen sana, jadi pandai2 lah korang jaga beg korang dan terpulang samada korang nak declare ada yang tak. Ikut masing-masing la. Kastam sana kadang2 check juga beg. Kalau nasib baik, lepas la. Hihi


2. Bawa peralatan masak dan makan di Jepun

Di Jepun, nanie follow trip, jadi makanan breakfast dan dinner telah disediakan. But utk korang yang buat backpackers, why not korang sediakan  peralatan masak seperti travel cooker, pinggan, cawan dan sudu garfu. Jangan dilupakan sila bawa tupperware untuk tapau makan bila berjalan. 

Budget makan di restoran di Jepun, biasanya RM40 - RM100 sorang untuk meal biasa. Memang mahal tapi tu la standard Jepun. Sebab tu digalakkan bawak makan dari Malaysia atau masak sendiri. 

3. Convenience shop - murah dan sedap

Tempat makanan halal yang paling senang nak jumpa kat Jepun ialah Supermarket (7 Eleven, AEON, atau Family Mart). 

Korang bole try beli onigiri, nasik kepal bentuk segitiga, berbalut seaweed dan berinti yang senang dijumpai kat. Murah je  harga dia starting from 105 yen. 

Kalau korang ada bawa serunding ke sambal, korang boleh beli nasi kosong di 7e dgn harga 108 dan 216yen.

Sila pilih yang onigiri seafood untuk yakin halal. Sebab ayam daging semua kita tak tahu cara penyembelihan mereka. Kalau tak tahu, tanya je dengan cashier.
4. Tempat makanan halal ada di Ameyoko~Okachimachi. 

Di sini adalah salah satu tourist attraction utk tourist dan warga Jepun. Ameyoko Market ni kalau kat KL, macam ala-ala Jalan TAR gitu la. Ameyoko street berdekatan UENO station, disini terdapat deretan kedai menjual makanan halal seperti kebab, ayam golek, ayam goreng, kentang bakar, nasi ayam (nanie recommend makan di kedai chickenman, sedap dan kenyang), selain itu, korang boleh dapatkan seafood yg murah2 disini

Kedai takoyaki MINATOYA yang nanie paling SUKA. Kat sini juga ada satu-satunya kedai takoyaki yang halal. Sedap dan murah. Berbaloi2. Boleh letak takoyaki sauce dan Japanese mayo, topped with sprinkle of dried green seaweed and katsuobushi sendiri. No extra charges

Jalan2 shopping sambil makan Takoyaki. Alhamdulillah syoknyeee..


5. Tak nak makan makanan Jepun, cuba makan Kebab 

Kat Jepun, memang ada banyak kedai makan Turkish Kebab. Walaupun kebab turki, lebih baik tanya dulu halal atau tidak sebab ada kebab daging halal tapi ayam tidak halal dan sebaliknya. Lokasi di Akihabara, Ameyoko shopping street Ueno, dan Shinjuku. Harga kebab turki bajet lebih kurang 350-500yen


6. Cuba kelainan dengan dessert Marion Crepes. 

Kami try ice cream banana crepe di satu kedai bernama Marion Crepes. Kedai ni memang takde sijil Halal. Tapi korang jangan risau. Kat penghujung entry, nanie akan share apa yang korang perlu download supaya mudah korang nak research atau tanya ingredient makanan tersebut. 

Marion Crepes menggunakan perasa dan aroma yg syok. Crepe yang dibungkus dengan kertas agar mudah dimakan sambil berjalan-jalan

7. Makan mi Ramen di Asakusa

Most recommended di Naritaya, Taito-ku. bersebelahan Sensoji Temple, Asakusa. So nak ke sana, kami kene naik dari Ueno Station (Ginza line, G16) turun di Asakusa Station (G19). Boleh tahan sedap dan berbaloi


8. Application dan website

Sebelum beli apa-apa makanan di Jepun pun,nanie dah survey dekat website Have Halal Will Travel #HWWT sana. Website tu sangat bagus. Banyak info padat. So, make sure sebelum nak ke mana-mana, buat research. Senang. 
Korang juga  boleh try rujuk website-website nih:


Nanie harap dengan tips panduan ini memberi gambaran tentang makanan di Jepun. Tips untuk ke Jepun (baca sini)

SELAMAT MENGEMBARA KE BUMI JEPUN.

Sayonara
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

12 comments:

  1. nasib baik senang nak jumpa makanan halal kat sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kena pandai cari kedai HALAL di jepun dan paing penting kena buat research juga dari Malaysia. hhhe

      Delete
  2. bookmark lagi nak take note !! jalan2 harus makan makanan tempat tu..
    i is loveeee gitu ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyyyy!! street food japan mmg sedap dan patut cuba. selamat membaca

      Delete
  3. TAKOYAKI di Jepun mmg terbaik..sedap sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap menjilat jari.

      Delete
  4. Bln 4 thn dpn nk pergi tokyo... Tq ur info.. Sgt berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih sudi singgah. ilmu bermanfaat bersama.

      Delete
  5. Takoyaki pun kena pastikan yang betul2 halal coz my hubby yg pernah duk sana 10 thn bgtau kebanyakannya guna minyak yg mengandungi **** utk msk takoyaki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszaaa. kena ati2 kan. terima kasih atas nasihat tersebut.

      Delete
  6. term kasih sis. sgt2 membantu ute sy yg buntu nk p december ni. terima kasih byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dear. smoga bamafaat utk semua.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails