Assalamualaikum. selamat sejahtera.
Tahun 2017 adalah tahun melawat Malaysia atau dikenali sebagai #cuti2malaysia. Kalau ada sesiapa yang follow IG NANIE memang this year nanie banyak bercuti dalam negara je.
Kali ini, nanie nak share kisah 2-3 bulan lepas iaitu bercuti di Kelantan..
Untuk tahun ni je, dua kali nanie jejak Kelantan, sebab attend wedding kawan. Jadi kalau nak jejak kaki ke sana, tak kan la nak pergi pastu balik, teruslah plan nak jelajah makanan2 yang selalu orang perkatakan. hehehe
******************************
MISI #JALAN2CARIMAKAN DI KELANTAN
1) KUIH MUIH TRADISIONAL DI PASAR BESAR SITI KHADIJAH
Sekiranya korang ada plan nak pergi melancong dan membeli-belah di Negeri Che Siti Wan Kembang, jangan lupa singgah di Pasar Siti Khadijah. Pasar ini sangat menarik dan banyak keunikannya.
KAT MANA? - Tingkat Satu
APA YANG ADA ?
- Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita
- Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan
***********************
2)KOPITIAM KITA
Kopitiam Kita , satu nama yang ringkas dan mudah , seiring dengan namanya 'KITA' bermaksud semua bangsa tak kira Melayu , Cina , India , Siam dan sebagainya bertandang di sini untuk menikmati sarapan pagi bagaikan sebuah keluarga besar. Macam-macam ada.
LANDMARK - New Pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa .
LANDMARK - New Pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa .
Ulasan - Menu sedap dan banyak pilihan,harga yang berpatutan dan servis yang cepat dan bagus. Patutlahh masuk Majalah 3.
| WAJIB CUBA - Roti Titab ini ialah rasa jem sekaya dia yang tidak begitu manis dan tidak begitu tawar tetapi masih lagi mampu memikat hati penggemar roti bakar. |
**************************
3)TEH TARIK MADU PAK MAT
Gerai Warung Pak Mat The Tarik Madu terletak dikawasan Pantai Cahaya Bulan, yang menjadi tempat tarikan pelancong. Pengunjung akan singgah terlebih dahulu di warung Pak Mat untuk menjamu selera sebelum ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Bila di buka? - seawal 7.00 pagi sehingga 4 petang.
LANDMARK - kampung Kedai Buloh yang berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB).






















