SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, September 5, 2016

KENANGAN PERCUTIAN KELUARGA DI UNCLE DAN'S VILLA DI PORT DICKSON..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Alhamdulillah, ramai yang bertanya tentang villa yang family nanie stay bulan lepas. Kakak nanie pun request untuk nanie masukkan dalam entry blog untuk mudahkan kawan2 atau cousin yang berminat untu ke sini. 

Jadi di kesempatan ini, Nanie nak share kenangan percutian singkat kami 3D2N ke Negeri Sembilan. 

Uncle Dan's Villa
Port Dickson
6 Aug - 8 Aug 2016

Review ikhlas dari nanie
*tiada bayaran dari pihak villa*

REVIEW

Kali ini kami sekeluarga saja tukar angin, asyik bercuti kat hotel je tak pun stay Villa di Felda Sungkai (entry ini), jadi nanie saja bagi cadangan nak pergi bercuti di Port Dickson. Lepas godek2 google, nanie terus bagi cadangan pada familu untuk stay di Villa.

Kami pergi bercuti di Bungalow / villa Murah di Port Dickson yang sememangnya berhampiran KL. Tak sangka villa ni boleh dikatakan  disediakan tempat percutian yang amat menyeronokkan dan amat privasi. 

Uncle Dan ini Villa @ Port Dickson lengkap dengan segala kemudahan sesuai untuk semua dan boleh lah buat gathering keluarga dan merehatkan jauh dari hiruk di KL.

************************

HARGA  VILLA

Kami booking time 3 bulan awal, Alhamdulillah, untuk percutian kali ini, full sponsor daripada abang ipar

Harga 1 malam = RM900 

Harga 2 malam = RM1500 (termasuk breakfast untuk 2 hari)
(Discount RM300)

TIPS : Kena booking awal 2 bulan sebelum tarkih percutian. Sebab selalu FULLY BOOKED, especially weekend dan public holiday.

 Ambil mood makan tepi kolam. Tak rugi pun bayar mahal sikit untuk diluangkan masa bersama keluarga. Lagipun Takde berebut dengan siapa2 pun, aurat terjaga boleh feeling2 diva tepi pool
       ****************************

KEMUDAHAN (KELENGKAPAN)


Dilengkapi
TV- Skybox
Mesin basuh
Astro
WiFI
Dapur dengan alat
Meja Makan
2 gazebo besar
Tempat BBQ
Swimming pool
Taman yang indah
Parking (boleh muat 2 MPV, 1 Sedan)

Alhamdulillah, syok wooo dapat main air setiap pagi petang siang malam. Keluar je pintu terus pndang swimming pool. hahaha 

BILIK

4 bilik tidur dengan 4 katil saiz queen,
2 katil saiz single dan 2 katil sofa.
Master bilik tidur lengkap dengan tab mandi
3 Toilet

***********************

RECOMMENDATION

Villa ni berkemampuan menampung satu family. Luas, cantik boleh duduk sama sebab memang luas.... So tak menjadi masalah untuk tidur  di dalam bilik atau ruang tamunya amat luas.. 

Gambar kenangan bersama keluarga. Semoga ikatan kekeluargaan kami semakin utuh. Next trip ke luar negara hujung tahun ini. yeeehhaaa!!

*******************************

Nak pergi tapi tahu jalan??

.
.
.
.
.
.
.
.
.

DIRECTION KE UNCLE DANS VILLA

GPS Coordinate
2.420497,101.896262

TIPS : Landmark terletak dekat banglo Maybank, DRB -Hicom yang @ Academy dan Akademi Imigresen. Ia hanya jarak berjalan kaki ke pantai.

Waze
Search : Uncle Dan's Villa



p/s  Kalau ada sesiapa yang berminat, hubungi Facebook Uncle Dan's Villa. Inform sekali dapat informasi dari blog nanie, mana tahu boleh dapat discount. hihi



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. Terbaik lah..memang ala2 rumah kan Villa ni. Selalu kalau kitaorg gi PD. Cari hotel jer manjang. Thank you for this entry..hope ade rezeki boleh jugak kami ke sini heret mak ayah semua..hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sharing is caring. Cuti2 malaysia aje kak.

      Delete
  2. Cantik rumah villa ni...harga berbaloi untuk family day selesa tgk siap ada swimming pool...bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. SYUKUR. nanti bole akak bawa family dtg ke sini :)

      Delete
  3. wokeh..kalau camtu nanti menstion nama nanie je ek heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH JE. insyaaallah dia tahu blog nanie

      Delete
  4. Memang terbaik...boleh stay reramai pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Stay ramai2 lg syok dan happening. Meriah!

      Delete
  5. paling ramai brapa org bleh masuk cik nanie??

    salam pekenalan😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12-15 org pun bole masuk :)besar sgt villa ni

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails