SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, April 26, 2017

AYER8 PUTRAJAYA TEMPAT REKREASI SEISI KELUARGA..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Nanie dah lama tak update blog. Subhanallah, kekangan masa membataskan segalanya. Last month baru balik Langkawi dan Kelantan. Itu pun masih pending lagi nak share story. Tunggu ye nanie ada kesempatan nak update blog. Kali ini, nanie nak share tentang satu tempat menarik di Putrajaya. 


LOKASI
AYER 8, PUTRAJAYA

LANDMARK
Terletak di belakang Hospital Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8, Putrajaya.

Siapa sangka dahulunya kawasan Ayer 8 ini hanyalah belukar kini mempunyai banyak tempat menarik di Putrajaya yang boleh dilawati dan popular dikalangan warga tempatan dan pelancong 
Apa yang menarik sangat di di Ayer@8?
  1. Bukan sahaja bermacam-macam kedai termasuklah restoran dan kafe yang menjadi tumpuan, di Ayer@8 ini juga ada kawasan lapangnya yang menghadap tasik Putrajaya yang nampaknya sungguh popular dengan pengunjung-pengunjung setiap kali saya ke sana baru-baru ini.
  2. Antara tarikan yang paling ketara di situ adalah aktiviti-aktiviti berbeca, berbasikal dan Ada juga  yang mengambil angin berjalan-jalan di tepi tasik dan ada juga yang berjogging di kawasan itu. .
  3. Kalau nak sewa beca dan bermain “bubbles”, korang boleh ke Kedai Bubbles and Beans di tingkat bawah ada menyediakan sewaan beca, basikal dan kenderaan mainan lain. 


ALAMAT
 Bubbles and Beans Cafe, C1-LG-6 Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya. Park at basement LG Parking, exit dekat Pintu 


KESIMPULAN
Untuk korang yang nak cari tempat untuk membawa keluarga bersantai, mungkin Ayer@8 boleh menjadi satu pilihan? Lepas dan kenyang menjamu selera bolehlah mengambil angin sambil membakar kalori main basikal beca di tepi tasik tu. Kalau tak nak keluarkan peluh, boleh berpiknik sambil menikmat landskap Putrajaya yang tersergam indah.

Jadikan ini sebagai percutian destinasi dekat di dalam kawasan Selangor / Kuala Lumpur. 
Siapa cakap bercuti memerlukan modal yang besar? 
Tepuk dada tanya selera.
Selamat bersantai dan berehat seisi keluarga!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Haritu akak dah smpi sini. CUmanya tak dapat kayuh basikal tuh lagi. Berangan nanti nak repeat. Ajak husband sekali. Baru boleh kayuh sama2 :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails